Larangan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.
Salam Geng!!! Mari kita berbincang sejenak. Merujuk Berita Harian hari ini. Larangan pernjualan rokok 20 batang akan dibuat pada tahun hadapan. Apa pendapat anda? Kenapa tidak dilarang tahun ini ye? Kenapa takbuat tahun ini? Dengar kata 14 batang je ari tue.
Entah la..aduh. Tapi perkara ini tidak bermasalah kepada aku kerna aku tak isap rokok. Tak men ar rokok-rokok nie. Tak sedap disamping mati pucuk. Mati pucuk? Ye la..Kenapa? Korang tak percaya? Terpulang..
Hurm..Larangan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 ek? 2004??!! Ha.Aduhaii.. kenapa la bau nak dilaksanakan tahun depan? Kenapa tidak tahu sebelumnya??? Pelik la kerajaan nie..Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata peruntukan bagi larangan itu telah pun diwartakan pada 23 September 2004 melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Dr Hasan berkata, seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, larangan itu bertujuan membendung kemudahcapaian rokok oleh golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah.
Dr Hasan. Cops!! Nak bendung ek? Alaah..tak payah la. Kebanyakan remaja dan orang-orang tua dah ketagih bebenor dengan rokok nie. Larang pun tak da guna jugak. Ha! Ooww..AKu rasa remaja yang memang perokok tegar akan buat kes lain pulak iaitu mencuri untuk membeli rokok. Rokok kan dah mahal. Apa kata anda yang hisap rokok tue berhenti sekarang? Tahun depan dah mahal..Tambahan pula duit dalam poket selalu kering..
Katanya, tabiat merokok adalah amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan sekali gus menjejaskan tahap ekonomi perokok berkenaan
Memang memudaratkan...Baru tahu ke? Haha. Kadang-kadang lawak jugak tindakan mereka. Apa-apa pun aku sokong je. Katakan tidak pada rokok! Ingat best ke isap rokok? Dah la rasa tak sedap. Bagus makan coklat. Nak tahu tak? Ayah aku dah berhenti isap rokok.. Kalau ayah aku boleh,kenapa tidak anda? Jom sama-sama kita berhenti isap rokok..
4 comments:
eeeeeeee...
asal ltak pic cmtuuuu???
bruk... tkejut tgok....
knpem t'igt mlm ni sblum tdoo.. ishh adik ni..... piyak kangg....
-->bese laa r=tu adik... susa da nk bndung sume ni....
uit...adk akk pun smoking juga..
nk kne suh bhenti nie..
tp tu ar...depa perokok tegar ler..
walaupepn gov wat,kesannyer tetap xb'ubah..useless
salam amir,
cikgu pernah tengok pelajar dengan baju sekolahnya beli rokok dgn selamba dan tauke kedai tu pun selamba menjualnya...
tau cikgu buat apa.. telefon polis dan polis memang ambil serius perkara ini.. tapi.. tuan kedai kena warning je kot.. huhuhu
Kak Farah:
Haha..terkejut ek? relak sar..saja je letak.kasi seram sikit..xnak piyak..nak tampar..hehe
kak IidyLL:
ooh.. suruh dia benti sekarang gak.hehe.. tp susah ntuk org muda berenti..sbb tue amir xisap.kalau gov wat macam-macam tp masih xberubah..perabis pitis je..
Cikgu Isza:
w'salam cikgu..
wow! bagus ar cikgu. tabik! hehe.. kdg2 amir nak tegur nie yg takot. kalau penjual tidak menjual.sudah tentu perkara ini tidak berlaku..kan cikgu?
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??