Jom Sertai Pertadingan Liga Remaja Kreatif: "Jalur Lebar Untuk 1Malaysia."


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. Pernah dengar pertandingan ini? Tak pernah? Mungkin ramai yang tidak tahu akan pertandingan ini. Jom kita berkenalan sebentar.

PENGENALAN

Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Maklumat Peraduan: 

  • Pertandingan Jalur Lebar Untuk 1Malaysia adalah anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia. 
  • Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 1 Ogos 2010. 
  • Tema bagi produksi adalah JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.
Wah! Menarik bukan? Kepada pelajar sekolah menengah. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah yang lumayan menanti anda. Baiklah. Apa objektif pertandingan ini?

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
  • Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
  • Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
  • Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Durasi Penyertaan : 3-7 Minit
Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010
Tarikh Tutup Penyertaan : 1 Ogos 2010

Berpandukan kepada objektif pertandingan ini,amatlah sesuai untuk remaja sekarang. Dapat mengenali kreativiti dan bakat yang terpendam,kan? Kadang-kadang itu perlu dicari dan digilap. Betul tak? Daripada duduk melepak di kaki lima,bagus menyertai pertandingan ini dan menunjukkan kreativiti masing-masing. Oh ya! Tidak menarik kalau pertandingan ini tidak disertakan dengan hadiah,kan? Apa hadiahnya? Memang Lumayan..

A. Peringkat Negeri 
  • Hadiah tempat pertama: RM5 000 beserta telefon bimbit
  • Hadiah tempat kedua: RM3 000 beserta telefon bimbit
  • Hadiah tempat ketiga: RM2 000 beserta telefon bimbit
  • Hadiah saguhati : RM500 x 7
B. Peringkat Kebangsaan 
  • Hadiah tempat pertama: RM10 000 beserta kamera digital
  • Hadiah tempat kedua: RM7 500 beserta kamera digital
  • Hadiah tempat ketiga: RM5 000 beserta kamera digital
Macam mana? Hadiahnya sudah tentu menarik perhatian anda. Kalau dapat tempat yang pertama,fuh! Tempah tiket pergi melancong bawa teman wanita. Hehe. Maaf. Bergurau senda sedikit. Jom kita sertai ramai-ramai pertandingan ini.

Tetapi bagaimanakah cara untuk menyertai pertandingan ini? Baiklah. Untuk mendapatkan borang penyertaan,syarat pertandingan serta maklumat yang berkaitan. Anda boleh mendapatkannya di sini(wajib klik) dan boleh juga mengunjungi blog Liga Remaja Kreatif.(wajib klik). Jom sertai sebelum terlambat...

14 comments:

Unknown berkata...

cam best jew..hu3

Amir Izzat berkata...

@AnWaRnAiM a'a..memang best..hadiah lumayan tue...kau buat ar Naim..nanti share hadiah..hehe

Unknown berkata...

tapi cam ssh jerk...hak3

joegrimjow berkata...

kenapa xbuat peringkat U
huhuu

Amir Izzat berkata...

@joegrimjow..Huhu..itu kena tanya SKMM dan mereka yang berkuasa..hehe..mungkn diorang nak mengasah bakat budak2 sekolah dulu...ha,berminat ke? hehe

Amir Izzat berkata...

@AnWaRnAiMa'a..memang nampak susah sedikit..hehe.. payah gak nie.. tapi kena usaha gak kalau nak join..

Hazzy Ishak berkata...

joe nak join tapi tak boleh.ehehe

Amir Izzat berkata...

@Hazzy Ishakhaha..itu la..ntuk budak2 je..kih3

ardinihumaira berkata...

wow! hadiah dia sangat menarik dan menjolok mata dni.. hehe.. nak hadiah dia tu! $__$ nak try join la :) jum ramai2!

Amir Izzat berkata...

@ardinihumaira..wow? menjolok mata? tapi untuk budak sekolah menengah je kak oi.. hehe..:)
p/s; fuh! kalau boleh nak join tapi agak payah sedikit

Unknown berkata...

aku dah tuo, xleh masuk deh..hahahaha...rugi2

Amir Izzat berkata...

@Miro Armyruletoink..haha...mung cuba lain kali jah.. haha..atau mung buat video..suruh aku join..amacam?

Liga Remaja Kreatif berkata...

Salam semua, tak susah pun. Boleh guna handphone, digital camera atau kalau sesapa ada videocam pun ok. Bergantung kepada kreativiti masing2. Selamat mencuba :)

Unknown berkata...

komen aq kat atas tu mase aku tak tpk lagi nak join..dan pada hari seterusnya..pada suatu hari..kwn aq ajak..so aq join..dan penyertaan tlah dterima..hehe

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??