Kalaulah Guru berpolitik..Pasti pelajar akan terabai..
Kalaulah Guru berpolitik..Yang diajar itu juga politik..
Kalaulah Guru berpolitik..Sudah pasti pelajar akan bosan belajar..
Kalaulah Guru berpolitik..Semua pelajar akan turut berpolitik..
Apabila pelajar turut berpolitik...Maka,lahirlah satu geng PAS,DAP,UMNO,PKR,MIC,MCA dan sebagainya.... Selepas itu pulak,akan berlakulah pertelingkahan lidah..bertikam lidah antara guru dengan guru..Pelajar dengan pelajar... -sudah berlaku..
Apabila semua sibuk dengan politik,maka instituti pendidikan tidak ada gunanya.. Guru dan pelajar pasti berdebat pasal politik kat sekolah.Menceritakan keburukan dan kebaikan sesebuah pasti. Kat sekolah nanti,penuh dengan poster..sampaikan kereta guru pun penuh...
Alamak! Maaf. Banyak yang buruk pula saya fikir. Ha,mai nak habaq. Sebenarnya, saya takut dengan penglibatan guru dalam politik ini. Apa yang saya lihat, banyak keburukan dari kebaikan. Sudah tentu apabila berpolitik, pasti tugas guru akan terjejas juga,kan?
Kemudian,jabatan-jabatan awam yang lain pula akan minta untuk berpolitik juga. "Guru boleh kenapa jawatan lain tak boleh". Tetapi,kalau tengok dalam sudut positif,amat bagus juga lah. Sebab,golongan yang akan berpolitik kelak adalah golongan yang berilmu. Serta boleh bersikap profesional...Apa yang bagus kita teruskan..
Satu lagi,kalau cikgu saya nak jadi ahli politik.Boleh tak saya sokong beliau? Haha.. Macam-macam laah..Walaubagaimanapun,saya amat menyokong akan hal ini dan tidak membantah.. Tapi best juga berpolitik,kalau boleh..pelajar 16 tahun akan dibenarkan berpolitik juga lah..macam mana? Hehe
4 comments:
banyak keburukan dari kebaikan der... sigh~
ini satu strategi.klu ckgu join politik dia hangkut anak2 murid sekali join piket.hahaha
biasenye org akan nampak keburukan dari kebaikan, sebab pemikiran kita terdorong dengan benda2 negatif...
harapan buat cikgu cikgi yang akan bergiat dalam politik, angkatlah martabat sekolah. ni, tengok bangunan tempat anak2 belajar, sedih sangat... belum tengok asrama lagi...
kalaulah cikgu berpolitik teramatlah bahaya terutama buat orang-orang kampung sebab sebut ja cikgu ni orang2 kg cukup hormat kalau cikgu ni cakap apa pun depa ni percaya bulat-bulat walaupun cikgu ni teramatlah pembelit(bohong)maklumlah cikgu katakan sebab itulah kerajaan nakkan cikgu berpolitik itulah motif sebebnarnya so kalaulah cikgu2 ni di benarkan berpolitik so berhati hatilah dgn cikgu2 ni sebab cikgu2 ni pun bukan semuanya cerdik ada yang dungu juga bab politik (pak turut)macam kawan aku cikgu juga budak kampung sampai tak tau apa langsung bab politik kekadang naik malas aku layan dia pasal politik ni (bengong sangat dok kira hidup melayu,hidup melayu lain tak tau dah,bodoh punya cikgu)
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??