Dato' Lee Chong Wei Gagal..


Huhu.. Sayu hati. Sedih. Kenapa la permainan Datuk Lee Chong Wei agak tidak menjadi hari ini? Ku sangkakan panas berpanjangan.rupanya hujan ditengah jalan. Hish. Hish. Ku sangka dapat la Datuk Lee Chong Wei menang tapi tersungkur dengan Lin Dan yang bermain dengan hebat sekali. Memang hebat. Permainan jaring yang dimainkan Datuk Lee C W tak menjadi tapi Lin Dan dapat mengawal dan menguasai permainan sepenuhnya.
Pada set pertama aku dah tahu yang Datuk Lee Chong Wei memang tak dapat nak lawan Lin Dan. Lin Dan pulak terus bermain dengan bergaya. Set pertama 21-17. Pada set pertama Datuk Lee Chong masih boleh mengejar namun pada set ke 2..tak dapat. Mungkin ada masalah kot. Apa-apaun,aku tetap sokong Malaysia. Kalah sekali bukan kalah selamanya. Jangan pulak kalah,kita cemuh. Bila menang kita bersorak. Kan?

Bak kata Ben Ashaari. Kita kena tiru semangat Lee Chong Wei. Walaupun masih kalah,dia terus mengejar. Dah blogger haruslah ikut sikap Lee Chong Wei. Kan? Semangat itu penting. Bukannya dah ketinggalan terus ditinggalkan. Aku harap lepas nie akan terus mara. Saya Sokong Malaysia!! 
Tadi..Lin Dan serta merta bukak baju. Auww! Aurat tue..kahkahkah..

2 comments:

Jong berkata...

Aku tak faham~~~!!!! Kenapa kalah??? AHhhhhhhhhhhhhhhhh....

Nasib tak beli ticket, rugi tao....

Tu Lin Dan...Buka baju buat apa? Nak kena tembak kah?

Eciz berkata...

arghh! bergu pun kalah. sangat sedihh. cuma harapan pada choon han

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??