Tips Melindungi Kata Laluan Anda


Salam Gengs bloggers! Petang nie aku rasa nak berkongsi sedikit tips la dengan korang tentang cara nak elak kata laluan korang tue kena curi atau terdedah kepada orang lain. Kata laluan kana mat penting. Kalau jatuh satu kat orang lain,habis la semua benda termasuk email,facebook dan macam-macam lagi. Perkara nie kena ambil serius tau. Kalau tidak,sengsara hidup. Hehe..Baiklah….

Perkara yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:  
  • Jauhi penggunaan mana-mana bahagia daripada nama anda.
  • Jauhi penggunaan mana-mana bahagian daripada nama rakan, binatang peliharaan atau ahli keluarga anda.
  • Jangan gunakan tarikh lahir.
  • Jangan gunakan alamat atau nombor telefon. 
  • Jangan gunakan nombor keselamatan social atau mana-mana bahagian daripadanya. 
  • Jauhi penggunaan kata laluan yang sama seperti anda gunakan terhadap perkara-perkara lain. 
  • Jauhi penggunaan huruf atau nombor yang berturutan seperti 9876. 
  • Jangan gunakan nama pengguna atau nama login anda.  
  • Jauhi penggunakan nama tempat yang pernah anda pergi. 
  • Jangan gunakan variasi yang berbeza dari mana-mana senarai di atas,seperti mengeja perkataan dengan terbalik.

Berikut adalah beberapa idea untuk membantu anda mencipta kata lauan yang selamat.   
  • Ciptalah perkataan yang tidak terdapat di dalam kamus tetapi mudah untuk diingati.
  • Cuba gunakan paling kurang 6 huruf dalam kata laluan anda.
  • Cuba gunakan special character(!@&*+) dan bukannya huruf atau nombor yang biasa.
  • Campurkan huruf besar dan huruf kecil.

Jadikanlah ianya satu peraturan supaya jangan sekali kali memberitahu kata laluan anda kepada orang lain. Jika boleh,tukarlah ianya setiap bulan. Apabila anda memasukkan kata laluan anda,pastikan tiada siapa yang melihatnya. Jika anda perasan yang seseorang sudah mengetahui kata laluan anda,tukarlah ia dengan segera. 

Wah ! Skema punya ayat lah. Haa..itulah antara tips yang perlu korang ikut kalau ingin kata laluan korang selamat. Aku bukannya apa..saja je nak bagitahu. Kalau dah tahu,baguslah. Berkongsi itu kan bagus. Selamat beramal..dan semoga kata laluan kita selamat sentiasa.

p/s: 
Ari isnin balik Semenanjung... :)

3 comments:

tmukmkd berkata...

ini untuk mengelak daripada social engineering ni :)

aku memang suka guna simbol, lebih kretif. menjana minda. tapi ada kekurangannya.....

pengambilan kata laluan juga boleh berlaku dengan keylogger atau orang tengok dari belakang

heh :D

Amir Izzat berkata...

tmkmkd...:

kadang-kadang bahaya gak klau kata laluan kena curi kan? erm..yg guna simbol tue aku tak pernah try la. macam xleh jerk. haa...kawan-kawan pun boleh jd puncanya..hehe..

kenwooi berkata...

including symbols is the best =)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??