Fuh! Leganya...

Entah apa yang merasuk jiwaku. Sebelum Subuh lagi aku terjaga dari tidur. Lepas dengar Azan Subuh..Aku pi mandi dan terus solat. Sebagai anak yang solehah...aku kena jaga waktu solat..kan?kan?  Misi aku hari ini sudah terlaksana iaitu aku tak akan makan nasi pagi ini cuma makan telur rebus dua biji sama itu roti. Sungguh kenyang sekali. Fuh! Leganya...

Lepas tue...aku pi la basuh motorsikal Ex5 kesayangan aku tue.. basuh leklok..Kasi bersih supaya orang terpukau melihatnya. Haha! Bayangkan Ex5 tahun 1993 masih GAH dan elok dalam jagaan ayah aku..Fulamak...

Pasni nak kilatkan motor dulu..kemudian nak..hurm..nak kemaskan bilik yang bersepah. Memang tak patut ar bilik bersepah untuk anak bujang seperti aku... Bab kebersihan ni memang aku titikberatkan cuma kadang-kadang perasaan malas la membuatkan aku jadi macam malas nak kemas. Impian dan angan-angan banyak tapi dek malas..Semua itu tak kan kemana...kan? kan?

Ok lah! Aku ada kerja nak buat..iatu kemas bilik lagi. Oh ya! Misi Kuruskan Badan sudah bermula cuma pagi tadi (6.30 pagi) aku malas nak pi jogging...Malas lagiiiii....

Petang ni kot aku pi jogging dan buat senaman bagai.....Perut dan boroi dah .... Aduhai..

Tapi bila semua kerja kita dah beres... Fuh! Leganya... kan? kan? Tapi bila ada seseorang yang membebel. Kompem tak kan rasa lega dah. Hahaha!
Soalan: Korang buat apa pagi ni?

P/s: Nak balik ke tak ni?

3 comments:

E.d.Y berkata...

pagi tadi g class master..huhu

Liza berkata...

pagi nie, mcm pagi2 yg lain, bangun, solat, prepare bfast for family...tak kiralah ahad or hari biasa

Hasrol Nizam berkata...

pagi tadi duk sedap tidur sebab semalam balik kerja pukul satu.hehe..

moto aku dah lama tak berbasuh weh

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??