Cara Cepat Jadi Kaya Sekelip Mata [hehe]

Assalamualaikum….Ha,korang buat apa tue? Dah makan ke belum? Kalau belum,jom makan! Amir pun lapar nie..Ok! Tahu tak tips nak jadi kaya? Meh baca..Amir nak kongsi ilmu sikit tapi Amir malas lagi nak cuba..Korang cuba la dulu..

Rompak Bank..
Wah! Haha..Korang berani ke rompak bank? Kalau tak berani,tak payah la mimpi nak jadi kaya..Korang rompak la bank tue letak dalam rumah.Kih3.. Jangan buat pinjaman bank..Nanti kena hantar balik bank tue… Oh ya! Ada orang rompak mesin wang.. Tarik guna tali..

Suruh Bomoh Jadikan Korang Kaya
Bomoh? Ye la..Orang Melayu kan suka bomohkan orang..Aku hairan..Mereka duk bomoh orang buat apa..Baik suruh bomoh tue bomohkan diri sendiri. Mintak dengan bomoh..Tolong bomohkan saya jadi kaya…Hehe..

Join Skim Cepat Kaya Tapi Cepat Miskin Adalah..
Ha,ini satu lagi orang Malaysia suka ambil..Skim cepat kaya buat diri jadi miskin..Alah..tipu je nie..Yang duk percaya itu buat apa? Kan? Tapi boleh jadi kaya jugak tau..Buat skim kaki tipu..Kompem korang akan kaya..Amacam?? (dosa tanggung sendiri..hehe..)

Jadi Toyol!!!
Wah! Yang nie paling best..Korang buat la diri korang jadi toyol..Mula-mula ambil cat hijau..Sapu kat badan..Pastu menyelinap masuk rumah orang.. Amir tengok..toyol nie banyak pulak duit..Amacam? Senang cerita korang berpakat dengan toyol-toyol se-Malaysia..Banyak toyol yang mendaftar sekarang..Ada saja benda yang hilang..kah3..

Eh! Dah habis? Haa..itu je laa..Buat jahat jangan sesekali,buat baik biar berpada..Selamat beramal..Jangan cuba..tipu je nie..kih3..
jom baca lagi

Kena Ngorat Dengan Awek Laa...

Salam geng! Oh tidak!! AKu telah ditackle dalam bahasa omputeh..Kalau dalam bahasa Melayu..aku telah dinodai..Eh! Bukan! Bukan! Ada sorang awek cuba nak ngorat aku laa.. Adoii…Macam mana nie? Couple itu haram. Apa yang harus aku lakukan? Patut ke aku membalas jelingan matanya yang tajam itu? Fuh! Gilalah..

Jelingan mata yang tajam..Wajahnya ku terbayang setiap masa.. Adoi..Aku pulak yang angau..Oh tidak! Adakah aku sudah jatuh cinta?? Tak boleh..tak boleh..Couple itu kan haram.. Hurm…Kalau tak terima,menduda la aku.. Ades..bila masa pulak aku dah kawen? Melepas la aku.. Awek tue la cantik..Meh aku kasi banyangan..

Lisa cantik kan?

Mata dia saiz mata Britney Spears..Tubuh dia macam Pamela Anderson. Suara dia macam Justin Bieber..(betul tak aku eja?) Eh! Apa kaitan dengan Justin Biebier nie?? Haha. Apa lagi? Cara dia berjalan macam Rozita Che Wan.Pernah tengok? Oh ya! Wajah dia macam Lisa Surihani laa.. Kena terima nie..Mana boleh jumpa awek camnie..kan?

Korang rasa macam mana?? Hipokrit sungguh aku nie…kan? Kan? Jarang awek mengorat lelaki..Ada makna??

jom baca lagi

Makan Nasi Dalam Kapal Terbang!| Rasa Agak Kureng Sikit..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..Hari tue kan..Amir da balik dari Kelantan.. Masa naik penerbangan..Mesti lah bagi makan..Lagi-lagi naik penerbangan guna tiket Tentera..Hehe.. Ha,korang tengok gambar je lah.. :)


Ok! Banyak gak makanan dalam tue..Fuh! Bau memang sedap lah..Panas lagi nie tau..



Wow! Sedapnya..Time nie belum rasa lagi..Tengok pun nampak sedap..Macam-macam ada..Haha.. Biskut ada..kit kat ada..Ha! tue ha...semua benda ada..Semua benda Amir telan..kah3..Lapar ....Makan punya makan..Tak sempat amik gambar semasa makan..



Tara!!! Kah3...Habis licin Amir makan..Shhhh!! Nak komplen nie..Nasi ayam tue kurang sedap laa..Memang tak sedap..tapi alhamdullillah..dapat makan jugak. Ops! Jangan bagitahu Air Asia..nanti kena saman..Ahaks... Korang pernah makan kan dalam flight? Sedap ke nasi yang dia bagi? Selalunya sedap..tapi yang nie..entah la..masuk perut..terus kenyang..hehe...
jom baca lagi

Untukmu Sahabatku..


