Assalamualaikum wahai pembaca sekalian. Semoga anda terus diberkati Allah sentiasa. Apa yang hendak saya katakan disini adalah saya menulis bukan untuk mencari musuh. Dari tajuk pun anda sudah mengetahuinya.
Sebenarnya saya agak kecewa sedikit dengan sikap pembaca di blog ini. Bukan hendak merendahkan anda atau marah dengan anda tetapi ada segelintir pembaca di blog saya mudah mentafsir yang negatif dari apa yang saya tulis. Mungkin ada pembaca yang tidak dapat memahami apa yang hendak saya sampaikan.
Sepertimana yang anda tahu..Atau ada yang belum tahu. Blog ini blog biasa sahaja. Blog yang ditulis oleh seorang remaja yang sedang meningkat dewasa. Blog yang ditulis oleh seorang pelajar sekolah menengah. Kadang-kadang apa yang budak tulis mungkin tidak diterima oleh orang dewasa. Biasalah itu. Di dalam dunia realiti pun,orang dewasa kadang-kadang susah nak menerima pendapat budak-budak remaja. Tidak percaya? Bacalah biodata(wajib klik) saya.
Kata mereka, buah fikiran budak sekolah atau yang remaja tidak matang. Susah lah kalau begini,kan? Selama ini,saya cuba untuk menulis dengan sebaik mungkin. Walaupun ada entri-entri saya yang penuh emosi itu. Biarkanlah..Disini sahajalah tempat untuk saya luahkan segala-segalanya.
Biarlah apa orang nak cakap. Ada orang cakap.."Ini blog saya,suka hati sayalah!". Tetapi saya tidak berpendapat demikian, walaupun ini blog saya. Saya ada follower..Blog saya juga dibaca oleh pelbagai lapisan umur. Mungkin. Jadi,saya agak keberatan untuk membuatkan blog ini seperti blog saya sepenuhnya. Macam tulis entri yang bukan-bukan. Buat entri marah-marah. Kutuk orang. Kalau saya buat begitu,mungkin saya akan dipandang serong. Biasalah lah kan..Orang tak pandang pun budi pekerti kita. Manusia hanya suka mencari kesalahan orang daripada membantu.
Dalam menulis entri,saya suka berikan pendapat. Tak semua orang suka pendapat kita. Jadi,saya ingin tegaskan disini yang saya menulis bukan untuk mencari musuh. Ramai yang bersangka buruk..Saya tahu dari komen mereka. Kecewa pun ada...Sedih pun ada..
Setakat ini sajalah kata-kata dari saya..Seorang budak yang mungkin tidak matang...Tapi ingat! daku bukan seperti remaja lain..Daku hidup kerana Allah...Hajat dihati ingin membela bangsaku..Memperjuangkan hak-hak kita orang Melayu..Daku punyai semangat namun semangat itu hilang apabila bangsaku seperti tidak mahu mengubah nasib sendiri.... Hurm...
11 comments:
bila baca entry ni tak nampak macam budak2 pun..=)
Aku pun xdela dewasa sngt..huhu..sabar2 bro
@chekgu Moeeh..ye ke tak nampak macam budak2? Amir bukak2 lg la cikgu..cuma..kesal..kena kutuk..hurm..susah la kalau orang asyik duk prasangka buruk...huhu..
tapi terima kasih chekgu Moe..hehe..
@faizhurm...ko dah dewasa..den masih skolah..huhu..hati kecewa gak bila berblogging nie orang duk sangka buruk... hurm...
terima kasih kawan..tgh bersabar la nie..
dunia blogging...memang mcam2 hal
yeah some people are pretty harsh with the comment.. i wonder why.. jealous? =/
huyooo..dah makin cantiklah plak..me like??? especially the header.. :-)
niat yang baik memang ada dugaan tapi yakinlah suatu hari Allah sentiasa permudahkan..
eaa...miu2 pn ada..haha..erm..aku dewaasa ke? baru 19..beza 3 tahun
apala sangat bro..blogging cari kawan..ada member hidup pun besttt!
salam amir
jangan kecewa dan putus asa dengan kata2 orang lain
anggap saja sebagai pesanan dan jadikan panduan untuk lebih berjaya dalam menyampaikan mesej kita
rilek bro .jgn sedeh2 .biasa la .ade org setuju ngan kite ,ade yg x .tp xyah amik peduli sume tuh .jgn pikir sgt .hehe .
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??