Perlu Ke Diajar Cara Untuk Menghormati Orang Lain??

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umumnya,rakyat Malaysia terkenal dengan sifat sopan santunnya,kan? (terkenal ke?)Tetapi sejauh manakah sifat sopan santun itu tersemat di dalam jiwa rakyat Malaysia? Apabila dikaitkan dengan sopan santun,seseorang itu mestilah mempunyai nilai murni yang baik yang ada pada dirinya.

Baik! Kali ini saya hendak berbicara tentang sikap hormat menghormati antara satu sama lain.Saya hanya menyentuh di dalam dunia blogger sahaja. Alaa..Kalau dalam dunia blogger pun tidak pandai menghormati orang,begitu juga diluar,kan? Sama sahaja.

Sejak kebelakangan ini..Eh! Bukan sejak kebelakangan ini. Dah lama dah..Sampai sekarang pun ada.. Terus terang sajalah..Tidak perlu hurai panjang-panjang. Sikap hormat menghormati ni kan penting dalam kehidupan kita. Kalau kita tak pernah nak hormat orang,macam mana orang itu nak hormat kita???

Kalau kita yang mulakan dahulu dengan menghormati orang itu,sudah pasti orang itu akan menghormati kita balik. Ini tidak,nak suruh orang hormat kita tapi kita tak hormat dia.. Eh! Kenapa kita? Ha,sebab kita berbicara tentang lumrah manusia...Kita sama je..cuma yang bezanya amalan... 

Uits..Dah panjang dah huraian hamba.. Cukuplah.. Tak perlu cakap banyak.. Sikap hormat menghormati tidak perlu diajar...Kecuali untuk orang yang kurang ajar!! Orang macam ini perlu diajar sepaya menghormati orang lain...

Hormat dan taat kepada ibu bapa
  • Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa.
Hormat dan taat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,jiran tetangga dan pemimpin.
  • Menunjukkan rasa hormat kepada dolongan tersebut dengan memberi layanan yang baik
CIRI-CIRI: 
  • Ikhlas dan tidak mengharapkan balasan
  • Menghormati orang tua tanpa mengira keturunan,pangkat, kedudukan dan harta
  • Tidak menyinggung perasaan ibu bapa
  • Menerima nasihat dan tunjuk ajar
Hormat kepada Raja & Negara
  • Menerima dan menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan
CIRI-CIRI:
  • Mempunyai perasaan taat setia
  • Mengetahui perkembangan dalam pentadbiran negara
  • Mengharumkan nama negara
  • Mendukung dan mengamalkan prinsip rukun negara
  • Sanggup berkorban jiwa dan harta benda
  • Tidak mengeluarkan tomahan,ancaman dan kata-kata yg mengugat keamanan
Hormat kepada Hak Asasi 
  • Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang individu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia
CIRI-CIRI:
  • Seseorang berhak melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar undang negara
  • Setiap individu mempunyai hak berucap, mengeluarkan fikiran berkumpul, beragama, berpendidikan, mengundi, berpesatuan dan berpolitik.
  • Mempunyai perasaan untuk menjalin kerjasama dan persefahaman
  • Menghormati hak diri dan orang lain
  • Bersikap terbuka tanpa melampau
  • Menerima pendapat serta teguran orang lain secara ikhlas
  • Sanggup menerima hukuman
Hormat kepada Kepercayaan dan Adat Resam pelbagai Keturunan
  • Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia
CIRI-CIRI:
  • Amalkan adat resam dan kebudayaan sendiri
  • Tidak mengejek, mengutuk, menghina adat dan kepercayaan orang lain
  • Bebas mengamalkan adat dengan tidak melanggar peraturan
Hormat kepada keperibadian individu
  • Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu, terutama golongan yang kurang bernasib baik
CIRI-CIRI:
  • Hormat kepada sifat fizikal, bakat, potensi dan fikiran
  • Menjaga perasaan orang lain
  • Menghormati golongan yang kurang bernasib baik
  • Tidak memandang rendah orang lain
  • Mempertimbangkan pendapat orang lain
Amir: Berfikir sebelum bertindak.. Kita bebas bersuara tetapi kena ada tatasusila..

1 comments:

ajjah berkata...

hormat menghormati kat jalan raya pun penting...! :)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??