Sahabat,
dulu kau dan aku sering bersama..
Namun,hanya disebabkan satu perkara,
kau pergi meninggalkan diriku.

Sahabat,
andai aku ada waktu,
ingin sekali aku bertanya padamu,
mengapa kau tinggalkan aku sahabat,
sedangkan aku amat mengasihi dirimu,
 
aku sedar wahai sahabat,
diriku banyak melukakan hatimu,
namun sedarkah dikau,
mencari seorang sahabat,
bagaikan mencari sebutir mutiara putih.

Namun sahabat,
aku tidak akan menyalahkan dirimu,
kerana perpisahan ini,
pasti akan wujud,
walaupun tidak diminta,
kerana setiap pertemuan,
pasti akan adanya perpisahan.
jom baca lagi

Kisah Seorang Sahabat:"Kantoi Sukakan Awek"

Pada suatu hari yang indah...Telah berlaku tragedi yang romantis..Bukan peristiwa tetapi tragedi yang bermaksud peristiwa. Wah! Jangan pening..Ini cerita baru nak bermula…Bermulanya perbualan aku dengan seorang kawan karib dan kisah percintaan dia...

Kisah ini menceritakan dua orang sahabat yang akrab.. Si jejaka bernama Muhammad Asyraf Muhaimin Al Daniel Amin(tipu nie). Panggil nama Sameon je ye..Sameon? Macam cerita dulu kala la pulak.. Ok! Ok! Kita panggil dia Amir lah. Nak tak? Ops! Ini bukan kisah Amir..Senang cerita panggil si Jejaka ini Asyraf… Yang seorang lagi,aku la. Amir Izzat. Tambah sorang lagi watak dalam cerita ini,awek cun melecun...Hehe..

Perlu memperkenalkan diri dulu ya? Jom kita tanya Asyraf.

Amir: Salam bro!!..nak tanya...Kau nama apa ek? Meh kita buat macam baru kenal..

Asyraf: Orait..Kira berlakon la nie..Waalaikumussalam!! Laa..nama ku Dollah..Haha..

Amir: Oh…ye ke? Sal nama kau cam nama datuk aku ek? Kau jeles ngan datuk aku ek? Ops!

Asyraf: Kepala hotak ko! Namaku Nicol(nama model iklan Rejoce).. Haha. Kau dah tau lah..

Amir: Ok! Ok!  Memandangkan ada orang yang nak kenal kau..Aku nak tanya la umur kau.. Berapa ek? (ayat skema seorang lelaki menanyakan seorang lelaki)

Asyraf: Ada orang nak kenal aku? Siapa?? Ha,aku masih muda lagi. Kalau ikut masihi,umur masih muda. Ikut hijrah tua la sikit..baru je 21 tahun. Single lagi bro! Ahaks.

Amir Oit. Orang yang nak kenal kau tue yang sedang baca kisah nie laa...

Asyraf: Ye ke? Rasa macam kita nie duk dalam drama la pulak..''Selamat berkenalan awak semua''..


Amir: Wey..toksah perasan laa..Mereka semua baca kisah aku la..Bukan kau..Haha. Eh! Aku nie kira adik kau la..Oh ya! Dengar cerita,kau minat sorang aweks.. Betul ka?


Asyraf:Uiks..Mana kau dapat tahu nie? Adoi..kantoi..kantoi..

Amir: Ha,biasalah bro! Kau terkencing masa tidur pun aku tau daa…lumrah alam..kah3.

Asyraf: Ow..kau gelakkan aku ek? Tak apa..Aku malas lah nak cerita.. Merajuk nie..

Amir: Woi! Apa barang lelaki merajuk? Ok! Aku pujuk..Gyhahahaha.. (Eh! Apsal aku gelak macam Hellioz nei?).. Kawan,cerita ar sikit.. Siapa awek tue???

Asyraf: Oraiiit..Memandangkan kau nie dah tahu rahsia aku dan aku rasa kita nie serasi laa.Aku cerita laa…Nama awek tue L*** .Nama bapak dia..aku tak tahu ar..Eh! Aku rasa kau kenal la dia..Awek yang top tue. Senang cerita..Kau baca biodata L*** nie.. Nah!!(Asyraf menunjukkan satu kertas padaku..)

Amir: Huh?? Awek nie??? Gila la kau…….

Bersambung….



jom baca lagi

Tips|Lupakan Trafik,Blogwalking Dan Iklan Nuffnang! Cantikkan Blog Terlebih Dahulu


Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca setia blog Amir Izzat,followers,pembaca curik-curik dan yang sedang blogwalking.. Apa kabar? Baiklah..Kali ini Amir nak berkongsi sesuatu dengan korang..Untuk blogger yang baru la.. Sesuatu nie macam tips kot. Entah! Tak tahu nak cakap apa..Tak apa kan? Yang penting isi.

