Hati-Hati..Perkataan Pun Boleh Jadi Setajam Pisau.


Salam...

Pernah dengar tak perkataan.. ''Mata Pena Lebih Tajam Dari Mata Pedang''. Itulah..Bahaya kan mulut nie.. Sebab itu kita harus menjaga percakapan dan tulisan kita. Macam Amir..ada jugak kadang-kadang terlepas cakap/tulis sehingga ada yang tersinggung. Maafkan lah.

Sila tengok gambar di atas.. Hadis Abdullah Bim Amru Bin Al-As r.a :

Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah saw: Apakah sifat orang Islam yang paling baik? Rasulullah saw bersabda:Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tanganya.
Jadi,gunakan lidah dan tangan(kuasa) sebaik mungkin. Janganlah mengumpat je kerja. Kadang-kadang AMir pun ada jugak mengutuk..Aduhai..Perasaan marah menguasai..Orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal marahnya. Kena berusaha lagi nie.

Dalam penulisan blog,menulis sesuatu yang menyakitkan hati orang lain..Memang tak patut..Kalau Amir ada tulis sebegitu, maafkan. Sakit yang dirasakan bagaikan mata pedang menusuk jiwa.. Aduh! Pedih..

Oleh itu,marilah sama-sama kita menjaga percakapan dan tulisan kita agar tidak menyakitkan hati orang lain.. Kita pun tak ingin disakiti.. Kan? Ego je lebih...Amir berpesan pada diri Amir dan korang supaya lebih beretika pada masa akan datang... Yang baik datangnya dari Allah..

Kalau kena tusuk dengan pisau,bagaimana rasanya? Begitulah rasanya apabila perkataan itu menyakitkan..Bahaya.Setakat ini sahajalah...Selamat beramal..Untuk entri yang bermakna yang berkaitan dengan iman..Sila ke sini..Selamat beramal..

7 comments:

Kniedaz berkata...

betul tu..sama2lah bertanggungjawab dengan menulis secara berhemah ^_^

myQza berkata...

kemanakah entry sebelum ini?

kata-kataku juga tajam.

maaf andai tersinggung!

~fisha~ berkata...

100% agreed! go amir go.hehe

DiyanaDaniel berkata...

Ye amir..Sangat2 bertuah sebenarnya bagi2 mereka yang membaca entry ini..sama2 lah kita saling ingat mengingatkan.

joegrimjow berkata...

semangat nak cari kawan kat blog ni dah terhakis
sibuk mahu cari duit je
entah tak logik pun ada

hans berkata...

aku selalu dengar ayat nih

Nora Asfa berkata...

Peringatan yang sungguh baik...

Semoga memperolehi Rahmat dari Allah SWT.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??