Singgah Kedai Mamak..Tapi Aku Was-Was.


Tengahari tadi.. aku kuar ngan keluarga cari barang..cari kain maslin dan bunga. Susah betul nak cari bunga plastik kat Kuching nie. Hari nie hari Ahad. Kebanyakan kedai semuanya dah tutup. Geram! Terpaksa la pergi ke batu 7. Pusing-pusing kat batu 7 pun tak da jugak. Cets! Then..aku ternampak..

''Mak..mak..tuh bunga..''

''Ha..meh singgah.''

Aku  ternampak kelibat bunga kat kedai One Stop. Sayu hati aku tengok bunga-bunga sekalian.. Tak cantik.. tapi aku terpaksa gak beli. Tak tahu dan nak beli kat ner lagi.. Beli lah sikit..dua tiga empat lima kuntum... Lepas settle semua.. Naik keta.. Dalam perjalanan,mak aku cakap kat ayah aku..suruh singgah mana-mana kedai. Hajatnya nak singgah kat SCR di Satok tapi tutup la pulak. Melepas la aku nak makan sedap-sedap. Apa-apa pun,ayah aku carik gak kedai. Cari kedai mamak... 

''Ane..nasi beriani satu! Air limau''

''wokeyh!''

Nyaman..fuh! Sedap giler makan nasi beriani nih. Memang sedap. Aku dan ayah aku pesan nasi beriani. Tapi nasi beriani nie kureng la sikit. Ada benda yang kureng. Ha! Kuah..kuah dia bau semacam laa.. tang nie yang aku was-was. Walaupun was-was,aku melantak gak. haha. Habis sepinggan makan. Mak dan adik aku pulak pesan roti canai je.


Aku tengok roti canai yang mak aku makan nampak sedap je. Hajatnya nak pesan satu lagi..tapi malu lah. Dah telan nasi..tak kan nak telan roti canai pulak. Haha. Memang peruk buaya la kau nie Amir! Kui3... Lepas makan..pulang lah. tapi Nasi beriani mahal der. RM6 ringgit satu pinggan. Agak mahal lorh. Hari tue RM5 je.. Mungkin sebab bahan mentah dan naik,so mamak tue pun naikkan harga la.

Kadang-kadang kan,aku rasa was-was gak nak makan kat kedai mamak nie. Halal ke entah tidak. Tak pasal-pasal makan makanan haram. Selalunya kedai mamak letak ayat al-Quran kat premis mereka..Walaupun mereka letak,tak leh percaya gak. Acu cuba try tanya Al-Fatihah..kalau tahu. Kompem halal. Kalau tak tahu..sila jangan makan!

Hajat dihati nka gak try test..tapi segan. Tak pasal-pasal aku kena marah. Biar lah jabatan agama Islam tanya..kan? Moral of the stroy..makan bila lapar.berhenti bila kenyang dan makanlah makanan yang halal. Cari kepastian. Okeyh?

[gambar:sumber google]

16 comments:

shira berkata...

nak tengok halal ke tak... tanya kat mamak tu ada daging lembu kari tak??? kalau ada, halal la tu... kalau takde, sah2 laaa tuhan diorang lembu.

Amir Izzat berkata...

@shira..ye tak ye jugak. lupa pulak. lain kali aku nak tanya. bagus gak idea ko.. haha

Ayako A. berkata...

aku jarang dah makan kedai mamak..seriau sejak ada kes roti canai uli pakai kaki.. haish, lau kat ipoh..ada ada kedai tu..aku pangkah sejak kompem diorang uli pkai kaki..
sekarang ni tengok roti canai pon tak lalu dah.

Hasrol Nizam berkata...

aku pun selalu praktikkan shira punya tips tu..haha

Sufi Asri berkata...

lain kali tanya nama dia apa.. kalo nama islam tue mmg islam la. hoho...

Amir Izzat berkata...

ok bos..lain kali aku tanya...

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

ekekeke.

tu la pasal kan. kekadang terpk diorg neh betul2 islam ke tak. aduyai.

ISZA berkata...

idea shira tu baguslah.. idak pun suruh dia mengucap.. agak2 sensitif x?

Ms Write Addict berkata...

a'ah la..shira punya point tu betul..harus la lepas ni semua kedai mamak my opening word ' mamak, kari lembu ada'.. hehe.janji halalll

mizzura berkata...

pernah berenti makan untuk tempoh yang lama kerana terbau sesuatu yg tak menyenangkan...sekarang..ok..oklah..

Amir Izzat berkata...

@cikgu... nak mengucap tue susah..ee..takot2...

@mizura..bgslah.. tp.bau apa tuh??

@Ms.Morrison..
haha..betol2...kena cadangakan kat kerajaan lagu nih..

cekodokcomot berkata...

x makan rugi meh ...dh lapar kan..tp apa yg ak tahu...sblm makan ko baca bismillah...ko niat ... kalu benda tu tak elok...ak rasa ko akan muntah kembali...:D

mizzura berkata...

bau asap yang tak boleh bla..macam bakar setanggi pelaris..oopss..no komen...

Amir Izzat berkata...

@cekodok.. ye ek?? erm..tadi tak muntah pun..halak la tuh...sbnrnya..ak cari tanda hala xda..makanan dah sampai..telan je laa...

@Mizurra..
wow! bau yang xleh blah... kalau amir puun amir xkan makan..mcm mana la bau tuh boleh ada..ish..ish

Nurul Ayu berkata...

aku jarang makan kedai mamak sejak baca entry zack zukhairi pasal kedai mamak tu..terus tak lalu...=p

Amir Izzat berkata...

@Ayue..jarang ek? sama ar kiter..kadang2 xlalu..kadang2 nak makang gak..hehe..:)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??