Ok! Ok! Tak mahu dah buang masa.. Amir tulis ringkas je.. Macam nie..Korang nak tak blog korang ramai orang yang datang? Korang nak tak ramai orang komen?  Ha,kalau nak..pi cantikkan blog itu dulu??? Ringkas bukan? Ada lagi..

Korang lupakan trafik buat masa ini..Lupakan blogwalking..Lupakan iklan Nuffnang..Lupakan Buffered Earnings..Lupakan segala-galanya..Yang perlu korang ambil perhatian adalah “rumah” korang. Rumah? Blog lah..Ye! Korang bagi kasih sayang kat blog korang sikit sebanyak.

Buat blog jadi cantik dan tidak berserabut.. Kenapa nak cantik? Ye la kan..Kalau orang bertandang ke blog kita..Mesti lah dia nak tengok pemandangan yang cantik. Kalau blog tue buruk dan kurang cantik..susah orang nak datang..Menyakitkan… Ok? Dah tahu apa nak buat kan?



Tak tahu kat mana nak cari blog yang menyediakan tutorial? Ok..Amir ada blog diorang yang selalu Amir pergi. Rumahku syurgaku..


Blog Cik Ika Honey Bunney nie ada buat tutorial cara membuat header online. Bagi sesiapa yang tak ada photoshop. Boleh la ikut tutorial tue.. Amir pun buat header ikut cara Cik Ika tue..Usha la cik Ika..


Kalau korang nak ubah size blog..Buat kasi cantik cam blog dia. Cik Amar Amirah ada buat tutorial.. Memang gempak lah..Cara nak edit blog besar ke kecik ke..Semua ada... hehe


Ha,korang ada lihat border kat blog Amir? Ada lihat melengkung? Blog Hazzy mampu menjawapnya.. Tak rugi lah...Hazzy pun baik hati..kih3


Blog nie lah yang paling best..Banyak Amir belajar dari blog nie..Sejak mula berjinak dalam dunia blogging..Blog inilah yang menjadi panduan Amir...Bagus untuk newbie..


Blog nie jelah yang membantu Amir selama ini.. Last-last terikut sama Hazzy Superb. Jadi warna pink..Haha…Orang akan tengok blog kita dulu..Baru tengok entri..kalau blog dah berserabut. Entri macam mana pula? Walaupun menarik...kan???? Untuk newbie je nie..kih3..



jom baca lagi

"Kalau Abah Buat Report Polis,Kakak Nak Bunuh Diri..."


Assalamualaikum..Fuh! Terkejut Amir baca surat khabar tadi.. Merujuk tajuk diaatas..Itulah kata-kata seorang budak perempuan yang baru berumur 15 tahun. Budak perempuan nie lari dari rumah..Dengar cerita ikut kekasih yang berumur 28 tahun. 

Lepas tue,ayah dia buat la laporan polis... Sebab ayah dia buat laporan polis, dia ugut nak bunuh diri..Aduhai..
Inilah remaja zaman sekarang..Remaja perempuan..Awat duk ikut lelaki?? Kalau orang tegur,tak nak dengar..Kalau orang bagi nasihat,buah fikiran dia je betul.. Susah-susah.. Korang tahu tak kenapa entri Amir banyak duk nasihat pasal perempuan? Ha! Pasal nie lah..Duk ikut jantan.. Adik Amir semuanya perempuan..

Sebab itu Amir kisah.. Kalau lelaki,lantaklah…Keras hati..Kalau ditegur,mungkin gelanggang silat yang akan ku tuju. Kalau perempuan,tak kan nak ke gelanggang silat kot? Hati perempuan kan lembut…

Hurm..budak perempuan nie.Nak bunuh diri pulak dah... Ceteknya pemikiran..Salah siapakah?? Ibubapa? Cikgu??

jom baca lagi

Uiks..Dapat Buffered Earnings Lagi?


Assalamualaikum… Semalam. Nuffnang bagi pulak dah Buffered Earnings. Aduhai..Perlu ke Amir gembira? Entah laa..Rasa macam tak best pulak,kan? Dulu,kalau dah dapat Buffered Earnings bukan main gembira lagi tapi kali nie..Entah la..Macam tak best pulak..Mungkin $$ cash out belum sampai lagi kot..Argh! Apa barang tunggu $$ cahs out..Ahaks

Ades..macam mana nak sampai kalau semalam baru je tekan butang cash out.Haha. Amir dengan Cikgu Isza sedang menanti $$ cash out sampai.. Cikgu Isza nak beli kamera laa..Nanti boleh bergambar sama-sama..hehe

Pasal Buffered Earnings nie..Aku dapat yang Air Asia satu dan..Eh! Susah la nak eja..Korang tengok sendiri laa..

alhamdulillah..

Ha,nampak tak? 2 buffered earnings Amir dapat tapi yang satu tue tak berjalan laa..Huhu..Entah mengapa..Amir rasa tak gembira.. Oh ya! Lupa..Amir berblog bukan nak cari $$ banyak..sikit je..Berblog untuk suka suki..kan?

