Blog Ini Akan Dikemaskini@Edit

Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Memadangkan mood untuk blogwalking sudah hilang disebabkan masalah line broadband. Jadi,saya membuat keputusan untuk mengubah balik blog ini agar kelihatan kemas dan simple supaya para pembaca lebih selesa berada disini. Disamping itu juga,saya akan mengubah gaya tulisan saya seperti ''aku'' kepada ''saya''. Kalau guna saya dengan pembaca nampak lebih mesra kan? Tetapi kalau buat kisah macam bercerita itu saya akan gunakan ''aku'' la. Sebenarnya saya agak bosan dengan template blog ini,walaupun baru tetapi nampak tidak menarik. Lagipun sekarang nie musim cuti,elok sangatlah mencuri sedikit masa untuk mengemas kini blog ini agar menjadi lebih bagus. Semasa blogwalking,saya tertarik dengan perlbagai template yang agak cantik dan simpe serta penyusunan wifgetnya. Oleh itu saya membuat keputusan ini.


Hurm..kenapa penulisan saya agak skema hari ini? Bukannya apa..kalau menggunakan perkataan ''saya''. Saya rasa lebih tenang..Kalau guna ''aku'' rasa nak terkam orang je. Walaupun begitu,gaya penulisan saya akan berubah mengikut peredaran masa dan mod. Kalau mod baik,maka baiklah entri saya. Kalau tidak,kompem entri saya kelihatan agak marah. Biasala kan..hidup ini tidak selalu ceria. Banyak masalah yang melanda. Sebenarnya banyak yang perlu diedit dalam blog ini,memandang saya masih baru dalam dunia blogger. Banyak benda lagi yang saya tidak tahu..Kalau korang datang ke blog saya,mungkin widgetnya kelihatan tidak teratur.Lagipun saya dah bosan menulis benda yang saya. Jadi,terasa ingin menulis sesuatu yang bermanfaat. Tetapi blog ini masih blog peribadi..saya rasa nak tulis macam-macam je. Mengikut keadaan....

Kadang-Kadang terpikir jugak,apa yang hendak ditulis dalam blog ini?? Kalau tulis benda yang sama je..saya pun bosan gak. Kadang-kadang idea datang ketika nak tidur. Laptop dah off. Alahai..mata dah mengantuk.. Hurm..tak jadi nak tulis. Kadang-kadang datang ketika belajar..Macam-macam yang bermain di fikiran. Balik rumah dah lupa. Melepas pulak.. Banyak lagi laa..idea datang ketika kita bukan didepan laptop tetapi pabila duk depan laptop. Tak datang pulak.. Alahai.. Pernah suatu ketika..jiwa rasa nak menulis..Memang banyak benda la hendak ditulis tapi tangan pulak malas nak tapi. Aduhai..malas-malas. Nak update blog pun kadang-kadang malah. Ye lah kan..kalau UV sikit..semangat nak menaip tue hilang.. tapi setakat ini alhamdulillah. Saya bersyukur masih ada orang yang datang dan mengomen. Terima kasih pembaca.

Alamak! Dah masuk Asar la. Baiklah..saya hendak mempersiapka diri dulu. Bak semayang Asar. Jangan pulak berblogging hingga lupa tanggungjawap kita. Jangan pulak lewatkan solat. Ingat! Kita berblog mestilah niat kerana Allah Taala. Barulah blog kita maju. Kan? Apa-apa pun bergantung kepada individu itu sendiri. Yang moleknya adalah kerana Allah taala. Betul apa yang saya katakan ini. Niat kerana Allah ada berkatnya. Wallahualam lah.. Yang penting bukan kerana duit Nuff.. bukan kerana kejar trafik. Tak best la berblog sebab semua orang asyik duk kejar trafik. Mulai saat ini saya akan cuba menjadi blogger yang friendly..Saya nak mulakan sesi berkenalan dengan blogger lain...akrab sikit.. Trafik penting gak tapi ukhwah tue penting lagi. Baiklah..dah terlanjur pulak..Kita jumpa lagi selepas ini. Assalamualaikum wbt.

p/s:
Setuju tak?

3 comments:

Sufi Asri berkata...

hehe.. kalo "saya" mmg sgt skema.. tapi xpelah.. ikut atas keselesaan amir lah.. hehhe...

Sufi Asri berkata...

oh ya... dalam formspring ko ada jawapan kepada soalan ko kat blog aku tue.. hv a nice day.. =)

oh farah berkata...

comel je tgn yg pegang teddy tu. haha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??