Sedang Belajar Keyword Agar Blog Mesra SEO

Assalamualaikum. Ha,korang perasaan tak selama ini Amir asyik post pasal info-info je? Sebenarnya,Amir sekarang nak belajar SEO. Menjadi atau tidak...?Alhamdulillah...Nampak gayanya menjadi walaupun sikit..Hehe

Keyword yang mengena sekarang adalah berkenaan imam muda. Memang masyuk laa...Sebenarnya,aAmir buat macam nie supaya trafik tidak bergantung dengan blogwalking sahaja. Amir tak larat nak berblogwalking banyak..Amir pergi ke blog dan Amir baca entri dia..Kalau menarik,Amir teruskan pembacaan dan memberi komen.

Sebenarnya, kalau blog kita mesra SEO..Time kita tak update..Trafik juga akan masuk. Jadi,trafik pun bergantung kepada Google.com. Sekarang pun,,Amir bergantung kepada Google. Kalau bernasib baik,entri yang kita taip akan mendapat perhatian Google la... 

Amir juga masih baru dalam bidang blogging ini dan tak mahir sangat pasal SEO. So,mulai sekarang nak belajarlah sedikit sebanyak untuk menambah ilmu. Jadi,berblogging ini tidak sia-sialah ..Selain belajar ilmu berblogging..Kita dapat berkongsi ilmu yang kita tahu dalam blog.. kan?

Buat masa sekarang..Sedang menyelongkar blog otai-otai cari tips.. Hehe.. Susah juga nak cari keyword yang terhangat melainkan kita banyak membaca.. Amir nak jadi macam blog kak Nuriz ..Hehe
jom baca lagi

Imam Muda: Gelaran Imam Muda Milik Asyraf


Assalamualaikum. Nampaknya Program Imam Muda telah berakhir dan gelaran Imam Muda nyata milik Muhammad Asyraf Bin Mohd RIdzuan.

Faktor-Faktor yang mendorong Imam Muda Asyraf untuk menjuarai program Imam Muda ini adalah kerana kepetahan dan kemampuan menjawab soalan, kuat hujah dan bijak menjawab soalan, menjalankan tugasan dan ujian dengan baik. Maka,Asyraf layak menjadi juara Imam Muda.


Hadiah yang dimenangi beliau pula ialah biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda atau doktor falsafah di sebuah universiti di Madinah. Hadiah biasiswa itu adalah tajaan Universiti Madinah (Mediu) sebagai sokongan kepada program Imam Muda

Imam Muda akan dilantik menjadi imam di mana mana masjid utama di wilayah Peresekutuan, sebuah kereta Exora. Wang tunai bernilai RM20,000 dan laptop Apple Macpro serta pakej menunaikan Haji. Sungguh bertuah Imam Muda Asyraf,kan?

Akhir kata,tahniah saya ucapkan kepada Imam Muda Muhammad Asyraf kerana mendapat gelaran Imam Muda. Semoga anda akan menjalankan tugas dengan baik. 

Harapan saya,semoga program Imam Muda akan diteruskan lagi kelak untuk melahirkan generasi yang berakhlak serta berilmu dan mempunyai keperibadian seperti Imam Muda dalam program Imam Muda ini.  Teruskan pembacaan anda dengan kisah berkenaan Imam Muda Asyraf.(klik sini)

jom baca lagi

Harga Setem Khas Sempena Sambutan Hari Pahlawan

Sempena sambutan Hari Pahlawan 2010, Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem khas bertemakan Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada Sabtu ini. Sabtu? Ha,esok la. Jangan ketinggalan.

Setem khas ini akan dijual di Pejabat Pos seluruh negara dan juga di Unit Setem & Filateli ibu pejabat Pos Malaysia Berhad mulai jam 8.30 pagi hingga 3 petang pada esok hari. Esok hari minggu,jadi senanglah nak pi beratur dan berbaris panjang membeli setem ini. Hihi. Bagi pengumpul setem,sudah tentu anda akan membeli setem khas ini. Kan?

Harga pula hanya 60 sen, 70 sen dan 80 sen dalam tiga rekabentuk. Sangat murah dan tak lah mahal sangat. Mampu dimiliki oleh semua orang.

Tahukah anda? Setem keluaran khas ini hanya dicetak sebanyak 580,000 keping. Agak banyak. kalau Post Malaysia Berhad hanya keluarkan 5 keping je. Agak-agak la. Mahal tak harganya? Haha. Mestilah lah mahal kan? Terhad tue..