AMir: Mulut cakap lain..Hati kata lain....
jom baca lagi

Info Kesihatan|Kesan Matahari Kepada Mata

Tahukah anda, mendedahkan mata kepada cahaya matahari tanpa pelindung mata yang sesuai boleh menyebabkan beberapa perkara berikut berlaku :
  • Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata
  • Menyebabkan lapisan sensitif dalam mata terbakar tanpa disedari 
  • Kerosakan pada hujung saraf 
  • Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)
Kesan ini terjadi bukan saja disebabkan cahaya boleh nampak, misalnya dari matahari, tetapi juga dari cahaya tidak boleh nampak (tenaga) seperti Infra Merah (IR) dan Ultra Ungu (UV).


Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan ‘sunburn’ (kesan pada kulit disebabkan panas matahari). IR pula boleh merosakkan tisu kanta mata dan kesannya mata akan menjadi kabur.

Kerosakan mata yang dialami kesannya akan dapat dirasakan beberapa jam kemudian, antaranya mata mula berasa pedih, berair dan menjadi kabur.

Tahap 
kerosakan mata seseorang yang melihat matahari tanpa alat pelindung bergantung selama mana pendedahannya kepada cahaya berkenaan.

Oleh kerana itu, ada dua kaedah untuk melihat atau mencerap matahari, iaitu menggunakan penuras yang direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop/binokular atau cermin kecil.

sumber:iluvislam.com

AMir: Fuh! Bahaya juga ya tengok matahari..Amir rasa korang pun dah tahu..dan mungkin ada yang tak tahu nie... Tapi kan..lagi bagus tengok matahari dari tengok manusia kat muka bumi yang penuh kemaksiatan..Rogol,zina,pakai baju ketat..dan macam-macam lah..Wallahualam..:
jom baca lagi

Peraturan Sekolah| Dilarang Memakai Songkok!

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca yang budiman. Sebenarnya kan,Amir nak mengadu sikit nie. Boleh ke? Kalau tak boleh..tak apa lah. Hish! Kena mengadu jugak. Untuk informasi dan pengetahuan korang. Eh! Tadi kata nak mengadu? Ini pula untuk informasi? Aduh..Maaf..Otak tengah pening nie..rasa geram pun ada..


Begini kisahnya,masa mula-mula Amir bersekolah teknik nie yang akan menjadi sekolah vokasional tahun depan. Amir tak tahu peraturan sekolahnya.. Masa mula-mula daftar tue,skema ar..Pakai songkok..Memang Amir pakai songkok pun..masa umur 5 tahun hingga darjah 5. Selepas tue terbantut sebab ikut perkembangan zaman la kononnya..Pergi sekolah rambut mestilah “up”. Apa barang pakai songkok? Ceteknya pemikiran weyh.

Jadi,Amir berhajat la nak pakai songkok balik pabila masuk tingkatan 4 nie. Hajat punya hajat..tak kesampaian pulak. Peraturan sekolah menyatakan bahawa pemakaian songkok adalah dilarang. Kalau pakai akan dikenakan tindakan disiplin dan songkok akan dirampas. MasyaAllah..Macam ini punya peraturan pun ada ka? Terkejut juga Amir.

Amir pun tanya la mak Amir sebab mak Amir guru BM kat sekolah tempat Amir belajar sekarang. Mak cakap sekolah tak bagi pakai songkok sebab ada kes dulu ..Pelajar letak barang terlarang dalam songkok. Alaa..sembunyi benda laa..macam rokok,nospan dan macam-macam lagi. Dulu,satu kes je. Selepas tue,songkok terus diharamkan.. Hurm..Malangnya ada peraturan macam nie..

kalau pakai gini,memang ar kena marah..hehe
Sekolah korang pernah ke kena macam nie? Tak pernah kan? Apa komen korang? Patut ke Amir buat bantahan dekat guru disiplin atau bagaimana? Susah laa..Kerna nila setitik,rosak susu sebelanga..
jom baca lagi

Blogku Berwarna Pink..Jangan Kau Bilang Daku Pondan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Amir Izzat,pembaca curik-curik dan tidak lupa jugak yang setia bertandang ke blog Amir Izzat yang tidak seberapa ini. Baiklah..Korang ada lihat tak perubahan di dalam blog ini?  Ha,macam mana? Cantik ke K.O??

Kalau korang kata cantik,Amir akan belanja korang tengok Amir makan aiskrim..Kuang-kuang..Gurau je lah. Ok! Apa yang Amir ubah adalah warna template blog Amir Izzat ini. Sepertimana yang korang lihat,sudah menjadi warna ungu ala-ala pink..kira pink lah kan??. Cops! Saya bukan pondan atau seangkatan dengannya. Amir tetiba je minat warna pink..Cantik apa..kan? Perempuan pun suka...Kita kena buat baik dengan perempuan..kih3.. Bodek nie tau...

Benda yang kedua Amir ubah adalah header..Hari tue header lain... Nak tahu header apa yang Amir guna sebelum nie? Ha,klik sini


Yang nie pula header baru!!! Hikhik..Style tak? Macam mana Amir buat header nie?? Ha,macam nie..Amir ikut tutorial Ika Honey Bunney...Tepuk tangan untuk dia... Korang pergi la terjah blog dia.. Memang best!!



