Esok Dah Puasa? Terima Kasih Allah!



Assalamualaikum wbt.

Kaifa halukum? Apa khabar pembaca sekalian. Alhamdulillah. Alhamdulillah! Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Mulia kerana masih memberi kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar  kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus bernafas dan beribadat kepadanya.

Terima kasih kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana masih mengurniakan nikmat dan rahmat kita walaupun kita kadang-kadang berpaling tadah daripadanya. (kufur nikmat).

Terima kasih kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa kerana masih memberikan kita akal yang cerdas untuk kita berfikir mana yang baik dan mana yang buruk walaupun kadang-kadang kita terlalu menurut nafsu.

Terima kasih tidak terhingga kepada Allah kerana tidak mematikan kita dalam keadaan yang penuh dengan dosa, dalam keadaan yang penuh dengan noda, dalam keadaan yang belum berkesempatan untuk bertaubat dek merasakan mati masih jauh, dalam keadaan berlaku maksiat, dalam keadaan derhaka kepada ibubapa, dalam keadaan melawan guru, dalam keadaan menipu, dalam keadaan tidak solat, dalam keadaan mencuri dan dalam keadaan membuat kemungkaran.

Dan sesunguhnya Allah Maha Pengampun kerana mengurniakan bulan Ramadhan dan malam Lailatulqadar untuk kita membersih dosa dan menyucikan diri serta menambah lagi pahala. 

Semoga pada bulan ini kita akan berpuasa dari segi mata, telinga , kaki, tangan, seluruh anggota badan dan minda daripada perkara-perkara mungkar. 

Mulai malam ini, kita tentukan niat dan azam untuk bermunajat dan beribadah sepenuh hati kepada Allah yang tidak pernah jemu memaafkan hambaNya melainkan hambanya sahaja yang jemu untuk bertaubat.

Akhir kata,gunakanlah peluang ini sebaik mungkin kerana Ramadhan ini mungkin yang terakhir untuk kita kerana mati tidak mengenal usia dan waktu. ( Orang yang bijak , selalu ingat mati. Jadi, korang dan aku bijak lah. hehe)

Pesanan: Beribadatlah kerana Allah bukan kerana benda lain. Bukan kerana malam lailatuqadar, bukan kerana Syurga, bukan kerana bidadari Syurga tetapi kerana Allah.

******

Korang teruja tak korang masih hidup dan ada peluang lagi untuk bertemu Ramadhan? Korang dan aku adalah insan yang bertuah woo!! Teruja tak? Hehe.

Dalam banyak-banyak manusia, korang dan aku je hidup. Yang lain sudah masuk kubur, bila sudah masuk kubur..mana boleh puasa lagi. Jadi, masa inilah kita kena guna peluang sebaik mungkin. Tetapi takut tak sempat je nak guna sebab mana tahu bila tidur malam ini, korang dan aku akan menjadi mayat pagi esok! Maka korang terpaksalah panggil KeretaMayat. Haha.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1432 HIJRAH.

p/s: Lapar..

14 comments:

ZUE SMILEYX5 berkata...

selamat berpuasa:)

Anem arnamee berkata...

SALAM ramadhan :D

Halusinasi berkata...

selamat berpuasa^^

Halusinasi berkata...

selamat berpuasa^^

ataicha berkata...

selamat berpuasa gak...

AISHA INANI berkata...

selamat berpuasa mir.

wey mana boleh lapaa.
awal lagi nih. fuh!

Hans berkata...

selamat berpuasa, berbuka, bertarawih dan bersahur
:-)

p/s : Thanks Vote Hans :-)

fahmie firas berkata...

kemas blog ni
Best Entry Ni
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.

http://fahmiefiras.blogspot.com/

cik aida berkata...

follow sini ke 1206..

hahhahaa///bertuah la num tu...tarikh lahiraida...12069...

miss ct berkata...

Assalamualaikum...
salam Nuzul Quran..selamat berpuasa ya.. semoga Ramadhan kali ni lebih baik dr Ramadhan tahun lepas..amin

*cik kulat* berkata...

selamat berpuasa adik amir izzat.. :)

Dr. Ben berkata...

Nabi s.a.w. pun beribadat dan harapkan syurga bro.

Amir Izzat berkata...

@Dr. BenHurm..ye ke? Sebab Ustaz cakap. Nabi saw sememangnya dijanjikan syurga. Jadi, tak perlu lah Nabi saw beribadat bersungguh2 sampai bengkak kaki lagi,kan? tapi apa yg Nabi saw buat? Baginda beribadat dan terus beribadat kerana merasakan kehambaan diri terhadap Allah swt yakni beribadat kerana Allah swt dan mengharap keampunanNya.

Wallahualam.

Maaf jika saya terkhilaf. Terima kasih atas komen Dr.Ben.

cik heroin berkata...

Lamanya tak datang sini. Selamat Hari Raya !

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??