Datuk Misbun Sidek Letak Jawatan? Lee Chong Wei Ikut Jejak Keluar BAM?


Terkejut aku apabila mendengar berita ini. Semalam ke hari ini? Lupa sudah. Baiklah. Daripada apa yang aku baca, Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebab ada seorang pegawai BAM ini yang mengganggu dan memberikan kepada beliau.

Datuk Lee Chong Wei mengatakan bahawa Pegawai BAM itu asyik memberikan tekanan dan menunjukkan prestasi yang bagus... Macam tu lah yang aku baca. Lepas tu, pegawai BAM ni sebenarnya tak tahu langsung pasal sukan tapi duk desak gak. Chong Wei kata. Kalau menang tak da minta laporan, kalau kalah mesti minta laporan dan sebagainya..Kira banyak songeh la.


Hiaran.. Dengarnya, Lee Chong Wei juga mengikut jejak sifunya. Kalau begitu, pincanglah BAM. Kalau aku, aku pun blah dari situ. Mana boleh tahan...Tapi hanya Datuk Misbun Sidek sahaja yang tahu sebab dia letak jawatan. Sepertimana yang aku kata, antara sebabnya ialah kerana pegawai BAM yang suka mendesak itu.

Kalau Datuk Misbun Sidek dah letak jawatan untuk jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan. Siapa yang akan melatih Lee Chong Wei?? 

Walaubagaimanapun, BAM tepuk dada, tanya hati.. "Apa yang dah kami buat?" OK? Hahaha! Aku pun tak tahu cerita sebenar jadi aku tak leh cakap lebih.

sumber gambar: google

4 comments:

Woofer Storm berkata...

rasanya aku bole nak ajar chong wei ni,suh Bam mai contct aku.heheee

SayaAnonymous berkata...

owh..sebab tu ke..teruknya..sape nak ganti pasni

Mknace berkata...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

hans berkata...

aku terkejut kut tiba2 misbun letak jawatan

P/S : Contest Dari Proton! Menangi Hadiah Percutian Ke Monte Carlo Monaco!

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??