Selain itu,orang ramai turut ditawarkan sampul surat hari pertama dengan harga 30 sen atau set lengkap dengan harga RM2.40 dan juga fail khas hari pertama pada harga RM5.50 bagi setiap satu atau set lengkap pada harga RM49.90 pada hari yang sama. Harga yang sangat berpatutan.

Jadi,jangan lepaskan peluang untuk memilik setem khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2010!
jom baca lagi

Akta Halal Baru Akan Diwujudkan Tetapi..

Isu kopitiam kembali hangat dengan isu ayam walaupun kopitiam ini haram tetapi ada juga masyarakat Melayu yang sememangnya Islam menikmati hidangan di kopitiam.. Sehubungan itu,akta halal yang baru akan dibentangkan di parlimen pada Oktober depan.
Akta Halal ini akan dibentangkan menerusi pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 menerusi kajian, penelitian dan hasil pembentangan yang dijalankan bersama rakan saya, Datuk Seri Ismail Sabri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Amat bagus sekalilah cadangan ini. Supaya dapat membendung lagi kedai-kedai atau premis yang menjualkan makanan yang mencurigakan. Tetapi,adakah dengan wujudnya akta ini? Masalah makanan halal haram ini akan selesai? InsyaAllah akan selesai andaikata seluruh umat Islam di Malaysia tidak menikmati makanan dari kedai makanan yang mencurigakan serta bekerjasama.

Kalau umat Islam di Malaysia tidak menghiraukan soal makan minum sama ada halal atau tidak. Usaha kerajaan dan Jakim tidak ada gunanya. Lantaran itu,saya memohon kepada umat Islam di Malaysia supaya menghindari dari mengunjungi gerai atau kedai makanan yang mencurigakan khususnya kopitiam.


Usah la pergi..Kedai lain banyak lagi..Kedai makan Melayu dan kedai mamak.. Macam mana? Sanggupkah anda memberi anak-anak serta keluarga anda memakan makanan yang haram sumbernya? Kelak,hati akan menjadi hitam..Darah pula sebati dengan benda haram..Belajar pula entah ke mana...Terpulanglah..
jom baca lagi

Tips| Membelasah Lelaki Gila Seks


Salam geng! Wah! Wah! Apa pasal banyak update tips nie? Ha,saja je..Nak kongsi ilmu..Ilmu kena kongsi tak boleh simpan dalam dada..Susah nanti..Kan? Kali nie tips untuk perempuan pula. Elok sesangat lah baca. Tips untuk membelasah lelaki miang..


Kalau Kena Peluk Dari Belakang.
Ok! Selalunya jenis lelaki yang miang nie..Ada yang peluk dari belakang. Mesti nak raba dada.. Dah tau dah. Macam kes perempuan kena peluk dari belakang masa masuk rumha hantu hari tue. Macam nie. Kalau dia peluk dari belakang..korang kan ada siku? Jadi,korang tolak siku korang mengenai mukannya..Pasti lelaki miang tue lepaskan.
Satu lagi,ramas dia punya kemaluan dan tarik..Fuh! Betul! Pasti dia ‘tersedak’. Time kita “terdesak” nie..Buat apa yang penting untuk selamatkan nyawa. Jangan pula menjerit manja,bertindak lebih baik dari duk malu..

Kalau Kena Peluk Dari Depan
Ha,yang nie memang kita perasan la pabila dia datang dari depan. Masa dia nak datang tue,terajang je terus dia punya alat sulit..Kompem lelaki miang dah tak nak kacau korang..Betul.. “senjata” itulah kunci utama… Hehe..

Kalau Kena Tolak Dalam Semak.
Ha,yang kena tolak nie pula. Masa dia nak “menerjah” diri korang. Korang terajang dia punya dada. Amir tak tahu lah situasinya.Sekadar tengok dalam Gerak Khas. Terajang je dada.. Jangan la meronta lemah lembut.. Amir tahu,korang kuat punya…

Korang Kena Belajar Silat Atau Seni Mempertahankan Diri!!
Toink…Oh perempuan. Korang pernah belajar tak? Kalau belajar,baguslah. Amat penting untuk “beradu” dengan lelaki miang di saat genting. Gunakan segala kemahiran yang ada. Tunjukkan kebolehan anda. Kasi lelaki kalah! Hehe..