Tidak lupa juga kepada cik Hazzy yang sudi mengajar Amir mengubah warna sidebar tue..Pening kepala tau nak mengedit blog nie..Ahaks..Susah giler..Tapi boleh tahan laa...Mengedit sambil belajar..Ilmu nie tauu...Ilmu berblog..So,lain kali kalau ada orang mintak tolong..Amir boleh tolong...Pasal blogspot je laa..hehe..

Ha,Amir nak korang komen blog Amir nie!!! Kalau tak puas hati..Sila hempas laptop anda ke lantai atas paparan blog Amir yang buruk ini..kih..kih..Relaks...Komen tau...Dan saya bukan pondan ye..Pink adalah cantik..cantik adalah untuk wanita..tetapi saya lelaki? Argh! Lantak lah kan?? Hehe... Eh! Pink ke ungu nie? Ahaks.

jom baca lagi

Aku Dah Cash Out!!


Salam geng!! Haha...Baru sekejap tadi aku buat keputusan nak cash out..aku dah tekan cash out..tapi apa yang akan terjadi ek? Hurm...kena tunggu 30 hari ke? Fuh! Lama tue..kah3.. Aku nak tanya ar pengalaman korang macam mana...Boleh kongsi tak dengan aku?? Toink...Saya budak baru belajar..sila tunjuk jalan pak! Kih3..

Ha,tapi lama la 30 hari tue..rasa macam setahun pula..kan?? Ha,sila kongsi pengalaman anda bersama Nuffnang nie..Macam mana dia hantar? Betul sampai rumah ka? Rumah aku kat Kuching,Sarawak.. Sampai kot..Ahaks.. Hurm...Nervous gak nie..Haha..Kalau dah sampai,boleh la beli MP4..kah3..
jom baca lagi

Pertama Kali Seumur Hidup Makan Di McDonald!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Ok! Kita lupakan yang tensen-tensen..Jom kita tengok gambar makanan nie..Sikit je..Ahaks.


Ini aweks aku..Ahaks..Gurau je laaa...Korang jangan jeles ar..Lawa tak? Kawan aku nie..Makan sama-sama..Nak tackle sila hubungi aku sekarang..Ahaks...On jak..


Wow! Banyaknyer...Kak McD free je ka french fries ni,kan? Aku tak pernah pergi..So,aku tak tahu lah regenyer..haha..Jakun beb..Fist time seumur hidup... Yang nie aku lantak sorang-sorang..Kenapa? Tak percaya? Hehehe...


Ha,yang nie kau pesan untuk diriku dan dirinya...Sedap! Harga burger tue murah je..Air pun murah..Kalau korang lapar ke apa ke..Bajet ciput..Korang pergi la McD...RM5 lepas doe... Air pulak boleh isi semula..refiil..Memang best ar...


Inilah pengalaman pertama aku singgah di McD..tak pernah lagi woo.Kawan ajak.. Eh! Macam budak-budak la aku nie..Ha,korang pernah pergi McD tak?? Apa komen korang? Best? Tak best? Tak sedap? Jom luahkan....Ahaks.

Boleh layan bola sambil makan!! Ahaks...Korea lawan sapa ntah aritu..
jom baca lagi

Oh! Kerajaan! Jangan Jadikan Kami Pelajar Bahan Uji Kaji Laa....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hish! Tak habis-habis pemimpin kita ini..Nak buat perubahan itu la ini laaa..tapi ada tak pemimpin ini fikir tentang pandangan pelajar?? Kami yang menanggung sengsara..dan kami juga yang menanggung kebaikan…tetapi nak boleh kebaikan itu dari perubahan yang pemimpin lakukan..Kami sengsara dulu.

Hidup pelajar macam dikotak katikkan..Rasa nak ubah nie..Kerajaan pun ubah..tapi tak lihat hasil.. Hish! Tengok lah sendiri PPSM. Berjaya ke? Penipu la kalau berjaya! Kalau berjaya,alhamdulillah…Kalau tidak,rugi kan masa pelajar? Pelajar macam dijadikan bahan ujikaji..Ingat kami nie bahan eksperimen ke??

Kalau nak buat perubahan,kaji dulu.. Jangan pula sudah terhantuk baru nak tengadah.. Fikir dahulu... Oh ya! Pasal bahasa Cina dan Tamil di sekolah harian biasa. Bagus lah..Orang Melayu pasti akan mengembangkan bahasa Ibunda orang Cina dan India…Memang bagus!! Orang Cina dan India tidak perlu risau...

Uiks..Bahasa Melayu pun masih ada yang belum lulus..Bahasa Melayu pun tak lancar lagi bertutur…Ingat! Bahasa rasmi yang termaktub dalam perlembagaan bukan Bahasa Malaysia tetapi Bahasa Melayu!

