Boikot Barang Yahudi..Mampukah Kita??




Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1Malaysia wahai saudaraku. Semua sudah sedia maklmum bahawa Israel laknatullah telah menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusian ke Semenanjung Gaza beberapa hari yang lalu. Memang panas telinga aku mendengar berita ini. Ketika aku mendengar berita bahawa kapal Mar Marmara yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza,aku dalam perjalanan pulang ke tanah airku Kelantan dari Sarawak. Kalau ada laptop depan mata,sudah pasti aku menulis perkara ini tetapi keadaan tidak mengizinkan. Baiklah! Berkenaan dengan tajuk,’’Boikot Barangan Yahudi..Mampukah Kita??’’

Disebabkan serangan Israel ke atas Kapal Mar-Marmara,ramai pihak yang bersuara…ada yang suruh dunia kecam laa..Ada yang marah laa..Ada yang kelar badan sendiri. Rujuk surat khabar Berita Harian tarikh 2 Jun 2010. Ada rakyat Palestin yang mengelar badan sendiri semasa demonsrasi membantah serangan itu di depan Keduataan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Macam-macam lah ragam manusia nie. Ada pula yang suruh boikot. Baik..mari kita berbicara hal ini.

Sejak dulu lagi aku dengar bahawa nak boikot barangan Yahudi nie. Tak silap aku ketika aku sekolah rendah lagi. Memang lama la perkara ini namun ia bagaikan sementara,tidak kekal alam atau lebih tepat lagi tak pernah dilaksanakan. Betul tak? Korang pun tahu… Aku rasa laa..nak boikot barang Yahudi nie,susah la. Memang susah. Cuba korang fikir..setiap benda yang kita guna sekarang nie ada gak kaitan dengan Yahudi. Jom kita rungkai dengan lebih lanjut. Apabila membaca tulisan aku..baca dengan positif..tak mau jadi macam Khai..


Facebook

Facebook atau ‘’Mukabuku’’ dalam bahasa Melayu amat terkenal sekarang. Semua lapisan umur mesti mempunyai Facebook. Tidak kira tua atau muda..semuanya memiliki akaun facebook. Tak sah hidup kalau tak mengakses Facebook dalam satu hari. Tidak terkecuali juga dengan aku,dulu aku juga ketagih dengan Faceboook. Tidak kira siang atau malam aku akan cuba mencari jalan untuk online Facebook. Memang ketagih sangat-sangat. Namun semuanya dah berubah. Facebook itu sejarah silamku.. Oh ya! Tak silap aku..hampir 3 juta atau lebih rakyat Malaysia menggunakan Facebook. Dah jadi fenomena..

Persoalannya..Mampukah kita memboikot Facebook? Aku rasa boleh..Sekarang kita sudah mempunyai MillatFacebook. Ini berita baik untuk kita..Kenapa kita sanggup join Facebook,tidak pula MillatFacebook? Andai kata semua rakyat Malaysia dan seluruh Dunia yang menentang keganasan Israel@Yahudi join MillatFacebook,kita mampu melumpuhkan laman social Facebook itu. Kita mampu mengubahnya.




Kentucky Fried Chicken(KFC),MDonald Dan Makanan dari Syarikat Yahudi.

Makanan nie sudah tidak asing lagi bagi kita. Kalau ibubapa ajak anak-anak makan kat luar,mesti KFC atau McDonald menjadi keutamaannya. Tak da tempat lain lagi. Sebenarnya kita boleh mengubah cara pemakanan kita. Jangan asyik duk makan KFC je..aku tahu KFC nie sedap dan memang aku teringin sangat nak makan KFC nie. Dulu,kalau ayah ajak makan. KFC ar aku cakap. Tapi itu dulu..sekarang nie aku makan kat restoren biasa je. Makan Laksa Sarawak,Mee Kolok, dan macam-macam. Yang penting kita tak payah lagi makan kat kedai dari syarikat Yahudi. Dimana ada kemahuan di situ ada highway jalan. Kita boleh ubah perkara nie.

Kalau pagi-pagi tak payah ar pergi McDonald ke KFC ke. Meh kita makan Nasi Lemak. Memang sedap..Nasi Kerabu ke..Fulamak!!! Sedap sehingga menjilat ibu jari. Disamping itu,kita membantu ekonomi rakyat kita..bangsa kita. Amacam? Jangan hanya sementara..makan la kat warung-warung..lagi sedap dari KFC dan McDonald…

Barangan Elektrik

Ha! Barang elektrik.. Aku sebenarnya tak tahu sangat barang-barang dari syarikat Yahudi. Kalau tahu pun hanya sedikit je. Baik! Apa kata mulai hari ini kita guna barang buatan Malaysia? Barang buatan Malaysia pun bagus jugak..terbukti kualitinya.. Ramai rakyat Malaysia yang tak nak guna barang buatan Malaysia sebab tak de kualiti. Tak da standard ah.. Alahai..jangan malu..Tak bangga ke dengan barang buatan Malaysia? Barang buatan Yahudi nak pulak.. Ha! Inilah masanya untuk kita memboikot..nak kata tak da barang dari Negara lain..tak leh jadi alasan sekarang.

