Memaparkan catatan dengan label Bulan Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan Ramadhan. Papar semua catatan

Esok Dah Puasa? Terima Kasih Allah!



Assalamualaikum wbt.

Kaifa halukum? Apa khabar pembaca sekalian. Alhamdulillah. Alhamdulillah! Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Mulia kerana masih memberi kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar  kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus bernafas dan beribadat kepadanya.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana masih mengurniakan nikmat dan rahmat kita walaupun kita kadang-kadang berpaling tadah daripadanya. (kufur nikmat).

Terima kasih kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa kerana masih memberikan kita akal yang cerdas untuk kita berfikir mana yang baik dan mana yang buruk walaupun kadang-kadang kita terlalu menurut nafsu.

Terima kasih tidak terhingga kepada Allah kerana tidak mematikan kita dalam keadaan yang penuh dengan dosa, dalam keadaan yang penuh dengan noda, dalam keadaan yang belum berkesempatan untuk bertaubat dek merasakan mati masih jauh, dalam keadaan berlaku maksiat, dalam keadaan derhaka kepada ibubapa, dalam keadaan melawan guru, dalam keadaan menipu, dalam keadaan tidak solat, dalam keadaan mencuri dan dalam keadaan membuat kemungkaran.

Dan sesunguhnya Allah Maha Pengampun kerana mengurniakan bulan Ramadhan dan malam Lailatulqadar untuk kita membersih dosa dan menyucikan diri serta menambah lagi pahala. 

Semoga pada bulan ini kita akan berpuasa dari segi mata, telinga , kaki, tangan, seluruh anggota badan dan minda daripada perkara-perkara mungkar. 

Mulai malam ini, kita tentukan niat dan azam untuk bermunajat dan beribadah sepenuh hati kepada Allah yang tidak pernah jemu memaafkan hambaNya melainkan hambanya sahaja yang jemu untuk bertaubat.

Akhir kata,gunakanlah peluang ini sebaik mungkin kerana Ramadhan ini mungkin yang terakhir untuk kita kerana mati tidak mengenal usia dan waktu. ( Orang yang bijak , selalu ingat mati. Jadi, korang dan aku bijak lah. hehe)

Pesanan: Beribadatlah kerana Allah bukan kerana benda lain. Bukan kerana malam lailatuqadar, bukan kerana Syurga, bukan kerana bidadari Syurga tetapi kerana Allah.

******

Korang teruja tak korang masih hidup dan ada peluang lagi untuk bertemu Ramadhan? Korang dan aku adalah insan yang bertuah woo!! Teruja tak? Hehe.

Dalam banyak-banyak manusia, korang dan aku je hidup. Yang lain sudah masuk kubur, bila sudah masuk kubur..mana boleh puasa lagi. Jadi, masa inilah kita kena guna peluang sebaik mungkin. Tetapi takut tak sempat je nak guna sebab mana tahu bila tidur malam ini, korang dan aku akan menjadi mayat pagi esok! Maka korang terpaksalah panggil KeretaMayat. Haha.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1432 HIJRAH.

p/s: Lapar..
jom baca lagi

Dah Masuk Waktu Sahur Tapi Makanan Tak Ada|Macam Mana Nie?

Alamak! Dah pukul 4.28 pagi. Sudah 28 minit berlalu..Sahur pukul 4..Aduhai.. Makanan? Ha,nak bersahur mestilah ada makanan. Paling tidak pun..Ayam panggang..


Ayam panggang? Gila apa.. Haha..Siapa pula nak masakkan? Hurm..Tukar lah.. Hurm..Ha,nak makan burger lah..Mesti kenyang...


Fulamak! Meleleh air liur aku....Sedap tue!! Tapi kan..Semua makanan nie tak da kat rumah.. Yang ada hanya nasi putih..kurma dan air kosong..Kalau korang la,korang makan apa? Ha,AMir tahu..mesti korang pilih buah kurma dan meminum seteguk air..Betul tak? Ya lah kan..Nabi sendiri bersahur dengan buah kurma je.. Aku dengar,minum seteguk air pun sudah memadai.,kan? Kalau salah,sila perbetulkan..

Jadi,kepada yang tak sempat masak..Makan je papa.. Ok? Alamak! Mak sudah panggil sahur...!!
jom baca lagi

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Kelantan 1431H/2010

Assalamualaikum,

Alamak! Tahun nie Amir tak berpuasa di Kelantan laa..Tahun lepas berpuasa kat Kelantan.. Best! Hehe.. Bukok poso make budu boh! Hehe. Eh! Entri nie..kalu tulih kok Kelate..Demo pehe ko dop? Yo lah..Jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri Kelantan..Keno lah kecek Kelate..Ko guano?

Baiklah..kat Kelantan ada Zon 1 dan Zon 2. Tapi tak ada lah beza mana pun waktunya..,kan?


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2010

Kalau kat Kelantan dulu..Amir tinggal dalam Zon 2. Jeli..Jalan nak pi Gua Musang.. Tapi Amir duk Kampung Kuala Balah..Hulu..Hehe.. Waktu berbuka bagi Zon 1 ialah 7.28 malam.. Waktu berbuka Zon 2 pula ialah 7.29 malam..Alaa..Tak jauh bezzo punyo..Gitu juga dengan Imsak..

Kepada gu Kelate..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Mari kito kemmah balik poso kito..Jange duk ingat koksey jah..Hehe..Selamat berpuasa..
Nota: Kalu buka puasa di Kelantan,makanan sedap-sedap boh!
jom baca lagi

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Sarawak 1431H/2010

Assalamualaikum,

Memandangkan Amir tinggal di Kuching Sarawak. Jadi,kena tahulah jadual waktu berbuka dan imsak disini. Tak kan lah Amir nak tengok jadual berbuka dan imsak Sabah pula,kan? Jadi,mun kitak owang sik tauk bila waktu berbuka dan bila waktu imsak.. Datang sitok,Amir mauk padah..



Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2010

Amir pula tinggal di Kuching.. Waktu berbuka pada hari ini (Rabu,11.8.2010) pada jam 6.52 malam. Macam kebiasaannya. Waktu imsak pula pada jam 5.12 pagi. Fuh! Nasib baik lewat..Hehe.. Kalau tidak,kena la bangun awal... Baiklah.. Selamat berpuasa bagi rakan-rakan Amir di Sarawak.. Amir harap kitak owang puasa penuh taun tok. Iboh ponteng gik..Ok.. Salam Ramadhan..

Nota: Kena bangun kol 4 pagi daa..
jom baca lagi