Hurm..aku nak bagi cadangan..aku tak tahu..aku luahkan perasaan je laa..hikhik..
Amir: Ops! Terlupa pula aku,blogger picisan macam aku mana ada orang nak dengar..huhuIni pandangan aku seorang saja.
jom baca lagi

Bangganya Jadi Rakyat Kelantan| Ada 11 Keistimewaan Orang Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa orang Kelantan kat sini? Wah! Wah! Mesti ramai kan..Korang tahu tak yang aku memang bangga ar jadi rakyat Kelantan nie? Yup,aku bangga dengan negeri aku. Cop! Adakah aku ada semangat kenegerian yang kuat? 

Adakah kalau orang luar tegur aku,aku buat dek je? Haha. Tak lah..Aku berkawan dengan semua orang Cuma ‘orang luar’ tue je yang berfikir negatif. Anda bijak anda fikir positif.

Nak tahu kenapa aku bangga jadi rakyat Kelantan? Ha, Kat bawah nie 11 keistimewaaan orang Kelantan..

1.Kelantanese use a proper Malay word.

Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…

2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.

Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).

Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:

Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. 

Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”

“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”

Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”

“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”

Perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and ‘Budu’

Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

Contoh:

Saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)

5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.

Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. 

Ayat yang biasa didengari adalah:

buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

7. Kelantanese and Nik Aziz

Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Moon Kite (wau bulan)

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

9. Wayang kulit

Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

10. Thailand (golok)

Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. 

Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

11. Orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
ambo’ untuk menunjukkan humbleness
kawe’ dengan kenalan biasa
aku’ dengan member2 rapat
oghe’ dengan family
sayo’ untuk formality

Sumber: http://belacan-143.blog.friendster.com

Wah!! Macam mana gu? Betul ke blogger blog Belacan tue cakap?? Aku copy je senang..Nak kasi tahu semua orang..Haha..Bukan nak berlagak..tapi aku bangga.  Jolo tak gu?? Demo banggo ko dok?? So lagi,oghe Cino Kelate bulih kecek Kelate..Negeri lain tokleh boh...Ko guano?? Haha..

Amir: Setiap orang ada keunikannya..Jangan jadikan ia jurang antara kita.
jom baca lagi

Kalau Aku Nak Nasihat Orang,Aku Perlu Menjadi Imam Dahulu Ke?| Susah Nak Tegur Manusia Nie!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasal nasihat menasihati nie..Aku hairan laa..Tak boleh ke kita nasihatkan orang yang melakukan kemungkaran? Alaa…ada orang cakap kat aku “ Niat awak baik..tapi mungkin dia akan jadi lebih baik dari awak” Itu adalah kata-kata seorang insan yang sangat baik memuji aku baik.

Tetapi aku faham dari ayat dia. Gini,mungkin seseorang itu akan jadi lebih baik dari kita apabila kita duk tegur dia? Faham tak? Kalau dia buat kemungkaran,kita asyik duk ingatkan dia walaupun diri kita ini tidak sesempurna mana..dia mungkin akan berubah tetapi atas teguran kita. Nampak tak dia punya point disitu?

Ha,aku tahu. Diri aku ini tidak sempurna mana..Dalam blog aku ini pun. Aku banyak menegur soal pemakaian perempuan..dedah aurat dedah sini.. Ha,aku tegur la tue. Nak kasi ingat sebab fitnah yang paling besar akan kena lelaki adalah fitnah perempuan.

Come on laa..takkan aku nak tegur orang. Aku perlu ambil lesen dengan JAKIM. Ingat! Tugas berdakwah itu wajib ke atas setiap muslim.. Susah lah nak ajar manusia kalau dia tak mahu terima teguran.. Banyak dah aku terima komen kat blog ni.

Aku tahu…takpayah berselindung lagi. Ada yang terasa hati..Kalau aku tak tegur,baik aku duk rumah. Lepas tue,aku takkan tengok dunia luar lagi.. Duk dalam rumah je..Tengok orang berzina depan mata,buat bodo je...kan?

Lantak ar orang kat dunia luar nie..Nak berjudi ka..Nak berzina ka..Sukatilah nak buat apa..Aku tak kisah!! Tapi ingat! Kalau Allah turunkan bala,Allah takkan turun kat kita seorang je..tapi seluruh kaum kerabat kita.. Alaa..senang cerita,seluruh Malaysia hancus..

Ha,dah dapat tak apa yang hendak aku sampaikan? Ok! Ok! Apa yang hendak aku sampaikan adalah yang tugas tegur menegur,nasihat dan berdakwah ini bukan terletak pada ustaz,iman,tok bilal sahaja tetapi kepada semua yang bergelar muslimin dan muslimat yang diberkati Allah sekalian.

Susah ar nak menegur orang,tapi itulah cabarannya. Semoga korang semua memahami.. Ada orang takut nak tegur orang buat maksiat. Ceh!!! Panggil Jais datang sejam dulu..Baru nak cegah..Tapi tak apa..selemah iman adalah mencegah dengan hati,kan? Kalau yang ada kuasa itu yakni terdaya untuk mencegah tapi tak cegah,macam mana pula? Wallahualam...