Secara tidak langsung kita membantu industri barangan di Malaysia.. Nak ke tak?? Terpulang kepada korang..


Apa lagi yang hendak ku katakan...setakat ini sajalah.. Kalau kita betul-betul serius nak boikot barang Yahudi..Kita boleh..Jangan pula manis di bibir saja..tapi buat tak..Aku ada baca komen Kat surat khabar BH..banyak la perkara..Apa lagi ek? Oh ya!



Pakaian

Budak-budak zaman sekarang semuanya nak yang berfesyen la..itu la ini laa..semuanya buatan barat kan? Yakni Yahudi...Levi's? Prada? Gucci? AV? Haa..kalau boikot benda nie kan bagus..kita beli pakaian buatan Malaysia pulak..tapi jenama apa ek?? Aku pun tak tahu. Kalau bab pakaian nie..aku main hentam je. Apa yang mak aku beli,itulah yang aku pakai. Yang penting bukan buatan Yahudi. Kalau buatan Malaysia pula,tak berjenama..tak da kelas orang kata. Susah-susah...




Kasut

Adidas..Nike..apa lagi jenama kasut? Yang mana buatan Yahudi tue..sama-sama lah kita boikot..Tok sah beli lagi. Meh pakat-pakat kita beli Made In China...haha.. Tak da lah. Kita pergi kasut buatan Malaysia.. Adipas..Nikki... Jenama nie memang ada. Kat pasar malam. Dah banyak kali aku jumpa.. Lawak betul nama ciplak. Apa-apa pun,belilah kasut yang tak da kaitan dengan Yahudi. Boleh tak???? Boleh kot..kan?






Kereta

Belilah kereta Proton yang memang tak tahan lama..Dah la mahal.. Cops! Bukan nak kutuk..tetapi begitulah realitinya..Ada jugak rakyat Malaysia yang beli kereta import..Pergi la jual balik..kita beli kereta buatan Malaysia. Belilah kereta yang berkualiti. Banyak kereta buatan Malaysia yang bagus. Kita mampu mengubahnya..




Jangan Bekerja Di Syarikat Orang Yahudi. 

Hurm..kalau berhenti kerja. Merosot ekonomi nie. Tapi nak buat macam mana..terpaksa la korang berhenti..nak boikot kan? Bagus ar..berenti kerja kat syarikat Yahudi..kita kerja pulak kat syarikat Malaysia. Jangan memilih kerja..nanti menganggur macam penganggur kat Malaysia nie. Aku tengok kat airport mat bangla je kerja. Mat Malaysia pi mana?? Duk merayau ka? ish..ish.. Tapi kan..susah  jugak nak berenti nie..hurm...

Baiklah..setakat ini sajalah  yang dapat aku katakan..Korang baca korang fikir..Kalau ada yang salah..maafkan.. Oh ya! Mampu tak kita boikot barang Yahudi nie?? Sila beri pendapat korang.... Setiap pendapat korang amat aku hargai..

17 comments:

FiSh berkata...

hahas psti x bleh kn. sbb yahudi kn ngr yg besor. susah klu nak boikot diowg!

nazihahisa berkata...

baru smlm makan mcd.. erk..

Nas berkata...

thx 4 ur info....mmg susa nk boikot...tp atas usaha ramai2..pasti bole..:)

nabilah_2908 berkata...

ya...agak sukar tuk memboikot...tp bak kata pepatah..nak seribu daya tknk seribu dalih.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
TERINGIN

Amir Izzat berkata...

Fish:

Ades..bukan nak boikot negara..kita boikot barang je..pasti boleh punyer..

Nazihahisa:

Wah! Makan tak ajak oow? tapi xpa..len kali makan Nasi Ayam Penyet..sedap..lagi sedap dari mcd.

Nash:
Most welcome.. yup! kita pasti boleh..lepas nie ajak la ramai-ramai boikot..amacam?

Unknown berkata...

nak boikot 100% mmg susah tp kita cuba la mana yg boleh boikot kita boikot, yg xda pilihan lain terpaksa guna jgkkan...nak wat camna...

Anisa berkata...

hari2 guna mukabuku
kfc lak depan rumah
aduhai...

Tanpa Nama berkata...

Salam

bagi aku sebagai seorang pengguna, sangat boleh boikot.

sebagai pioneer kepada kempen boikot2 ni, memang kita rasa sangat susah, keperluan untuk guna barangan yahudi dan sebagainya. tapi percayalah bahawasanya macam trademark skul aku, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

pendapat aku juga, dah berlambak juga muda-mudi Malaysia sendiri cipta barang2 yang ada berkualiti malah murah dari kebiasaan. Paling malas pun, online shopping barangan Malaysia ja senang, memang banyak.

