Mudahnya Kawan Lupakan Kawan

Ikatan yang teguh akan berkekalan

Aku ada seorang kawan..Nama dia Rey(nama samaran) Kami berkenalan sejak dari darjah lima. . OPs! Dia lelaki ye. Hubungan kami hanya berkawan dan tidak lebih dari pada itu. Apa barang main dengan lelaki? Kalau lelaki kat Jalan Haji Tahar,memang boleh main...(Ops! Kantoi..) Ok! Ok! Amir tak mahu dah cerita banyak. Jom baca kisah Amir petang tadi....

Tepat jam 2.20 petang. Loceng sekolah berbunyi dengan kuatnya... Jadi,tunggu apa lagi. Semua pelajar mengucapkan "Terima kasih cikgu!!" Lantas,semuanya cepat melangkah untuk pulang. Hanya aku,Syafiq,Akmal dan Zul sahaja yang berada di dalam kelas. Memandangkan yang kami orang ini budak baik. Selalu keluar lewat sedikit dari pelajar lain kerana ingin menyusun meja kelas terlebih dahulu. Budak baik menjadi kegemaran guru,kan?

Keluar kelas terus menuju tempat motorsikal. Ku lihat ex5 yang bergaya. Fuh! Walaupun tak segak dan sehensem ku..Motor itulah yang ku bawa ke sekolah..Peneman setia di kala bosan.. Ronda-ronda ngan motor nie ar..

Maaf.. Tidak berbaju..tengah repair..

Start motor terus balik rumah.. Masa dalam perjalanan balik,aku ada melintas di hadapan tempat Rey bersekolah. Then,aku ternampak dia sedang menuju kelua rdari sekolah. Hajat di hati nak lah menegur sebab sudah lama tidak bertegur sapa ...Bukak ku cermin helmet yang serba hitam ini dan cuba untuk senyum..Namun,tidak ku sangka..dia tidak membalas balik senyumanku...Buat tak tahu je.

Dia terus berlalu dan hanya sekadar menjeling. Ku sangkakan kerna memakai helmet mungkin dia tidak mengenaliku? Tapi itu bukan sebabnya... Entah mengapa dia berpaling tadah. Itulah manusia.. Tidak pernah kenal erti kawan sebenar..Malas hendak ku ungkit budi ku padanya.. Biarkan semua itu kenangan.. Malas ku hendak ungkit apa yang berlaku... Biarlah semua itu berlalu... Malas hendak ku coretkan...Kerna ia terlalu pahit..
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Kawan adalah segalanya buatku.. Tanpa kawan,mungkin aku tiada semangat. Tapi aku yakin,mungkin ini ada hikmah di berpaling tadah dariku..Allah itu Maha Adil.Nak cari kawan yang baik haruslah didik kita untuk menjadi kawan yang terbaik...kan??? Ku bukan dahagakan kasih seorang sahabat. Namun nilai persahabatan itu penting buatku..


1 comments:

Kie-yu berkata...

erk!
dia tak perasan amir kot?
hensem sgt pkai helmet
heee ;)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??