Aku Tahu Kenapa Facebook Jadi Begini.


Salam dan selamat tengahari rakyat Malaysia. Korang tentu bingung kan kenapa facebook jadi seperti diatas ? Amir ada jawapannya. Oh ya. Sebelum terlupa..gambar kat atas tue Amir ambil dari blog Diari Budak Malas. Nak snap sendiri tak boleh sebab guna laptop mak. hehe..Curi-curi guna. Laptop AMir perlu direhatkan sekejap sebab dah seharian asyik on je. Kemaruk main blog lah nie.. 

Okeyh.. Sejak pagi tadi lagi perkara nie  berlaku kan? Hajat di hati ingin la post entri baru kat Geng Blogger tapi tak kesampaian. Bila nak connect ,connection akan lost. Adoh2..Cuba la bukak Facebook. Then,jadi macam gambar kat atas. Dengan perasaan geram dan marah..AMir tenangkan diri membaca Utusan Malaysia.. Haa..pastu belek-belek lah.. Then jumpa tajuk ''FACEBOOK DALAM PROSES TUKAR STATUS''


SAN FRANCISCO 2 Mei - Perkembangan laman jaringan sosial Facebook daripada 'rumah kelab dalam talian' kepada kuasa ekonomi Internet telah meningkatkan kebimbangan yang ia kini dalam proses untuk menukarkan status daripada bersifat hak peribadi kepada keuntungan.

Langkah syarikat California itu menyediakan kemudahan perisian 'binaan dalam' yang membolehkan komuniti melalui dalam talian mengikuti mereka dalam sebarang laman web telah mencetuskan kemarahan pengguna laman peribadi itu.
Apabila pengguna Facebook mengunjungi laman web dengan 'graf terbuka' binaan dalam, tingkap di skrin akan menunjukkan aktiviti mana-mana rakan daripada laman sosial tersebut dan apa yang mereka katakan terhadap satu sama lain.

Meskipun pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg berkata, perubahan itu sebagai sebahagian daripada anjakan yang tidak dapat dielakkan bagi menjadikan ia lebih peribadi selain memberikan pengalaman berbeza, namun sesetengah pihak melihatnya sebagai sesuatu yang 'menyeramkan'.

"Laman web itu sedang mengalami satu perubahan penting ketika ini," menurut Zuckerberg semasa mengumumkan platform pengubahsuaian pada persidangan pemaju f8 di San Francisco pada 21 April lalu.
Pengguna peribadi mendakwa bahawa Facebook sedang mengkhianati ahli-ahlinya menerusi perkhidmatan itu yang digunakan sebagai satu cara untuk berkongsi kehidupan peribadi mereka bersama rakan-rakan yang lain.

"Ini merupakan satu peralihan daripada perkongsian hak peribadi kepada Facebook, sekali gus menjadikan kategori maklumat sangat mudah untuk membina jaringan perniagaan," kata peguam Kurt Opsahl daripada kumpulan pertahanan hak Internet, Electronic Frontier Foundation.

"Ia seolah-olah menunjukkan seperti mereka mengunjungi mana-mana laman web dan berkata 'Kami memiliki banyak maklumat peribadi pengguna, bagaimana dengan kamu pula?" katanya.

Laman jaringan sosial Internet itu yang meraih peningkatan jumlah pengguna kepada 400 juta orang di seluruh dunia memulakan operasinya pada 2004 sebagai satu kaedah untuk golongan pelajar berinteraksi antara satu sama lain. - AFP

Selepas membaca petikan di atas. Barulah Amir tahu kenapa facebook tiba-tiba ''SENGAL'' je hari ini.  Mungkin facebook sedang membaik pulih.. Atau ada masalah teknikal. Apapun,kita kena bersabar.
Bisik sikit : Kalau aku nak saman dah nie..terbantut idea aku ..dah la tak leh log in Geng Blogger. Bohsen...satu lagi..betul ke tak jawapan aku nih? Yang penting  anda sudah tahu.. kan? Hehe..

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

ngee seb bek saye bley log in.. ;D *saje nak buat amir jeles*

Amir Izzat berkata...

hish..haha..xjeles pun.bgs ar leh log in..nanti add FB amir.. hehe.. ^^

Misshy Innz berkata...

boleh login gb tapi jap2 jeh leh masuk fb.
sampai skunk mmg tak close window ag.
hukhuk ;p

Tanpa Nama berkata...

eh amir asal tak leh nak add? takde pon button add as friend? >.<

Bukan Eciz berkata...

hattoii. mesti encik FACEBOOK tu sayangkan saya kan? kan? sebab tiada keSENGALan berlaku. huahuahua. yey! nampak border tuuu! menjadi yee? seronoknya da turunkan 1 ilmu pada amir!!

nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Tak perasan encik ben ashaari dah jelajah belog sendirii?? hattoii

Amir Izzat berkata...

icez..haha... ye la tue.. erm..border tu belum buat lagii daa....

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??