Kalau Kena Raba/Rogol..Jangan Layan!!!
Hish! Apa kes? Ops! Yang Amir hairan kan.. Kenapa ek mereka tidak melawan sekuat mungkin?? Betul nie..Bukan main-main..Kalau kena rogol lah,macam layan je.. Kes rogol nei banyak jenis. Ada 4 jenis rogol nie. Amir tak tahu lah situasi nie..Wallahualam…tapi yang penting jangan layan…Faham kan?

Ok lah..Setakat tue je..Banyak lagi tips kot.. Perkara asas yang utama adalah bertindak dan melawan balik.. Serang “senjata” mereka ye wahai perempuan…

AMir: Kenapa kadang-kadang kita malu untuk berbicara soal begini? Seks? Rogol? Lucah? Kenapa malu kalau ia memberikan kebaikan dan pendedahan..Hairan..hairan.. Tips nie serius tau..Jangan Gelak..kih3..
jom baca lagi

Dapatkan Ayat SMS Untuk Bulan Ramadhan Sekarang!

Baiklah! Sekarang nie dah nak dekat bulan Ramadhan kan? Mesti korang nak ucap sesuatu dengan seseorang pabila tibanya bulan puasa ini. Ada ayat SMS yang berbentuk nasihat..lawak dan usik mengusik... Semua itu bagi mengingati kita akan bulan puasa ini.

Tapi kat mana ek nak dapat ayat SMS sempena bulan Ramadhan nie? Ha,korang nak tahu tak? Baiklah.. Korang baca bismillah..dan ucap alhamdulillah bila klik link ini... Best SMS for Ramadhan.
Let’s join us for RAMADHAN SALE
Diskon pnghapus dosa besar2an s/d 100% utk semua jns dosa
Tin9ktkn ibadah wajib, sunnah, perbnyk istigfar%shdaqah
Lebih heboh lg, ikuti DOOR PRIZE lailatul qadar
Selamat berpuasa maaf lahir batin!!
Ok! Haha..korang pi la kat link tue..Ada bermacam-macam ayat SMS. Korang boleh pilih mana satu ayat SMS yang korang suka..Ada yang sempena raya tapi belum raya daa..Kita kasi awek atau kawan dengan ayat SMS sempena bulan Ramadhan dulu..Best juga ayat-ayat SMS kat blog Best SMS 4 Ever nie.. Haha. Kat bawah ni ayat SMS sempena Aidilfitri.

Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..
Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahas,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam ‘TER’ lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^

jom baca lagi

Kalaulah Guru Berpolitik..Pasti Pelajar Akan..

Kalaulah Guru berpolitik..Pasti pelajar akan terabai..
Kalaulah Guru berpolitik..Yang diajar itu juga politik..
Kalaulah Guru berpolitik..Sudah pasti pelajar akan bosan belajar..
Kalaulah Guru berpolitik..Semua pelajar akan turut berpolitik..

Apabila pelajar turut berpolitik...Maka,lahirlah satu geng PAS,DAP,UMNO,PKR,MIC,MCA dan sebagainya.... Selepas itu pulak,akan berlakulah pertelingkahan lidah..bertikam lidah antara guru dengan guru..Pelajar dengan pelajar... -sudah berlaku..

Apabila semua sibuk dengan politik,maka instituti pendidikan tidak ada gunanya.. Guru dan pelajar pasti berdebat pasal politik kat sekolah.Menceritakan keburukan dan kebaikan sesebuah pasti. Kat sekolah nanti,penuh dengan poster..sampaikan kereta guru pun penuh...

Alamak! Maaf. Banyak yang buruk pula saya fikir. Ha,mai nak habaq. Sebenarnya, saya takut dengan penglibatan guru dalam politik ini. Apa yang saya lihat, banyak keburukan dari kebaikan. Sudah tentu apabila berpolitik, pasti tugas guru akan terjejas juga,kan? 

Kemudian,jabatan-jabatan awam yang lain pula akan minta untuk berpolitik juga. "Guru boleh kenapa jawatan lain tak boleh". Tetapi,kalau tengok dalam sudut positif,amat bagus juga lah. Sebab,golongan yang akan berpolitik kelak adalah golongan yang berilmu. Serta boleh bersikap profesional...Apa yang bagus kita teruskan.. 

Satu lagi,kalau cikgu saya nak jadi ahli politik.Boleh tak saya sokong beliau? Haha.. Macam-macam laah..Walaubagaimanapun,saya amat menyokong akan hal ini dan tidak membantah.. Tapi best juga berpolitik,kalau boleh..pelajar 16 tahun akan dibenarkan berpolitik juga lah..macam mana? Hehe

jom baca lagi

Dompet Dan Telefon Bimbit Ayah Hilang Sekelip Mata


Hurm.. Kecewa dan sedih nie..