Isu Couple.
jom baca lagi

Rindu Mula Terasa..

Sedang duduk bersendirian..hatiku tiba-tiba menjadi sayu..Entahlah apa yang dikenangkanku..Entahlah apa yang difikirkan ku..Ia bagaikan angin bayu yang datang terus pergi sempoi-sempoi….

Rindu? Untuk siapakah? Sang kekasih aka aweks? Pada ibuku? Pada ayahku? Pada kawanku? Dan pada guruku? Entah..aku keliru..Memang terasa rindu ini menebal di dalam sanubari..Sukar untuk aku luahkan…

Air mata usahlah dibicara lagi..Ia mengalir terus mengalir..Tanpa lelah. Untuk siapakah aku mensiakan air mata ini terus mengalir??..Hurm..

Ketika rindu terasa ingin bercinta..ketika rindu..terasa ingin bertemu..ketika rindu..terasa sayang semakin menebal…Ketika rindu semuanya menjadi duka..kerna rindu pada seseorang yang jauh di mata..
jom baca lagi

Saya Suka Ben Ashaari,Awak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hurm..Korang kenal tak siapa Ben Ashaari nie? Kalau kenal,bagus lah. Kalau tak kenal,pergi la berkenalan nun. Tapi,sejauh manakah hubungan korang dengan Ben Ashaari? Eh! Hubungan apa pula ini? Bukan hubungan sulit ka apa ka. Dia ada isteri laa..Nak kena lempar dengan periuk ka? Hehe.. Maaf.

Kalau korang kata hanya kenal di bibir..Korang tak boleh lawan aku.. Bukan hendak berlagak..Bukan hendak menjadi kipas lipas..Bukan nak cari popularit..Bukan nak tarik trafik..Dan bukan nak tipu..kih.kih.kih..

Ha,hubungan aku dengan Ben Ashaari? Aku dengan Ben macam anak dengan ayah ar..Dia ayah aku..Aku anak dia.. A’a.. Betul!! Kenapa? Tak percaye? Ok! Ok! Korang pi tanya Ben Ashaari sendiri. Kalau Ben tak mengaku..(aku tipu laa…hehe).


Baik! Baik! Sebenarnya tak ada apa-apa..Aku cuma nak cakap yang aku suka saaangat dengan Ben Ashaari. Cops! Aku bukan gay..hehe. Saya masih lelaki sejati. Kalau tak percaya,sila tengok i/c saya.(Tidak dapat dipaparkan buat masa sekarang. Tahun depan sila datang balik.Hehe)

Oh ya! Entri nie sebenarnya nak cakap(entri pandai bercakap ek?) yang aku suka blog Ben Ashaari daa..Betul! Jangan duk kata aku tengah mengipas ye.Aku pun ada blog yang aku suka..Kan? Hang pun ada jugak..kan? kan?

Blog Ben Ashaari best apa..Rugi woo tak baca.. Korang jangan baca entri sekarang..Korang baca la entri lama-lama.. Ada benda tersembunyi yang korang tak jumpa tue..Aku dah lama kenal Ben Ashaari(ini sah tipu) laaa…Haha..

Ben banyak gak membantu aku..Orang yang tak kenal seseorang itu..tetapi mudah menilai dari luaran. Memang susah,kan? Macam blogger itu yang duk nilai orang tapi diri sendiri?? Hampeh!!! Ok! Kepada yang belum kenal Ben..jom kita usha blog dia ramai-ramai…-->Semua blogger perlu mendaftar kelak..di bawah akta rahsia.
jom baca lagi

Saya Suka Belog Cap Ayam,Awak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yes!  Kali ini aku akan meneruskan sesi suka dan tak suka dengan blogger yang saya minat. Eh! Apa kebendanya? Ha,aku nak meneruskan segmen “Saya Suka Blogger ini,Awak?” Korang dah baca "Saya Suka Ben Ashaari,Awak’’ dan “Saya Suka Darkbatman,Awak?’’. Baca tue dulu…

Baiklah.. Kenal tak nama blog Bukan Calang-Calang Blog Cap Ayam..Fuh! Nama pun kita dah tahu..kan? Nama je Cap Ayam tapi…bukan standard cap ayam..Ha,ini standard cap kerbau..lembu..Mahal tue..kih3..  Betul lah..Memang bukan blog cap ayam..Lihatlah template blognya..


Macam mana? Menarik bukan? Ha,sebab itu la aku suka. Korang pula? Suka ke tidak? Kalau tak suka,pi sapu mata nun..Basuh muka elok-elok..Apa  lagi yang saya suka tentang Blog Cap Ayam nie ek? Ha,Blog Cap Ayam juga ada menyediakan tutorial untuk mencantikkan blog macam dia punya..kalau tak silap aku laa…

Lagi satu,cik Amar Amirah empunya Blog Cap Ayam selalu juga mengomen di blog aku yang tidak seberapa ini..Hehe.. Ok! Itu je laa..yang aku suka tentang Blog Cap Ayam..Aku suka blog dia,tuan dia sekali…Ops! Dah berpunya..kot. Hehe..

