Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan

Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Abdul Taib Mahmud Selamat Berkahwin Dengan Wanita Lubnan

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.(dua hari lepas kot)

Foto

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Foto

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir. 

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.
Foto



Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri. 
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.


Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu. 

- Berita Harian.


***


Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Haji Taib Mahmud. Tidak sangka saya akan berita ini. Semoga berbahagia selalu dan dipanjangkan jodoh. Hari itu saya ada nampak beliau di persidangan silat. Nampak sihat lagi orang. Semoga terus dilimpahi rahmat.


Alih bahasa.


Tapi nak. Kenak sidak ya sik jemput kamek ow? Sebagai penduduk Malaysia di Kuching, kamek mauk juak nangga majlis ya, Tapi sik hal lah. Nangga gambar pun cukup lah. hahah! Ada sik kitak urang pergi? Hehe.
jom baca lagi

Karnival Jom Heboh 2010 Di Stadium Negeri Petrajaya,Kuching, Sarawak

Karnival Jom Heboh pada kali ini akan di adakan di Stadium Negeri,Petrajaya,Kuching Sarawak pada 25 September hingga 26 September 2010.Jadi, kepada sesiapa yang tinggal berdekatan. Boleh la pergi ke Stadium Negeri Sarawak. Amir pula,mungkin akan pergi pada sebelah petang selepas menonton wayang dengan rakan. Siapa nak pergi? Jom pergi dengan Amir.

Baiklah. Jom kita lihat video iklan promo Jom Heboh 2010 Di Sarawak.



Hehe! Perasan tak muka kakak yang mengayuh sampan ? Kenal tak? Amir rasa macam kenal je. Hehe! Baiklah. Jangan pula esok. Kita serbu Jom Heboh. Sebenarnya kan,Amir tak pernah pergi karnival Jom Heboh nie. Hehe!

Oh ya! Temui personaliti TV3 di booth Studio 3, Danny & Comel (Hotel Mania) di booth MyTV3, Aaron Aziz, Remy Ishak, Nabila Huda dan ramai lagi di booth Studio Cereka. 
jom baca lagi

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Sarawak 1431H/2010

Assalamualaikum,

Memandangkan Amir tinggal di Kuching Sarawak. Jadi,kena tahulah jadual waktu berbuka dan imsak disini. Tak kan lah Amir nak tengok jadual berbuka dan imsak Sabah pula,kan? Jadi,mun kitak owang sik tauk bila waktu berbuka dan bila waktu imsak.. Datang sitok,Amir mauk padah..



Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2010

Amir pula tinggal di Kuching.. Waktu berbuka pada hari ini (Rabu,11.8.2010) pada jam 6.52 malam. Macam kebiasaannya. Waktu imsak pula pada jam 5.12 pagi. Fuh! Nasib baik lewat..Hehe.. Kalau tidak,kena la bangun awal... Baiklah.. Selamat berpuasa bagi rakan-rakan Amir di Sarawak.. Amir harap kitak owang puasa penuh taun tok. Iboh ponteng gik..Ok.. Salam Ramadhan..

Nota: Kena bangun kol 4 pagi daa..
jom baca lagi

Kamek Kepak Jalan-Jalan Rah Open Day Kat SATT College's New Campus,Kuching


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Fuh! Nang kepak abiss..Baruk jak pulang ke rumah tok..Hish! Actually,sik lah kepak gilak tapi jalan mok pulang ya jauh ilak.. Huhu.. Kitak owang ada nangga gambar atas sik?? 

Ha,sialah kamek pergi..Kamek pergi ngan kawan mek.. Nang ramei lah orang pergi sia..Rugi kitak nok diam Kuching tok sik pergi.. Ada jual pizza.  Sigek harga singgit..Murah nak??

Hurm..rasa mok tido jak tok..Sik tahan gik eyh.. Dah la lapar time pergi sia tek..Sik sempat makan..Perut nang kosong lah..Huhu...Boleh sik kamek tido? Pi kamek mok online..Online best gik dari tido.. Oh ya! Sebelum mek pulang tek,mek gi E-mart.. Tahu sik siney Emart? Ha,Emart ya dekat Matang  Jaya.. Handphone rah sia nang murah...

Ok lah..Mek mok mandi lok..Kitak orang jalan-jalan la rah blog kamek tok..Nangga lah papa..hehe..Ops! tatabahasa kamek kurang sik..Mung dialek Melayu Sarawak mek salah..Tegur lok...Ok??? Banyak gik gambar mek tangkap...lak mek kongsi rah blog...Mok nangga sik??Hehe.. :)

Amir: Huaarrh!!! Mengantuk weyh..
jom baca lagi

Tibalah Masa Untuk Pulang Ke Kuching,Sarawak

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Dah bangun ke belum? Kepada bloggers yang tak tidur semalam,pergi tidur sekarang jugak. Tak baik kejar trafik sehingga memudaratkan kesihatan,kan? Hari ini hati apa ek? Oh ya! Hari Ahad. Cepatnya masa berlalu..cuti sekolah pun sudah sampai ke penghujungnya..

pernah pergi sini tak?

Esok,tibalah masa untuk aku pulang ke Kuching,Sarawak. Meneruskan pengajianku…dan cita-citaku..Tapi aku lemah laa..Kerja sekolah ada lagi yang belum siap. Hehe. Kalau tak silap aku,esok kena naik flight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur petang..pukul 2 petang kot.

Selepas itu,kena tunggu di LCCT Kuala Lumpur seharian..sebab penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching adalah pada sebelah malam. Aduhai..kena menungggu pulak..Dengan berakhirnya cuti,berakhirlah masa untuk blog.
Tibalah pula masa untuk belajar..