Petang tadi..Aku pulang dari sekolah pukul 3 petang. Sampai rumah pukul 4 petang gitu-gitu laa..Aku balik tadi..ingatkan tak ada orang kat rumah..Rupanya ayah aku ada..tengah tido. Mungkin beliau letih kot sebab penat berkerja. Jadi,aku pun masuk dan bagi salam.. 

Selepas letak beg sekolah..Aku biarkan pintu rumah..pintu sliding terbuka..sebab panas..dan dalam rumah nampak gelap..Jadi,aku bukak lah....

Kemudian,aku rasa lapar pulak..Pergi dapur..Ambil paha ayam satu..Ambil tepung gandum..garam..lada sulah.. Gaul sehingga sebati.. Tiba-tiba aku teringat yang aku tak tutup pintu,risau jugak kalau ada orang masuk rumah.. Lantas,aku pi la tutup.. Masa nak tutup pintu tue,aku rasa tak sedap hati pulak.. "tak apa lah..mainan perasaan kot.".

Selepas dah tutup pintu,aku pi la menggoreng ayam..sebab lapar.. Siap goreng..amik nasi. Terus pi ruang tamu. Ayah aku duk baring kat situ.. Mula-mula aku rasa ada benda yang hilang..Henpon..Masa aku balik tadi ada satu henpon kat depan ayah aku..Then,bila aku nak makan kat ruang tamu tue,dah tak ada.. Sangkaku ayah mungkin dah simpan kot.

Pas makan..aku naik atas..baca novel..Sambi baca novel tue..aku tertidur.. Then,aku terbangun selepas ayah aku kejutkan... Ayah tanya "Abe..abe ada tutup pintu tak masa ayah tidur tadi?" aku cakap.." Tak..tapi kejap je..kenapa ayah?" Ayah ku menjawap.. "Henpon ngan dompet ayah hilang..."

MasyaAllah..Masa aku dengar tue..terkejut. Macam mana dompet ayah boleh hilang? Aku dah rasa gelisah nie..  Aku syak ada orang masuk time aku tak tutup pintu tue..  Menyesal.. Adoi..Aku rasa bersalah pulak..Dah la duit dalam dompet tue ayah nak bayar untuk kereta.. 

Satu lagi,aku syak pembanci yang ambil kot..wallahualam.. Kenapa aku syak? Sebab..selepas aku tutup pintu tue.. Adik aku pun balik dari sekolah.Dia cakap..ada pembanci akan datang rumah..Rumah orang dah pi.. Selepas beberapa jam,pembanci tue tak datang gak.Hairan nie...

Ha,sebab itu ar aku syak...Mungkin dia dah datang masa aku duk kat dapur..Wallhualam lah. Tak tahu lah apa nasib kad pengenalan askar ayah aku..Nak lapor polis nanti... Bahaya..silap aku gak...Hurm......Rasa bersalah ... huhu

jom baca lagi

Liga Super: Selangor Hampiri Juara| Kelantan Sedang Mengejar

Hanya selangkah sahaja untuk Selangor menjulang trofi Liga Super selepas mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas T-Team sambil Kelantan pula terus menghambat Selangot dengan kemenangan di laman sendiri selepas membelasah KL Plus 4-1, malam tadi.

Berbaki dua perlawanan, Red Giant terus mengekalkan kelebihan lima mata di puncak liga dengan sekadar mengharap keputusan seri dalam perlawanan berikut ketika pencabar terdekat mereka bergelar Red Warriors memerlukan tiga mata untuk terus bersaing.Jadi,saya harap Kelantan dapat mengejar Selangor. Hehe.

Dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selangor yang mengharapkan kemenangan bermula garang namun gol pertama hanya terhasil pada minit ke-40 hasil sepakan penalti Safee Sali selepas dia dibentes keras pertahanan T-Team, Mohd Shaiful Azrin Shamsuddin.
 
Selepas rehat, T-Team berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian, Shamsul Kamal Mohamad pada minit ke-65, namun Selangor kembali mendahului selang lima minit kemudian hasil jaringan Rudie Ramli yang mudah menolak masuk hantaran Safee.

Di Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan yang mengharapkan kemenangan berjaya menghasilkan gol hasil jaringan Azizi Mat Ros (m-15), Indra Putra Mahayuddin (m-56), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-62), dan Mohd Nor Farhan Muhd (m-86) manakala gol tunggal KL Plus hasil jaringan Rusdyee Samsudin (m-67).

