Peraturan Yang Perlu Anda Tahu Ketika Memberi Komen Di Blog Ini

Assalamualaikum. Memandangkan banyak perkara yang menyusahkan diri Amir dan diiri korang. Amir buat peraturan ini ketika hendak mengomen supaya kita dapat mengelakkan sesuatu yang tidak elok. Erti kata lain,salah paham. Selain mengelakkan spam yang ngoks.

Antaranya ialah..
#1. Membaca basmillah terlebih dahulu.
#2. Membaca artikel Amir sepenuhnya.
#3. Fahami apa yang Amir hendak sampaikan.
#4. Berfikir ketika membaca.
#5. Ingat! Pendapat kita berbeza.
#6. Jangan campurkan emosi anda ketika mengomen.
#7. Jangan berfikir negatif.
#8. Ambil yang jernih buang yang keruh.
#9. Ingat! Mata pena lebih tajam dari mata pedang!
#10. Tidak boleh spam disini!!!!!!!

Perhatian:
Komenlah dengan beretika kerana setiap komen anda amatlah saya hargai. Buat apa kita komen kalau ingin menyakitkan hati orang lain,kan? Sebab itulah ada pepatah ''Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata,buruk padahnya''. Marilah kita berbincang dengan aman. Semoga kita selalu diberkati-NYA.

Amaran:

Anonymous tidak dibenarkan sama sekali..Letaklah nama anda kerana nama itu akan dipanggil oleh Allah pada padang Masyhar kelak. Bersyukurlah dengan nama yang diberi oleh ibubapa anda kerana setiap nama itu pasti indah..Indah dengan maksudnya..Membuktikan diri kita. Salam ukhwah..

Ha...inilah peraturan atau amaran ketika hendak mengomen...Kadang-kadang kita hanya membaca separuh je tulisan seseorang lalu terus membuat spekulasi..Inilah yang mengakibatkan salah faham. Amir amat titik beratkan perkara ini supaya ukhwah yang baru hendak terjalin itu tidak putus.

Amir tidak kisah nak komen apa-apa pun. Cuma,kadang-kadang nak tergelak apabila menbaca komen yang entah papa.. Lain yang Amir hendak sampaikan..lain yang difahaminya. Betul lah kata Kak Kujie..setiap orang memandang dari sudut berbeza..Jadi,pandanglah dari sudut posif. Kan?

Memang susah nak suruh orang faham apa yang kita hendak sampaikan..Dalam perbualan pun susah nak faham,apatah lagi di dalam blog. Sekadar membaca sahaja. Apa apa pun,Amir buat untuk kepentingan bersama..Bukan berat sangat pun..kan?

Selepas nie kita eratkan ukhwah..tak mahu la gaduh-gaduh lagi..kalau berbincang..Kita bincang elok-elok...Setuju? Sekian..hehe..

12 comments:

Hazzy Ishak berkata...

Salam,

Yayyy. terima kasih sebab tukar, mcm ni lebih senang. baca sambil taip komen....

harap2 awak tak marah saya na.

hans berkata...

wah
banyak betul peraturan nih
hehehehe
eh,cam ner nak buat benda nih ekk
yg panjang2 nih

Amir Izzat berkata...

w'salam Hazzy... tak da papa.. keutamaan pembaca diutamakan..hehe..

hanks:...

alaa..sikit je tuh..haha..huh? yang panjang2?? apa tue? tak paham ar...panjang? hurm....

myQza berkata...

jgnlah tergelak baca komen org. masing2 punya pendapat. kalau menyimang sekali pun. terimalah. sekurang2nya dia berusaha untuk meninggalkan komen.

setuju dgn hans,
byk peraturan. bagi aku nak komen, komen jelah, janji tak sentuh sesitiviti tuan punya blog
sekian!

kalau takut di lambung ombak, jgn berumah di tepi pantai!

Amri Bahruji matPuisi berkata...

perghh.. garangnye... baiklah amir.. huhuhu.. ;)

ISZA berkata...

dah letak peraturan tapi kalau ada yang melanggar peraturan apa hukuman yang dikenakan ya?

Amir Izzat berkata...

Oh Si TEdi...aku nak tergelak bukannya apa... haha...aku heran..benda yg dikomen tak da kaitan dengan entri.pastu mula lah emo. tak paham ar.. nak kata aku tulis dengan serius..tak jugak.. apa apa pun,aku hargai komen mereka serta si tedi..thanks!

Oh Amri...bgslah..akur jugak deme..hehe...tq.

Cikgu Isza:
hukuman? tak da kot..sukati mereka la. Yang penting komen baik punya..hehe..tq.

Masturah Idrus berkata...

baek....

kacang je ni...

nk bg pendapat sikit.. tak semua anon 'jahat'..u know what i mean.. hehe.. so maybe awk boley bukak comment form ni tuk anon jugak.. diorang yg takde blog pun nk share pendapat jugak kan..

mcm awk ckp, jgn fikir negatif..
salam..

Sharinginfoz berkata...

apa yang penting komen dengan ikhlas, jangan suka kutuk2 tak tentu pasal kan...

Pukul Berapa Nak Publish Entry??

Amir Izzat berkata...

erm...kak masturah..anon tue buat spam laa.tp tak apa..amir dah tukar balik setting..biar lah deme nak komen.. kan? hehe..

sharinginfoz:

betul tue... tq

fndrocka berkata...

siap ada peraturan panjang lebar lagik.kui3

aien berkata...

wah.. ada peraturan utk komen gk ek.. hehe... hrp2 sy tak melanggar peraturan.. ngeee~

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??