Cuti Oh Cuti...

 
Cuti Oh cuti…
kini kau pergi meninggalkan aku…. 
Bilakah lagi untuk aku bertemu mu lagi cuti? 
 
Cuti…kau hadir membuatkan aku senang…membuatkan aku bebas dari belenggu masalah pelajaran dan kerja rumah dari cikgu.
Namun begitu,kau melalaikan aku cuti,kau membuatkan hidup aku bosan kerana aku asyik terperap didalam rumah tetapi aku masih memerlukanmu cuti. 
Kalau dirimu tiada cuti,aku dapat rasa yang hidup aku nie kucar kacir kerana aku tidak dapat mengurus masaku dengan baik pada hari-hari biasa..

Cuti Oh cuti…
sudah seminggu aku bebas dari semua masalah. 
Tetapi selepas dirimu akan pergi,aku akan kembali kepada tugasku sebagai seorang pelajar. Aku akan pergi semula ke sekolah untuk meneruskan impianku..untuk mengapai kembali cita-citaku…’

Cuti Oh cuti….
dirimu akan pergi terlalu lama…
kita hanya dapat berjumpa hanya pada cuti minggu sahaja. Itupun masih tidak mencukupi.
 
Cuti Oh Cuti..aku rasa dirimu banyak keburukan dari kebaikan kerana diriku ini seorang pemalas. Jujur ku katakan.Aku hanya rajin apabila dipaksa atau terdesak. Oh! betapa buruknya perangaiku ini..Aku tidak menyalahkan engkau..

Cuti Oh cuti,,setakat ini sahajalah ucapanku terhadapmu…
setakat ini sahajalah keluhanku…
Semoga kita dapat berjumpa lagi…….

Kadang-kadang cuti 2 hari memang tak cukup. Tapi cikgu aku cakap. Allah daah bagi masa 24 yang amat cukup sekali untuk kita. Hanya kita yang perlu menguruskan masa dan diri.

2 comments:

hans berkata...

cuti datang bertemuku
hahaha

Roronoa Zoro berkata...

perh... itulah nasihat yg terbaek dari guru... peace !~

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??