Kenapa Orang Melayu Tidak Suka Berbicara Soal Politik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan! Hurm..kat sekolah tadi aku berbahas sikit dengan kawan pasal politik..Politik? Fuh! Bahaya tue.. Ha,dia sokong Anwar..Aku pulak sokong BN. Huish..Sukati la kita nak sokong sesiapa pun,kan?

Ok! Pada penglihatan aku la,kenapa ek orang Melayu kita nie tak suka berbicara soal politik? Mungkin ada tapi banyak yang menjauh.. Hairan! Hairan! Mungkin mereka ada sebabnya tersendiri. Tapi korang tahu tak kesan yang akan datang pabila orang Melayu nie tidak kisah akan hal Negara sendiri? Buat dek je..Pergi mengundi tak nak.. Ha,contohnya dah ada.

Singapura yang telah dikuasai bangsa lain. Korang nak ke Negara kita Malaysia ini jadi seperti Singapura? Orang Melayu menjadi lemah! Tidak berkuasa! Tidak mampu membela anak bangsanya sendiri! Lihatlah keadaan sekarang. Jelas terbukti.. Anda pun tahu kan fenomena politik di Negara kita. Agak kucar kacir la pada hemat aku.

Itu la orang Melayu.. Asyik dengki je. Bila nak maju? Bukannya nak bersatu..Dalam Islam pun suruh kita bersatu..Bukan dengan Melayu je.. Aku tak nak cakap Melayu mudah lupa.. Tapi Melayu mudah alpa.. Senang dengan apa yang ada. Ya,itu tanda bersyukur.. Tapi dalam bersyukur ada dendamnya.. Hurm..Entah lah..

Kalaulah orang Melayu dah tak nak mengundi. Agak-agak la.. Tercapai tak impian Karpal Sigh??  Aku takut nie… Susah la kalau Melayu tak nak berbicara soal nie..Ini pandangan saya dari apa yang saya lihat. Skop penglihatan saya tidak luas seperti anda.

Pandangan tidak matang dari budak sekolah.

2 comments:

ladymiaka86 berkata...

oh.. sue setuju dgn amir.. tp sue pun kadang2 mls nak berbicara soal politik ni bkn ape..boleh bikin gaduh je bila x sependapat..

Amir Izzat berkata...

@ladymiaka86hurm..ye tak ye jugak kan..betul tue..boleh bergaduh..susah la kalau macam nie..kan?

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??