Amir: Anda pula bagaimana?? Suka tak?? Semestinya!!
jom baca lagi

Cuba Klik Iklan Ronnie Got Lucky...HOT!! [ScreenShot]

Hey geng..Korang Pernah klik tak iklan Ronnie Got Lucky..Memang best giler..Ahaks..Tak tahu iklan dia macam mana? Apa yang seksinya ek? Jom kita lihat screenshot dibawah..

Macam kat bawah nie...



Gila lah cerita nie..tapi best..baik korang pi tengok sekarang..tak sesuai untuk tontonan under age..Bahaya beb..Kalau korang tengok..memang..memang..susah ar aku nak cakap..korang pergi la mana-mana blog..Korang klik..jangan terlepas..Jarang ada iklan macam nie...Jom klik! Okay? Seksi giler aweks dalam video tuh..Kah3..
jom baca lagi

Nak Cash Out Duit Nuffnang Atau Tidak?


Assalamualaikum!!! $$ wa dalam Nuff dah ada sikit..Wa rasa wa nak belanja lu orang makan nasi Ayam Penyet dekat Waterfront laa...Gempak beb!! Ha,lu rasa wa patut cash out sekarang atau cash out time gua dah tua.. 

And then,time $$ gua dah beribu riban..Amacam? Wa konpius tahap cacing sakit perut 14 hari nie..Kalau wa cash out sekarang,nanti 0 ar $$ gua..tak leh tatap hari-hari..

Beb,lu rasa macam mana? Alaa..yang ada pengalaman tue..Sila berkongsi..Jangan segan jangan malu...Wa tak makan orang oww...Hurm..Kalau wa cash out sekarang..Wa boleh beli MP3 Apple Ipod Shuffle..Harga murah gilerr... kalau tak beli,kalau harga dah up..Wa nak korek mana $$.. Korek tanah boleh ar..Huhu... Macam mana nie???

Sempena gua keliru..Wa nak nyanyi satu lagu.
 
Di lubuk hatiku tersimpan
Ada rasa bimbang
Yang enggan ku ceritakan

Ternyata baru ku sadari
Sirnanya hatimu
Yang engkau simpan untuknya

Aku cinta kepadamu
Aku rindu dipelukmu (di hatimu)
Namunku keliru telah membunuh
Cinta dia dan dirimu
Aku cinta kepadamu
Aku rindu dipelukmu
Inginku akhiri yang telah terjadi
Lamunanmu membawamu
Kembali...

Oh Tuhan maafkan diriku
Telah melangkah lugu
Memberi bimbang di hatinya

Ku tahu engkau telah berdua
Tak mungkin ku rasa
Melepas kasih antara kita

Engkau pun keliru
Menilai erti cinta kita
Yang kau kira selamanya...
 Amir: Menyanyi ikut tone sendirik!! haha..eh.Tolong wey... Lapar pulak...
jom baca lagi

Gua Tak Mau Jadi Hipokrit!!


Assalamualaikum!!!! Gua nak cakap kat lu orang..Gua dah tak mau jadi hipokrit..Gua nak ubah dah cara berblogging gua... Aku nak guna Gua.. Gua kasi aku guna?? Uiks!! Haha... Adoi.. Pelik betul ayat gua? Eh! Sesuai tak aku guna Gua?? Amacam? Gua nampak b*b*.Jadi,gua b*b*.. HIsh!! Salah ..its not about gua... Its about..cakap-cakap.Kata ganti diri kedua..

Boleh aku guna kan? Ok! Gua tak mau dah jadi hipokrit cam sesetengah orang! Gua nak jadi aku! Aku nak jadi gua! Gua tak mau dah ikut orang... tak dak pekdah. Baik gua ikut cara gua. Mulai ari ini,gua nak pisahkan dunia gua dengan dunia alam maya. Lantaklah dunia realiti...Gua nak lepaskan gua punya tensen dalam dunia alam maya. Lu orang jangan tanya kenapa gua jadi begini.

Apa pasal gua mahu guna gua? Aa..itu pasal..itu hari..Gua ada tengok itu cerita Adnan Sempit..Cerita itu aa...Guna ''Gua''..''Lu''. Gua dengar cam best je..Jadi,gua rasa..Gua nak guna perkataan ''Gua'' la bagi kata ganti nama kedua bagi diri gua nie..Boleh kan? Hish! Buat apa gua tanya lu orang..Lu orang tak dak kesah punya...kan???

Ok lah..Gua nak cakap itu jaa... Buat apa cakap banyak-banyak kalau lu orang baca separuh saja..Bikin letih....Okeyh! Gua chow dulu..Ops! Gua=Wa=Aku=Saya=Amir. Wa nak chow dulu....

Amir: Gua cakap terus terangkan..Wa tak hipokrit...Susah jugak guna perkataan ''Gua''...
jom baca lagi