Di Stadium Perak, tuan rumah yang mengharapkan kemenangan untuk terus kekal dalam saingan Liga Super semakin terdesak apabila tewas 0-1 ke atas Kuala Lumpur hasil jaringan tunggal See Kok Luen pada minit ke-36 manakala di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pahang.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, pertemuan adik beradik, Johor dan Johor FC berkesudahan Johor FC menang besar 5-0 manakala di Stadium Batu Kawan, Negeri Sembilan mengatasi tuan rumah, Pulau Pinang 3-0. 
 
Lama dah Amir tak tengok perlawanan Liga Super nie..tak ada masa sangat. Yang pasti,Amir sokong yang menang..Hehe. Sikit lagi untuk Selangor menang..dan sikit lagi untuk Kelantan mengejar...Korang pula harap siapa yang menang? Hehe. Pilihan masing-masing. 

Kalau perlawanan final nanti, nak tengok lah. Dan,kalau penyokong Kelantan ramai pi stadium..takut orang marah pulak. Jadi,kepada penyokong Kelate. Kito jange gi lah tengok. haha. Kita duk ghumah supo sek luar..Sebab jimat pitis.. Ko guano? Tapi kan..kalau stadium kosong,ada orang tak puas hati pulak.. 
 
Kita nak memeriahkan suasana tapi ada orang salah anggap.Itulah manusia,tak pernah puas dan mementingkan diri sendiri..... Buat-buat faham je la ye. Majulah sukan untuk Malaysia.
jom baca lagi

Penat Juga Memasak Nie..

Hurm..Setiap hari Isnin dan Selasa aku akan memasak di bengkel. Bukannya selalu lah.Memandangkan aku nie pelajar aliran Vokasional. Mengambil kursus Katering. Maka,mempelajari bidang masak memasak yang sememangnya agak asing bagiku dulu amat memenatkan..Namun,dalam penat aku gembira..

Kalau cikgu cakap ada kompentesi,keesokan harinya..Kami,pelajar Katering perlu bersiap-siap.. Semua kain mesti ada..Kain lap meja,lap tangan..Kain layan dan sebagaianya.. Apron  juga perlu ada..Topi@cap juga perlu..Erti kata lain,semuanya perlu lengkap. Kalau tak lengkap,alamatnya..kena denda la..Pulang lewat dan dipaksa mencuci pinggan mangkuk. Argh! Perkara yang paling aku benci... 

Sebenarnya,seronok juga dapat memasak nie..tapi memenatkan laa..Kena berdiri lama punya..Jaga masakan sambil cuci peralatan..kasi bersih meja dulu....Lepas tue,tengok masakan kita... Ok! Lepas siap satu masakan..Contohnya..,Beaf stick..(betul tak eja nie?).. Kena buat masakan lain lagi.. Fuh! Penatlah...

Tak dapat la aku bayangkan mak aku memasak di dapur..lepas tue,membasuh pakaian..Lepas tue,semak kertas..Selepas itu,memasakak lagi..Dan mesti ada saja kerja yang mak aku lakukan..penat sungguh. Memang besar pengorbanan ibu..Aku pun dah larat nak memasak... 2 jam setengah masa yang diperuntukkan untuk memasak pun..pinggang aku dah mula buat hal..

Huhu... Tapi..hajat di hati nak ada juga kepakaran memasak nie... Hehe.. Nak jadi macam Chef Wan la katakan..
jom baca lagi

Patut Ke Kecewa Dengan Trafik Blog Yang Sikit?

Alamak! "Apsal trafik sikit nie?..Hurm..... Haha.. Saya rasa laa.. Mungkin ada blogger yang mengeluh kot pasal trafik nie.. Cakap! Siapa blogger itu? Saya mau makan itu blogger.. Eh! Eh! Saya mahu cakap sama itu blogger.. "Awat duk mengeluh nie? Sakit jiwa ka?"

Apabila duk tengok trafik blog..Macam tue jugak. Cakap je laa semua taktik tarik pelawat nie..Semuanya dah buat.. Tapi tak naik gak..Kenapa ek? Hurm.. Mesti kecewa,betul tak? Blogwalking sudah..taip entri pun sudah..ping sana sini sudah.. Semua dah laa..