Hal duniawi perlu dikejar sikit-sikit..kena seimbang,kan? Belajar nie kerana Allah..Kalau ujian tak lulus Agama…Malu wey.,.

Anda pula? Apa aktiviti yang anda lakukan? Sudah sedia untuk kembali bekerja? 

p/s: Panas telinga weyh!!!!!!!!!!!!!!Ada orang bising kat bawah..Hurm..
jom baca lagi

Hina Sangat Ke Orang Kelantan?


Tadi..aku jalan-jalan ar kat blog En Mazidul..Aku nak tinjau ar balik entri dia hari tue yang bertajuk ''Semangat Kenegerian''.Nak tengok respon pengomen-pengomen kat situ..Panas ar telinga baca komen tue..aiyaa... Nie laa.  Entri En Mazidul memang bagus tetapi pengomen tue..Batu api!!! Adoi...duk puji 'orang' dia je..Come on laa.. (speaking konon..)..Cakap je 1Malaysia kat S****** dah lama..tapi duk kutuk orang lain..tak ada faedah gak...

Macam nie..entri En Mazidul tue pasal ''Semangat Kenegerian''(wajib baca) dan ada menyentuh pasal 'gu'. Memang ar kami orang kalau jumpa 'sek kelate' kena cakap Kelantan...tak kan ar nak cakap luar.. Nak tanya oghe Kelate belako nie..Kalu juppo gu..ado ko sek mu sisih saing hok mari alik luar?? Aku rasa tak da lah..Kalau ada...ubah ar tabiat tue..Hish..Hish..Ko guano gu?

Nak join..join lah kan? Yang segan-segan tue pesal? Aku tahu..aku pun tinggal di negeri orang..Sarawak.. Kalau aku berada dalam kumpulan diorang..tak kan ar aku nak kecek Kelate..So,aku belajar cakap Melayu Sarawak.. dan alhamdulillah..Aku dapat join mereka...

Kalau yang kata... Lepas jumpa 'gu' terus lupa kawan...tak betul lah..nak berkawan kena pandai..nak join kumpulan kenalah belajar..Adoi..malas ar nak cakap banyak..Cakap lebih-lebih..orang fikir benda lain..." Negeri ko..nak tutup aib ar tue..'' Dah tau dah...Mulut manusia mana boleh tutup..Walaubagaimanapun,kita berfikir dengan positif dan hidup aman di bumi Malaysia yang aman damai nie....

Adakah kita masih di takuk yang lama?

p/s: Tajuk ada kaitan tak??/ Hehe... :)
jom baca lagi

Kamek Mowk Kelaka Sarawak!


Selamat lemai wai! Eh! kelaka Iban indah. Haha. Aritok,kamek mowk klaka B. Melayu Sarawak. Pat sik? Mun kitak owang sik paam..ku duli apa?! Relax..kalau korang tak paham. Nanti buat-buat paham je la. Ok? Mun tatabahasa ku salah. Tak owang ajar lok owh. Aku sengaja jak bah taip entri lam dialek Melayu Sarawak. Saja mowk practice bah. Walaupun ejaan ku sik betul pi ku masih boleh klaka gik.

jom baca lagi

Sikap Kenegerian Perlu Dibuang?

wah...memang awal lah aku bangun hari nie... tak dapat tidur dengan nyenyak la...macam mana pulak dengan korang??? Dah tidur ke belum? rasa-rasanya..ramai lagi yang online time nie.. Aku nak tanya nie....sikap kenegerian dalam diri kita perlu dibuang? Bukannya apa..aku terbaca entri seorang ahli blogger yang agak 'marah'/tidak 'suka' dengan orang yang bersikap kenegerian... apa pendapat korang? Perlu ke tak?

Pada firasat aku laa....sikap kenegerian tak perlu dibuang la..kan? Ia tak mendatangkan masalah pun... aku tengok selama nie ok je.. Mungkin ini isu perkauman...tapi kita kena pandang positif kan? Jangan asyik duk pikiq negatif..nanti minda pun tersempit.... Orang Kelantan mungkin sikap kenegerian terlalu kuat..tetapi kami tidak lah memilih kawan dari negeri mana-mana..aku sebagai rakyat Kelantan yang hidup di Bumi Kenyalang  nie...amat suka sekali berkawan dengan semua orang..tambahan pula..kat Bumi Kenyalang nie ada perbagai etnik..Jadi,aku dapat mengenal dengan lebih lanjut lagi tentang adat dan budaya mereka...

Aku tak tahu la..kenapa ada yang masih 'bengong' yang bersikap bangang...entah la..manusia suka berlagak... Entah apa keistimewaan mereka sampai berlagak.....  Aku saja je nak luahankan sedikit pendapat..sebab aku terbaca entri FiffyHazirah (sila terjah) yang meluahkan ketidakpuasannya terhadap orang yang memandang negatif terhadap orang Sarawak.. 

Mungkin kebanyakan orang Malaya tidak tahu bagaimana keadaan orang Bumi Kenyalang..tapi jangan la cakap lepas je brader ..kan? Korang pun boleh pikir dengan rasional.. Nie ndak..men cakap sesuka hati je...dalam hidup..kita kena la berpegang kepada pepatah..''terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata..buruk padahnya''.....

Suhubungan dengan itu,ubah lah sikap dan mentaliti rakyat kita..dan diri kita agar gagasan 1Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya..bukannye 1Negeri ye.,..dengar ye anak2...  Waah....pagi-pagi aku dah membebel...sorry brader.. haha.... renung-renungkan lah....

Amir - bangun pagi gosok gigi..gunalah sabun Daia... eh... ^.^
jom baca lagi