Mampu Kah Kita Memboikot Barang Yahudi? [re post]



Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1Malaysia wahai saudaraku. Aku sengaja je re post..Nak tahu lebih lanjut..Semua sudah sedia maklmum bahawa Israel laknatullah telah menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusian ke Semenanjung Gaza beberapa hari yang lalu. Memang panas telinga aku mendengar berita ini. Ketika aku mendengar berita bahawa kapal Mar Marmara yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza,aku dalam perjalanan pulang ke tanah airku Kelantan dari Sarawak. Kalau ada laptop depan mata,sudah pasti aku menulis perkara ini tetapi keadaan tidak mengizinkan. Baiklah! Berkenaan dengan tajuk,’’Boikot Barangan Yahudi..Mampukah Kita??’’ 




Disebabkan serangan Israel ke atas Kapal Mar-Marmara,ramai pihak yang bersuara…ada yang suruh dunia kecam laa..Ada yang marah laa..Ada yang kelar badan sendiri. Rujuk surat khabar Berita Harian tarikh 2 Jun 2010. Ada rakyat Palestin yang mengelar badan sendiri semasa demonsrasi membantah serangan itu di depan Keduataan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Macam-macam lah ragam manusia nie. Ada pula yang suruh boikot. Baik..mari kita berbicara hal ini.

Sejak dulu lagi aku dengar bahawa nak boikot barangan Yahudi nie. Tak silap aku ketika aku sekolah rendah lagi. Memang lama la perkara ini namun ia bagaikan sementara,tidak kekal alam atau lebih tepat lagi tak pernah dilaksanakan. Betul tak? Korang pun tahu… Aku rasa laa..nak boikot barang Yahudi nie,susah la. Memang susah. Cuba korang fikir..setiap benda yang kita guna sekarang nie ada gak kaitan dengan Yahudi. Jom kita rungkai dengan lebih lanjut. Apabila membaca tulisan aku..baca dengan positif..tak mau jadi macam Khai..

Facebook

Facebook atau ‘’Mukabuku’’ dalam bahasa Melayu amat terkenal sekarang. Semua lapisan umur mesti mempunyai Facebook. Tidak kira tua atau muda..semuanya memiliki akaun facebook. Tak sah hidup kalau tak mengakses Facebook dalam satu hari. Tidak terkecuali juga dengan aku,dulu aku juga ketagih dengan Faceboook. Tidak kira siang atau malam aku akan cuba mencari jalan untuk online Facebook. Memang ketagih sangat-sangat. Namun semuanya dah berubah. Facebook itu sejarah silamku.. Oh ya! Tak silap aku..hampir 3 juta atau lebih rakyat Malaysia menggunakan Facebook. Dah jadi fenomena..

Persoalannya..Mampukah kita memboikot Facebook? Aku rasa boleh..Sekarang kita sudah mempunyai MillatFacebook. Ini berita baik untuk kita..Kenapa kita sanggup join Facebook,tidak pula MillatFacebook? Andai kata semua rakyat Malaysia dan seluruh Dunia yang menentang keganasan Israel@Yahudi join MillatFacebook,kita mampu melumpuhkan laman social Facebook itu. Kita mampu mengubahnya.



Kentucky Fried Chicken(KFC),MDonald Dan Makanan dari Syarikat Yahudi.

Makanan nie sudah tidak asing lagi bagi kita. Kalau ibubapa ajak anak-anak makan kat luar,mesti KFC atau McDonald menjadi keutamaannya. Tak da tempat lain lagi. Sebenarnya kita boleh mengubah cara pemakanan kita. Jangan asyik duk makan KFC je..aku tahu KFC nie sedap dan memang aku teringin sangat nak makan KFC nie. Dulu,kalau ayah ajak makan. KFC ar aku cakap. Tapi itu dulu..sekarang nie aku makan kat restoren biasa je. Makan Laksa Sarawak,Mee Kolok, dan macam-macam. Yang penting kita tak payah lagi makan kat kedai dari syarikat Yahudi. Dimana ada kemahuan di situ ada highway jalan. Kita boleh ubah perkara nie.