Malangnya nasib.. Saya pun ada gak mengeluh..Kecewa ar sikit.. Eh! Patut ke saya kecewa? Patut kot..Ya la kan..Entri yang tidak lah berkualiti mana.. Haha... Taip pun dalam keadaan yang tidak stabil..Bukan bererti gila ya...

Namun,saya percaya dengan niat ketika berblog.. Ada kawan saya nie kan.. Baru je berblogging..tapi apabila ping gi GB. Fuh! Sampai 30 orang melawat.. Sebab niat dia betul.. Saya tahu laa...

Segala usaha sudah dilakukan.. Tapi trafik tetap sama..Patut ke kecewa? Pada saya,tak patut sebab kita perlu bersyukur..Hehe.. kan? Tak kira apa yang kita lakukan..Janji ada usaha.. Bak kata pepatah.. "Masakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya.."

Apa yang penting,terus berblogging berkongsi ilmu tanpa resah dan gelisah.. HEHE.
jom baca lagi

Dapat Award Of Macho Jejaka Blogger Dari DindaTeja

award banner
award banner

Assalamaualaikum! Wah! Amir dapat award yang Amir rasa paling cun sekali di dunia.. Haha. Sebab apa? Sebab award nie cantik r..Korang tak boleh jumpa award nie kat tempat lain. Kat blog DindaTeja je ada. Ada 2 award... Khas untuk lelaki dan perempuan. Kalau korang pi blog Dindateja. Korang boleh la tengok2... Hehe..

PKorang nak tahu perasaan Amir? Gembira giler tahap 14 sakit jiwa. Ahaks. Sebenarnya gembira laa.. Tak tahulah kenapa..Sebab gambar award nie sedap mata memandang..kan?

Baiklah.. Amir rasa Amir nak bagi award nie kat semua blogger yang singgah di blog Amir dan semua kawan blogger Amir..terutamanya...


A1 Naim nie blogger yang baek punyer..sahabat yang cool. Betul tak? Ahaks.. Hurm..Amir sebenarnya tak tahu dah nak bagi kat sapa.Jadi,korang semua boleh ambil award nie dekat sini. Siap ada kod.

Banyak lagi award yg tertunggak nie..sama gak ngan tag..thanks je la ye... Huhu
jom baca lagi

Maradona Digugurkan Sebagai Jurulatih Argentina


Wah! Terkejut den! Haha. Sebenarnya saya tidaklah terkejut sangat dengan berita ini. Memang sudah dijangkakan.
Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) memilih untuk tidak memperbaharui kontrak lagenda bola sepak, Diego Maradona sebagai jurulatih skuad kebangsaan negara itu. 
Jadi,Maradona pun setuju. Maka,dengan ini saya. Amir Izzat mengumumkan bahawa Maradona  tidak lagi menjadi jurulatih bagi Argentina. Korang tahu tak,Maradona sebenarnya kurang berpengalaman sebagai jurulatih dan hanya melatih pasukan kebangsaan Argentina itu selama 18 bulan sahaja. Sekejap bukan? Biasa la..Dunia sukan..Tak layak kot dia..

Oh ya,perlu ke bagi peluang kepada Maradona untuk menerajui pasukan kebangsaan Argentina? Hurm..Entah laa..Malaysia tak nak ambil ke? Ahaks.
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Panduan Untuk Pihak Sekolah Menilai Aspek Pelaksanaan Dan Pencapaian Sekolah Masing-Masing


Berikut ialah gambaran senarai semak untuk menjadi rujukan kepada pihak sekolah menilai aspek pelaksanaan dan pencapaian sekolah masing-masing.

1.Prestasi pelajar ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Sudahkah sekolah anda mencapai tahap antarabangsa atau masih di takuk lama? Atau anda sebenarnya tidak peduli?

2.Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Adakah masalah disiplin di sekolah anda menjadi-jadi? Atau semakin baik?

3. Dianggarkan 10 peratus guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Bagaimana dengan prestasi anda? Anda perlu ke Institut Aminuddin Baki (IAB)?

4. Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Adakah anda mengikuti perkembangan baru ini?

5. Setiap tahun, kementerian menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Bagaimana dengan prestasi guru lepasan maktab yang ditempatkan di sekolah anda? Adakah beliau perlu latihan susulan?

6. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula, hanya 3 peratus pemohon mempunyai purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini menunjukkan profesion keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Apakah anda merasakan layak untuk lepasan guru seperti ini mengajar di sekolah anda?

7. Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal dan kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

8. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

9. Dalam tempoh rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan - KPLI akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

10. Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing. Adakah anda mahu mengambil kesempatan daripada peluang ini dengan memastikan sekolah benar-benar menyumbang kepada program praktikum ini?

11. Pada masa ini, guru pelatih daripada IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Apakah peranan anda membantu melahirkan guru berkualiti?

12. Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Bagaimana anda boleh membantu meningkatkan program keguruan di sekolah anda? Adakah anda bersedia melepaskan guru melanjutkan pelajaran di bawah sistem terbuka ini?

13. Guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Bagaimana anda boleh membantu meningkatkan program keguruan di sekolah anda? Adakah anda bersedia melepaskan guru melanjutkan pelajaran di bawah sistem terbuka ini?

14. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015. Apakah sikap anda terhadap prestasi guru anda? Terbuka atau pilih kasih? Atau anda gentar untuk bersikap jujur?

15. Dalam tempoh rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Adakah anda sudah bersedia menerima kurikulum baru dan mengadakan program perubahan sikap kepada guru anda?

16. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar '1Murid, 1Sukan' mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Adakah anda sudah bersedia melaksanakan program yang penting ini?


l Disediakan oleh Unit Penyelidikan Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Pendaftaran Seminar PMR 2010 Peringkat Muar Masih Dibuka

PENDAFTARAN mengikuti Seminar PMR 2010 peringkat Muar pada 31 Julai dan 1 Ogos di Dewan Balai Masjid Jamek, Muar masih dibuka.

Kepada yang berada di Muar,Johor.

Sila hubungi penganjur,  Khatijah Ibrahim atau Hasbullah Munir di Pusat Tuisyen Teman Sejati, Taman Sri Temenggong, Muar menerusi talian 017-6839903 atau 012-2222846 jika berminat.

Lokasi lain.

Calon PMR boleh hubungi Maria Ree atau Zabidi Hitam, 03-20569772/9769. Pendaftaran terus juga boleh dibuat di Galeri Pendidikan, Balai Berita, 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur

Tempat lain, pendaftaran mengikuti program dua hari membincangkan teknik menjawab soalan peperiksaan secara berkesan itu boleh menggunakan borang penyertaan disiarkan di halaman Pendidikan, Berita Harian dari semasa ke semasa dan sisipan, Minda yang diterbitkan setiap Selasa. 

Seminar PMR di Kuala Lumpur pula akan diadakan di Dewan Anjung Riong, Balai Berita, Kuala Lumpur pada 28 dan 29 Ogos. Hubungi juga Maria Ree atau Zabidi Hitam, 03-20569772/9769 untuk keterangan lanjut.
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Siapakah Juara Keynote?


PROGRAM realiti pencarian bakat pencipta lagu yang julung kali diadakan, Keynote kini menjengah ke tirai penutupnya.
Membariskan seramai tujuh peserta akhir, siapakah antara Mohd. Farhan Izharruddin (Faan), Rina Salwani Sulong (Rina), Neroshen A/L Thanaseharan (Nero), Khoo Wei Yong (Khoo), Nur Mohd. Alief Ayub (Nomad), Raja Nazrin Shah Raja Azaham (Nazrin) dan Khairul Nizam Nazri (Keroz) yang bakal dinobatkan sebagai juara sulung rancangan itu malam esok?
Program yang bersiaran setiap Rabu di Astro Ria (saluran 104, Astro) itu menawarkan wang tunai RM10,000 beserta kontrak bersama syarikat Wake The Baby kepada pemenangnya.
Nampaknya program ini sudah nak habis daa.. Agak-agak la,siapa ye yang menang? Kalau Amir,entah.. Haha. Aik..Sebab Amir tak ada Astro la. So,tak dapat nak tengok. Jadi,kepada anda  yang mempunyai astro. Pi  tengok cepat..Lepas tue bagitau Amir naa. Hehe..

Program nie bersiaran sejak pertengahan Jun lalu, seramai 12 orang pelajar terpilih mengikuti pelbagai latihan dan sesi pembelajaran di bawah didikan dekan program itu, komposer yang tidak asing lagi iaitu Ajai. Ajai? Wah...Tabik spring..

Pada malam kemuncak itu, selain Nazrin yang akan menyanyikan lagu sendiri, Faan ditugaskan mencipta lagu untuk Hattan, Keroz (Alyah), Khoo (Tam Spider), Nero (Vince), Nomad (Misha Omar) dan Rina (Noryn Aziz).


