TipsTips Keselamatan Di Lapangan Terbang


Assalamualaikum wahai sahabatku..Sungguh tenang hati ini..Sungguh gembira..Sambil melayan Forum Perdana. Aku ingin berkongsi tips-tips keselamatan di lapangan terbang yang aku tahu. Sedikit je. Memandang kebanyakan dari kita selalu menggunakan kapal terbang sebagai destinasi untuk pulang bagi yang merantau jauh tue,eloklah korang baca tips ini.

Berikut adalah beberapa tips bagi membantu korang dan beg-beg korang supaya berada dalam keadaan selamat ketika di lapangan terbang..Kalau korang tak jaga barang korang dengan baik,boleh hilang tau..Jom baca…

Pertama

Pilihlah kapal terbang tanpa henti(non stop flight) dan jauhi daripada singgah sebentar di lapangan terbang yang asing pada korang. Bukan saja lebih selamat,beg-beg korang juga mempunyai peluang yang lebih cerah untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Kedua

Kalau boleh, mintalah agar tiket korang diposkan kepada korang awal-awal lagi atau lakukanlah perjalanan tanpa tiket(ticketless travel). Cara ini membolehkan korang untuk tidak mendaftar masuk di kaunter dan terus ke pintu perlepasan. Lagi cepat korang naik kapal terbang, lebih segera korang dapat memastikan keselamatan korang dan korang akan rasa lebih relaks dan tenang dalam perjalanan. Tak lah resah sangat atau bimbang dengan barang korang.

Ketiga

Lagi cepat korang periksa beg,kemungkinan beg korang untuk dicuri amat tipis. Jangan risau..

Keempat

Jangan sekali-kali membiarkan beg-beg korang tanpa pengawasan walaupun untuk seketika atau beberapa saat. Ha! Aku pun kadang-kadang takut beg kena curi,nak pi tandas pun bawak sekali tau..

Kelima

Lepasilah pemeriksaan keselamat secepat yang mungkin dan tunggulah dipintu perlepasan. Penjenayah selalunya menjalankan aktivitinya dikawasan yang tiada atau kurang kawalan keselamatan kerana ianya lebih memudahkan mereka untuk melarikan diri. Kat luar LCCT tue,takut gak duduk sorang-sorang. Takut je rompak..Woo..bahaya…

Keenam

Pastikan korang melihat barangan ketika ianya melalui pemeriksaan keselamatan. Perhatikan..jangan pula tertukar barang dengan orang lain..

Ketujuh

Simpan dokumen-dokumen penting seperti tiket,passport atau visa ditempat yang selamat. Jangan biarkan ianya tergantung atau terjulur keluar dari saku korang ketika berjalan-jalan. Ianya adalah satu idea yang baik di mana korang boleh memegang sendiri kesemua dokumen-dokumen ini dan tidak diletakkan di dalam beg yang korang bawa

Terakhir

Kuncikan beg korang dan pastikan ianya ditulis atau ditandakan dengan alamat korang. Aku selalu gak buat benda nie..letak nickname. Kalau korang mempunyai P.O Box atau alamat perniagaan, gunakanlah alamat tersebut dan bukannya alamat rumah anda.

Baiklah..kalau korang ikut tips nie. Kompen barang korang akan selamat. Lepas nie tok sah risau la kalau hilang barang. Ikut je tips nie.

3 comments:

kumfye berkata...

thanx for your info bro...thank you

Vince G berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
IKRAM berkata...

jap2 . ni ha . kadang2 an . ada template yg xda code ni
<dd class=comment-footer ngan <data:commentpostbymsg la . nak buat mcm mana ea lau code tu xda . ha . tolong settingkan template bley x? yang ada kotak comment . lau pakai hp susah gila nak cari code2 uh .

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??