Kalau pagi-pagi tak payah ar pergi McDonald ke KFC ke. Meh kita makan Nasi Lemak. Memang sedap..Nasi Kerabu ke..Fulamak!!! Sedap sehingga menjilat ibu jari. Disamping itu,kita membantu ekonomi rakyat kita..bangsa kita. Amacam? Jangan hanya sementara..makan la kat warung-warung..lagi sedap dari KFC dan McDonald…

Barangan Elektrik

Ha! Barang elektrik.. Aku sebenarnya tak tahu sangat barang-barang dari syarikat Yahudi. Kalau tahu pun hanya sedikit je. Baik! Apa kata mulai hari ini kita guna barang buatan Malaysia? Barang buatan Malaysia pun bagus jugak..terbukti kualitinya.. Ramai rakyat Malaysia yang tak nak guna barang buatan Malaysia sebab tak de kualiti. Tak da standard ah.. Alahai..jangan malu..Tak bangga ke dengan barang buatan Malaysia? Barang buatan Yahudi nak pulak.. Ha! Inilah masanya untuk kita memboikot..nak kata tak da barang dari Negara lain..tak leh jadi alasan sekarang.

Secara tidak langsung kita membantu industri barangan di Malaysia.. Nak ke tak?? Terpulang kepada korang..


Apa lagi yang hendak ku katakan...setakat ini sajalah.. Kalau kita betul-betul serius nak boikot barang Yahudi..Kita boleh..Jangan pula manis di bibir saja..tapi buat tak..Aku ada baca komen Kat surat khabar BH..banyak la perkara..Apa lagi ek? Oh ya!



Pakaian

Budak-budak zaman sekarang semuanya nak yang berfesyen la..itu la ini laa..semuanya buatan barat kan? Yakni Yahudi...Levi's? Prada? Gucci? AV? Haa..kalau boikot benda nie kan bagus..kita beli pakaian buatan Malaysia pulak..tapi jenama apa ek?? Aku pun tak tahu. Kalau bab pakaian nie..aku main hentam je. Apa yang mak aku beli,itulah yang aku pakai. Yang penting bukan buatan Yahudi. Kalau buatan Malaysia pula,tak berjenama..tak da kelas orang kata. Susah-susah...




Kasut

Adidas..Nike..apa lagi jenama kasut? Yang mana buatan Yahudi tue..sama-sama lah kita boikot..Tok sah beli lagi. Meh pakat-pakat kita beli Made In China...haha.. Tak da lah. Kita pergi kasut buatan Malaysia.. Adipas..Nikki... Jenama nie memang ada. Kat pasar malam. Dah banyak kali aku jumpa.. Lawak betul nama ciplak. Apa-apa pun,belilah kasut yang tak da kaitan dengan Yahudi. Boleh tak???? Boleh kot..kan?






Kereta

Belilah kereta Proton yang memang tak tahan lama..Dah la mahal.. Cops! Bukan nak kutuk..tetapi begitulah realitinya..Ada jugak rakyat Malaysia yang beli kereta import..Pergi la jual balik..kita beli kereta buatan Malaysia. Belilah kereta yang berkualiti. Banyak kereta buatan Malaysia yang bagus. Kita mampu mengubahnya..




Jangan Bekerja Di Syarikat Orang Yahudi. 

Hurm..kalau berhenti kerja. Merosot ekonomi nie. Tapi nak buat macam mana..terpaksa la korang berhenti..nak boikot kan? Bagus ar..berenti kerja kat syarikat Yahudi..kita kerja pulak kat syarikat Malaysia. Jangan memilih kerja..nanti menganggur macam penganggur kat Malaysia nie. Aku tengok kat airport mat bangla je kerja. Mat Malaysia pi mana?? Duk merayau ka? ish..ish.. Tapi kan..susah  jugak nak berenti nie..hurm...

Baiklah..setakat ini sajalah  yang dapat aku katakan..Korang baca korang fikir..Kalau ada yang salah..maafkan.. Oh ya! Mampu tak kita boikot barang Yahudi nie?? Sila beri pendapat korang.... Setiap pendapat korang amat aku hargai..Aku yakin..kalau kita bersatu..kita mampu..walaupun tidak 100 peratus...

2 comments:

datin kelly ketak berkata...

kalu nak best cuba kita start dari diri sendiri dulu....insyallah....;)

padukakerol berkata...

mampu.

ada gak yg dah rasakan kita perlu tegakkan sistem khalifah.
sedang bergerak. insya-Allah.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??