Hadis Yang Menyatakan 'Couple' Itu Haram!

Salam. Sekarang nie Amir nak menyambung kembali tentang isu couple nie. Ramai yang tak sedar akan hal ini. Untuk membuka mata kita,marilah sama-sama kita membaca hadis sini dan huraiannya..Sebelum itu,bacalah dulu dalil-dalil Al-Quran di sini berkenaan haramnya 'couple'..

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku.

Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina.

Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.

Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM. -sumber dari I Luv Islam-..


p/s: Saling ingat mengingati kan bagus?? :) Semoga kita tersedar dari 'buaian mimpi yang indah' itu.

3 comments:

ika honey bunny berkata...

yupp. penah gak terbace article couple is forbidden in Islam. and ramai juga yg melenting dgn statement tu, padehal mereke jahil ttg agama.

Amir Izzat berkata...

ika..
itu laa.yg tak tahu terus melenting..kita saja je nak mengingatkan.. :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,saya 16 tahun,pggl M suda la,hehe..saya slalu dipnggl memanggil memberi tazkirah,apabila sentuh bab kapel,mmng gempak la surau tuh,diorang tnya saya,'klu kapel tak wt semua tuh dosa x kapel tuh'..saya jwb la,'pastu wtpa kapel?biar kwn ja..jika saudara admin jadi saya,apa yg saudara akn jwb tntng soalan tuh..?

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??