Start boikot dari seremeh2 benda cam hp ke, baru ke benda yang mahal2 macam kereta tu. Macam pepatah melayu kata, kecik2 lama2 jadi bukit.

Yang paling penting, istiqamah diri sewaktu berhadapan dengan bebarang yahudi ni. Fikirkan, sekupang anda bersamaan dengan sebutir peluru membunuh anak2 Muslim.

Maaf ya, aku terbebel banyak. Semangat.

Salam,
Fathi

Amir Izzat berkata...

Miro:

hurm...boikot yg sikit-sikit pun tak pe dah..

Anisa:
wah..bahaya tue..kalau nak kuar rumah..guna pntu belakang..kompen tak nampak kfc tue..Fb lak..slow2..hehe..

Fathi:

w'salam..wah! panjang bebenor pendapat Fathi.. betul gak apa yang Fathi cakap nie..seperti apa yg Fathi cakap.kecik2 lama2 jadi bukit..komoen suatu hari nanti kita boleh memboikot barang dioarang nie sepenuhnya..tak mustahil.. terima kasih ye

Ansof86 berkata...

Nak boikot camner... uikss... susah rasanyer.. dah bertahun menjajah minda dan kehidupan kite..

kaizen shinobi berkata...

boikot? hmm... dah bosan dah... dari aq form 1 lagi wujud boikot2 nih.... still gak...

aq rasa perlukan pendekatan lain... tapi ape? aq x tau... ngehahhaha

Ken Wooi berkata...

haha.. let's boycott! but cant la.. mcd and kfc everyone's fav! =P

Tanpa Nama berkata...

salam jihad semua,

jihad? kita nak jihad dgn cara mengangkat snjata.. mmpukah? cukup beranikah? boikot pn salah satu cara utk jihad juga.. jihad secara tak lgsung, melalui ekonomi..
dengan mbeli brngn yahudi, scara tak lgsg kita bntu dia utk buat snjata utk perangi kita. ngara kecil mcm msia, bila2 boleh kena, nauzubillah. tapi mcm kita tahu, yahudi ni byk mslihat, dan dr kecil dah dididik utk musuhi islam, tu satu yg kita kena tahu dan sedar..

maCy dah byk bg pndngn psl boikot ni.. mmg, kita tak mmpu nak boikot smua, kita tak ada alternatif utk smua bnda, intel, etc.. semua dr sana.. tp, mcD cthnya, byk alternatif, cuma mahu atau tidak..

kenapa smua rmi mcm xykn yg boikot ni mbantu dan beri kesan? sebab umat islam tak bsatu. satu y bsuara, 10 yg tukang belinya. tak blhla nak kata y ckp 2 100% boikot. tak. mcm maCy, mana maCy blh elak, maCy elak. yg mana tak mmpu, kita cuba kurangkan frekuensi beli dan guna..

mampu atau tidak, tepuk dada tanya iman, mahukah kta bntu yahudi buat snjata hasil duit kita, utk letup kepala umat islam? ~ohh, ayat letup kepala dah jd fav..huhu
mahu atau tidak tu satu tanda soal yg lebh besar dari mampu atau tidak~

Tanpa Nama berkata...

manusia sedar minda kita dijajah, tp.. sedar dari kata-kata dan mgizinkan minda dijajah..
mcm maCy juga lah..

Sufi Asri berkata...

arrhhh !!! macam na aku boleh terlepas yg ini??? aduyai...

weh.. boleh boikot la weh.. (penat nak citer.. huf huf huf! ). entri ni aku x baca sgt.. huhu~

--------------------------

ok.. aku ulang apa yg aku pernah cakap dalam komen blog aku dulu..

Apakah kesan kita memboikot?

bayangkan korang ada kedai makan. customer korang ramai dan pendapatan korang rm400 sehari. satu hari ada sorg boikot sebb dia sakit perut lepas mkn kat kedai korang. dia berjaya suruh ramai org boikot kedai ko dan mmg ramai yg ikut.

disebabkan boikot tersebut, pendapatan harian korang dah menurut dari rm400 kepada rm200 sehari walaupon mmg masih ada org yg makan di kedai korang. tapi cuba bayangkan kalo setiap hari dapat income rm200 je..

gas, air, letrik, gaji pekerja, modal dan macam2 perlu dibayar. agak2 korang ko sebulan kena boikot, bankrap x?

sama mcm boikot brgan israel, walaupon kita dah boikot sedaya yg upaya, tapi kita tetap berjaya mengurangkan income diorang. sehari dua mmg la x de kdesan, tapi kalo kita teruskan selama setahun? apa yg akan jadi?

korang sendiri bijak pandai.. jadi korang boleh sendiri pikir.. =)

Amir Izzat berkata...

ops! terlepas pandang...maaf! aku setuju je laa....

ZP berkata...

Kalau berkenaan facebook tu, telah wujud satu altenatif iaitu millatfacebook, jadi boleh lepas gian di social networking milik orang islam sepenuhnya...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??