Aktiviti Amir Izzat Hari Ini.

Assalamualaikum. Apa khabar wahai pembaca blog Amir Izzat yang budiman sekalian? Korang sihat? Sudah makan?? Ha, amir belum makan lagi. Hajatnya nak makan...tapi duk layan laptop memanjang. Jadi, masa makan dikurangkan. Hahaha!

Ok! Hari ini hari Ahad..kan? kan? Pada kebiasaan hari Ahad, apa yang korang buat? Main game? Bersantai? Menonton TV? Atau memuaskan nafsu tidur? Sudah pasti layan tidur je banyak masa hujung minggu ni..kan??? Hehehe! Kalau Amir, iya lah.

Hari ini..cuti hujung minggu pertama dalam tahun 2011. Seperti tahun-tahun yang lepas. Masa hujung minggu selalunya dihabiskan dengan perkata-perkara yang tak begitu penting iaitu TIDUR tetapi tahun ini akan diubah.. Azam baru la kononnya...

Hari ni hajatnya nak buat....

1. Basuh motorsikal yang dah lama tak basuh...Guna mesin membasuh tau..Hebat kan? Hahaha!
2. Ulangkaji pelajaran...
3. Buat nota untuk PMBT dan PMM serta nota sejarah.
4. Siapkan latihan Matematik yang tinggal sikit lagi.
5. Renungkan diri sendiri.
6. Pergi ke Emart..cari DVD terbaru punya...

Itu sahajlah aktiviti Amir pada hari ini. Bab ulangkaji itu sebenarnya dikuasai dengan kemalasan tahap melampau. Namun, apakan daya. Tahun ini SPM. Ha, bercerita berkenaan SPM. Mesti antara korang ni pernah ambil? Boleh bagi tips tak macam mana korang belajar? Bahang SPM sudah mula dirasai awal tahun nie...Memang gelabah laa kena belajar benda yang ketinggalan selama ini....

Nota kaki: Ada sesetengah orang belajar saat-saat akhir..tapi aku tak mahu mengulangi kesilapan yang lalu...

4 comments:

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

woit, bro ... nangga wayang juh! :P

cik.shabah berkata...

hei amir!gudlak tuk spm yah!yang penting banyakkan latihan jawab soalan berbentuk spm.practices makes perfect dear!

::wan fadhilah:: berkata...

lo! baru nak ambik spm ke dik oi? hehe..ni nk bgtaw sikit la pasal spm nih, kena review balik apa yg blaja time form 4, sbb ianya akan berkait.. stdy last minute? rsnya xberbaloi! makin parah.. eemmm, byk buat past year questions. tapi satu je la, jangan terlampau overconfident sgt, takut lain plak jdinya nnti.. gud luck ya!

hans berkata...

hari nih hari sabtu la pakcik
adess

P/S : Saya Akan Merindui Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??