Subkhiddin jugak terpilih sebagai pengadil keempat pada pembukaan Piala Dunia 2010. Ini satu penghormatan tau..Bukan senang nak dapat penghormatan sebegini. Tahniah En Subkhiddin. Pengadil Malaysia dah dapat “beraksi” dalam Piala Dunia. Pasukan bola sepak Malaysia pulak bila ek?
Aku nie peminat bola sepak tempatan.. walaupun tidak lah seminat mana pun. Pasal Piala Dunia nie,kurang minat sangat..sebab tak da Astro nak tengok. Jadi,perasaan minat menonton Piala Dunia kian terhakis. Tapi aku sokong Brazil..Hehe.. Aku harap pengadil kita akan mengadili perlawanan pembukaan antara Afrika Selatan dengan Mexico dengan jayanya…InsyaAllah..
Berikut adalah petikan dari Berita Harian bertarikh 7 Jun 2010 bersamaan hari Isnin:
IPOH: Malaysia tidak bertanding pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula 11 Jun ini tetapi wakil negara akan "beraksi" pada perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico sebagai pengadil.
Pengadil Subkhiddin Mohd Salleh, 44, bakal mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai pengadil keempat pada perlawanan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata Subkhiddin adalah wakil Malaysia yang pertama dipilih sebagai pengadil untuk perlawanan Piala Dunia
"Baru tadi saya diberitahu oleh urusetia Persatuan Bola Sepak Malaysia bahawa Subkhiddin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan.
"Walaupun sebagai pengadil keempat, ia adalah satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Raja Ahmad Zainuddin berkata, pemilihan Subkhiddin, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 itu adalah satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara.
Subkhiddin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah dipilih untuk Piala Dunia 2006 di Jerman tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.Sebanyak 30 pengadil akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu.
Dua pengadil Malaysia lain pernah dipilih sebagai pembantu pengadil kejohanan itu iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid di Piala Dunia 1998 di Perancis dan Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama.
Pada kejohanan kali ini, FAM akan mempunyai dua lagi pegawai yang turut terbabit iaitu Datuk Dell Akhbar Khan dalam aspek keselamatan dan Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan dan penyelaras gelanggang. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??