Sementara tugasan berkumpulan pula bakal menyaksikan kolaborasi Faan, Keroz dan Nomad mencipta lagu untuk Zainal Abidin, Rina dan Khoo (Soo Wincci) serta Nero dan Nazrin untuk One Nation Emcees.


Jadi,kita tunggu keputusanya kelak...



Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Program Mengenakan Orang | Terkono Oleh Afdlin Shauki

Program mengenakan orang dengan menggunakan kamera tersembunyi memang perkara asing. Program seperti Kandid Kamera, Punkd dan Just For Laugh antara terbitan luar negara yang menggunakan pendekatan ini. Begitu juga di Malaysia menerusi program seperti Wakenabeb dan Bang Bang Boom.

Sebenarnya tajuk program ini adalah Terkena. Namun,untuk memberi kelaian sedikit.Jadi tukar lah ke Terkono ikut loghat Negeri Sembilan. Ahaks. Amacam? Ok tak tajuk nie? Mengapa ikut loghat Negeri Sembilan..Bukannya Kelantan..Perak..Perlis..Kedah..Dan lain-lain.. Kalau dalam Kelantan..Terkena tentu jadi Terkeno. Haha. Disiarkan di Astro Warna. Tak dapat den nak nengok ler..Huhu..

Macam mana Afdlin Shauki nie dapat ilham untuk membuat program sebegini ye? Macam nie..
Menurut penerbit bersama, Aina Liza Tan Mutalib pula, idea Terkono diilhamkan ketika Afdlin Shauki dan teman baiknya, Hans Isaac bercuti ke Bangkok. Ia bermula ketika kedua-dua rakan ini ternampak sebuah kedai mempromosikan kereta Lamborghini.
Tugasan mereka ketika itu ialah untuk bertanyakan harga kereta terbabit, bersetuju membelinya dan lari selepas membuat persetujuan dengan jurujual. Niat mereka ketika itu sekadar main-main dan selepas bertaruh serta berbincang, Hans Isaac yang terpaksa melakukan tugasan itu.
Daripada situ, Afdlin terdetik menerbitkan program ini. 
Pengacara pulak ialah
Peserta akhir program Raja Lawak musim pertama, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria sebagai pengacara. Pelawak dan pelakon yang bergelar duda kepada enam orang anak sejak 2003 ini begitu terharu dengan kepercayaan yang diberi.
Korang nak tahu tak siapa mangsa nyer? Ha,mangsa program ini adalah...bukan orang awam sahaja..Artis pun kena jugak..Kalau sempat,tengok ler... Eh! Dah bermula ke program nie? Entah ler..Hehe.. Bukak Astro Warna cepat!!! Kih3..Mesti gempak punyer...
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Perkahwinan Angkasawan Negara,Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Akan Berlangsung Pada 10.10.2010

Wah! Nampaknya Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor akan berkahwin dengan Dr Halina Mohd Yunos akan dilangsungkan pada 10.10.2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

cantiknya isteri beliau.

Bestnya.. Haha. Angkasawan pertama Negara akan berkahwin pada 10.10.2010. Wow! Tarikh yang amat cantik sekali.. 10 pertama menandakan anak 10 orang..Keke. Eh! Pandai pulak aku buat andaian sendiri. Maaf. Dengar kata,perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar akan menjadi Wedding Of Year. Alamatnya..Meriah la..Haha. Ada duit semua jadi,kan?


Kalau Amir,nanti kawin..Buat ala kadar jerk. Takkan nak bagi isteri makan pasir kot lepas kawin,kan? Ahaks.. Baiklah.. Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Kepada yang nak pergi,selamat mencuba.. Mesti ramai yang nak tengok..kan?


Walaubagaimanapun,tahniah diucapkan. Semoga Datuk Dr Sheikh Muszaphar akan terus berbahagia sampai ke anak cucu..Hehe.. Oh ya! Baca lagi pasal perkahwinan angkasawan kita ini di Blog Nurizspace(wajib klik). Lalalala...
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Amalan Yang Perlu Dilakukan Pada Bulan Syaaban

Memperbanyakkan Puasa Sunat 

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud: 

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud: 

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:

Rasulullah S.A.W. telah berpuasa sebahagian besarnya dari bulan Syaaban.
(Riwayat Nasaie).
Melazimi Berzikir dan Berdoa 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat al-Tirmizi).

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar 

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).
Jadi,marilah sama-sama kita melakukan amalan ini sebelum tibanya bulan Ramadhan...InsyaAllah..terasa nikmatnya..kan?

sumber dari sini.
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi