Huh? Kurang Tidur Boleh Mati Awal???


Argh! Bosannya...dalam kebosanan..aku cuba la post entri kat Nuffnang. Yes! Berjaya..lepas tue chat la ngan blogger yang melekat kat situ. Tapi kebosanan masih tak hilang.. Tengah duk saja-saja nie..cuba la dengar lagu Rabbani..Pergi Tak Kembali. Tenang jiwa sikit... Pastu,usha pulak post kat Innit Nuffnang tuh... Berkaitan dengan tidur.. ''Kurang Tidur Berisiko Mati  Awal''.. Tengok tajuk pun dah gerun.. apapun,anda perlu baca artikel kat bawah nie...huhu..takot-takot..sebab selalu tido lewat dan memang aku kurang tidur sekarang nie.... Zaasss....!!

16 kajian yang mengumpul data lebih daripada 1.5 juta peserta mendapati yang manusia yang sentiasa tidur kurang dari 6 jam sepanjang 25 tahun hayatnya mempunyai 12% risiko untuk mati lebih awal berbanding mereka yang tidur dalam lingkungan 6-8 jam sehari.
 
Seorang pakar dari Sleep, Health and Society Program, Professor Francesco Cappucio (nota: bukan cappuccino!) berkata,”Walaupun kurang tidur boleh menyebabkan kematian awal, tidur yang berlebihan juga dipercayai mempunyai kesan kematian awal yang lebih tinggi”. Laa.. pulak..

Sewaktu kajian dan pemerhatian yang dijalankan sepanjang 25 tahun ini dibuat, lebih 100,000 kematian telah direkodkan daripada 1.5 juta peserta yang mengambil bahagian dalam eksperimen itu.

Tapi kalau nak diperhatikan, masyarakat zaman sekarang ini lebih kurang tidur berbanding dengan dulu. Kenapa? Sekarang sudah ada internet, sudah ada Astro, sudah ada Wii, X-Box, segala macam Play Station, tak mustahil dari ibu bapa sampai ke anak-anak akan mula kurang tidur terutama pada hujung minggu.

Dan sekarang juga orang dewasa sudah mula bekerja mengikut shif lebih-lebih lagi dalam industri IT, pembuatan (jaga pengeluaran kilang yang beroperasi24 jam sehari), pelajar universiti yang perlu bertungkus-lumus menyiapkan kerja kursus, serta ibu-ibu yang terpaksa tidur lewat dan bangun awal untuk siapkan pakai makan anak & suami.

Anda pula bagaimana? Adakah anda juga sudah ketagih tidur lewat untuk berblogging dan bangun awal untuk ke kelas atau tempat kerja? Atau anda lebih kepada “tidur macam esok dah tak ada!” . Apa-apa pun style tidur anda (kurang atau berlebih), pastikan yang anda tidak mengamalkannya dengan konsisten selama 25 tahun, ya! -kredit to Writer-4-hire.net

Nota kaki : Macam mana nie? Masih nak tidor lewat ke atau nak blogwalking atau nak save sikit masa untuk hidup? Hua..hua..aku belom kawen lagi!

10 comments:

** a i l y ** berkata...

good info!
lepas ini pastikan mmg nak tidur puas2.
biar cukup tidur jgn tak cukup tidur hehe

Amir Izzat berkata...

yeah!.. bagus...esok cuti..so tido la secukupnya.. :) kih3

ohmywtf berkata...

haha..im safe...i have at least 7 hours of sleep everyday :-)

Nisaeciz berkata...

huh! nak tidur ngam2 la. 8jam. heheh. ;p

safiyyahosman berkata...

huhuhuhuh...
tido lebh xpa la ei..hihihi
thanks sbb sharing izzat

Amir Izzat berkata...

wah!! suma tido cukup2..aku sorang je tido tak cukup..oh tidak!!... Safiyyah...tido lebih pun xleh...hehe

writer-4-hire berkata...

Hi amizzat, thanks for crediting the article back to my site. kalau ade ape2 yamg menarik lagi, you are most welcome to share it with your readers here :)

Nisaeciz berkata...

amir..

Nurulbadiah lai Mohd Ramli Lai berkata...

haih..mmg kena kurangkn tido ni..
tp camne erk..
lagi xpukul 4 pagi..mata still xmau lelap..huhu

Rozaina berkata...

XLEH XCKUP TIDO

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??