Perihal Entri..Target Untuk Blogger Atau Target Untuk Umum?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung yang setia menapak disini. Kali ini Amir ingin berbicara sedikit tentang karya yang kita hasilkan. Karya@Entri yang dihasilkan oleh korang sebenarnya ditarget untuk siapa? Hanya untuk di kalangan blogger atau untuk umum?

Apa itu karya yang ditarget untuk blogger? Begini,setiap entri yang kita hasil ini..Kita menjurus kepada blogger je. Macam tips untuk Nuffnang,Macam mana nak trafik tinggi, dan bercerita perihal bloggger. Daripada pemahaman Amir dan kata-kata seorang rakan blogger. Jikalau kita ingin maju,jangan menulis menjurus kepada blogger sahaja. Kenapa? Amir tak tahu..Hehe..Korang rasa korang tahu tak?

Target untuk umum? Karya ini boleh dibaca oleh semua orang..Semua orang berminat untuk membacanya...Bukan menjurus kepada blogger sahaja...Karya nie...Amir rasa boleh maju lagi kot. Entah laa..Kalau buat cerita tentang teladan...bermoral..Mesti semua orang akan baca,kan? Kalau buat cerita pasal bloggger,hanya blogger je la yang baca..Betul tak?

Ini adalah apa yang Amir tahu. Amir pulak..kadang-kadang target untuk blogger je.. Kalau salah,sila tegur. Jangan pulak kita melenting. Apa pulak pandangan korang? Korang buat entri jenis apa? Target untuk blogger sahaja atau untuk umum???

1 comments:

Syahida berkata...

Buat masa ni, target entri Sya memang untuk umum. Organik visitor yang menguasai trafik blog Sya. Tapi InyaAllah, lepas ni, ada entri untuk blogger juga. Trafik kalau dari blogger ada pasang surut. Tapi kalau dapat trafik umum, InsyaAllah, boleh mantain, tapi tu pun dengan syarat duduk 1st page kat search engine.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??