Kenapa Mereka Ingin Menukar Nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia? Tersinggung kononnya.

Sebelum ini aku ada terdengar yang ada orang  ni tersinggung dengan perkataan Harimau Malaya. Pelik bukan? Kesian Harimau Malaya yang kian pupus.

Jadi, marilah sama-sama kita pergi ke kandang Harimau Malaya. Bawa surat beranak Harimau Malaya dan suruh Harimau Malaya tukar nama dia jadi Harimau Malaysia. Hahaha!

Mari kita tanya Harimau Malaya.

Aku: Pak rimau. Pak rimau kena tukar nama jadi Harimau Malaysia la lepas ni.

Pak rimau: Aik.(hairan). Kenapa pula? Salahkah nama Harimau Malaya?"

Aku: Begini, sebenarnya ada yang tersinggung dengan nama Harimau Malaya. Diorang cakap, tak menggambarkan 1Malaysia la. Rasis la. Melukakan hati orang sana la.

Pak rimau: Huh? Ye ke? Kau ingat aku sesuka hati ke pakai nama Harimau Malaya? Dah aku lahir kat Malaya(semenanjung). Mesti ar pakai nama tumpah darahku. Kalau aku lahir kat Pulau Bangang, aku akan pakai nama Harimau Bangang. Bodoh betul lah! Ko pi marah nenek moyang aku la!

Aku: Rileks pak rimau..jangan telan saya dulu. Hehe! Saya tahu pak rimau tersinggung. Tapi nak buat macam mana. redha je la. Kita ni hidup berbilang kaum . Jadi sebagai bangsa yang memang baik hati. Sekarang kerajaan mempertimbangkan nama Harimau Malaysia ini. 

Itulah perbualan yang aku reka sendiri sebab aku tak puas hati. Kenapa nama Harimau Malaya ini dipolitikkan???

Aku cukup faham kenapa mereka ingin nama MALAYA itu dinyahkan. Aku dah faham dengan situasi ini. Aku sudah lama berada di 'sini' dan melihat tingkah laku mereka terhadap 'kami'. Hairan... Sebelum ini tak pernah pula timbul isu ini? 

Aku cabar mereka yang ingin menukar kepada Harimau Malaysia ini memberi sebab yang munasabah kenapa perlu tukar nama Harimau Malaya ini? 

Bagi aku, satu je sebab diorang nak tukar.

Diorang tidak senang akan nama MALAYA itu. Ada yang kata Malaya sudah terkubur..tapi bila aku pergi ke 'sana'. Ada yang bertanya. 

"Kau orang Malaya ka?"

Pelik dan hairan..siapa yang terguris dan siapa yang terhiris? Aku memohon maaf jika ada yang terasa dan aku tak maksudnya nama sesiapa yang siapa orangnya cuma aku tak puas hari sahaja.


Aku takut suatu hari nanti anak cucu aku tanya. 


"Tok,kenapa nama pasukan bola sepak kita nama Harimau Malaysia yang tak ada sejarahnya?"


"Sebab..ada orang tersinggung dulu..Jadi,kena tukar lah sebab 1Malaysia kononnya.."


Tak ke nampak janggal?? Aduhai..

Nota:

1. Tukar nama Orang Utan je la. Tak dak orang kisah kot?
2. Rasis kah aku pabila aku cuba bertolak ansur?
3. Wajar ke nama Harimau Malaysia?

1 comments:

AISHA INANI berkata...

herm... saper la yang over checking all of these ehh?
halaaa, benda kecik jek pon, rajin nau nakk meneyibuk2! haihhh.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??