Khutbah Jumaat..Jakim..Umat Islam..Maksiat..Aku Nak Berbicara Hal Ini..

Semasa mendengar khutbah Jumaat kat Masjid Tanah Merah Kelantan…Tajuk untuk khutbah hari nie agak menarik. Islam Agama Tolenrasi. Khutbah Jumaat kat kawasan korang pula bertajuk apa? Jangan tidur sudahlah… Aku tengok kan..ramai yang tertidur apabila mendengat khutbah Jumaat. Mungkin penat bekerja..termasuk aku..Aku tak bekerja..tapi bersekolah..

Ustaz Hassan ada cakap..kalau kita mengantuk ketika mendengar khutbah Jumaat,alihkan tempat duduk korang. Faham tak? Macam nie..korang beralih lah ke tempat lain. Mungkin tempat yang korang duduk tue banyak syaitan..Jadi,elokkan beralih..

Apa faedahnya pergi Solat Jumaat tapi tidak mendengar khutbah? Sia-sia je kan? Benda yang hendak disampaikan itu tidak dapat disampaikan dengan sempurna. Budak-budak pulak kalau pergi masjid..terutamanya ketika hari Jumaat. Memang bising..Masjid Kampung Gita,Kuching. Orang tengah solat pun dia boleh berlari-lari.

MasyAllah..Remaja sebegini kah yang akan memimpin Negara serta mengembang agama Islam? Kalau korang katakan..’’umat akhir zaman..’’ Ya! Memang umat akhir zaman..tapi kita tak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku..

Sebenarnya aku tak suka dengan kata-kata atau respon dari sesetengah orang yang berkata ‘’nak buat macam mana…dah akhir zaman’’.. Memang tak suka..Macam melepaskan tanggungjawap kita sebagai muslim untuk berdakwah. Aku hairan..kat Malaysia nie kan..Jabatan Agama Islam  eke boleh berdakwah? Hanya Jabatan Kemajuan Agama Islam je ke boleh mencegah kemungkaran?

Bukankah ia wajib keatas setiap umat Islam? Kalau aku pi cegah orang yang buat maksiat.aku rasa..aku yang kena balik..tak da lesen beb..Sebab tue orang yang buat maksiat tak risau..Aku bukan menuduh…tapi mengikut apa yang aku tahu..Kalau salah..Maafkan…Kan bagus kita mencegah maksiat itu terlebih dahulu dari duk telefon Jabatan Agama Islam suruh datang..kan?

Setakat nie sajalah..Kalau hendak berbicara dengan lebih lanjut,memang banyak.Tidak terkira..tapi itulah..kita ubah apa yang patut. Tak mahu lah jadi umat Islam yang nama je Islam..tapi tak tahu pasal Islam.. Oh ya.Semasa khutbah Jumaat tadi..Imam ada cakap.. Nabi pun hormat mayat orang Yahudi…bukan atas sebab agama..tapi atas dasar kemanusia n kerana setiap makhluk yang diciptakan itu semuanya dari Allah swt..

Setakat nie je aku ingat..semoga kita mengubah diri kita menjadi lebih baik…InsyaAllah..

1 comments:

Unknown berkata...

tempat aku pasal isu Zionis dan Palestine..khatib membaca sambil mengalir air mata sebak mengenang korban kekejaman Zionis

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??