Cucu Intai Nenek Bogel?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Wah! Dah pagi rupa-rupanya. Cepat betul masa berlalu. Sekejap lagi dah nak kena pergi sekolah. Hurm..sambil melayan lagu,aku pergi la membaca kat Harian Metro. Lama dah tak baca surat khabar. Sibuk sangat sampai lupa nak beli surat khabar. Nak dapat berita terkini pun susah. Jadi,cuba la tengok tajuk apa yang best kat Harian Metro. Kemudian aku ternampak,’’Malang Nenek Bogel”. Huh? Terkejut aku. Baca petikan Harian Metro.


[gambar hiasan]

SEGAMAT: Dia layak digelar cucu iblis kerana selain suka mengintai neneknya berusia 77 tahun yang mandi bogel, remaja berusia 14 tahun terbabit turut berani mencopet barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan dianggarkan bernilai RM2,000.

Remaja lelaki itu sudah lama diberhentikan sekolah berikutan masalah disiplin selain terbabit dalam pelbagai masalah sosial termasuk bergaduh dan membuli.Namun, kejadian kira-kira jam 8 malam pada 18 Mei lalu, remaja terbabit bertindak di luar batasan apabila menyelinap masuk ke rumah neneknya sebaik menyedari warga emas itu sedang mandi dan tinggal di rumah berseorangan.

Dia yang tinggal berhampiran rumah neneknya di Batu 11 Jementah, dekat sini, mengambil kesempatan mengintai warga emas itu sedang mandi bogel sebelum mengambil pakaian nenek yang digantungkan di pintu bilik air berkenaan.Suspek yang tahu pakaian itu berisi barang kemas termasuk rantai dan wang tunai, kemudian melarikan barangan terbabit selepas puas melihat aksi bogel warga emas terbabit mandi.

Mangsa tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian suami beberapa tahun lalu hanya menyedari persalinan bersama barangan berharganya hilang sebaik selesai mandi.Pada awalnya, dia yang tidak mengesyaki cucunya dalang mencuri barangan dan wang tunainya itu melaporkan kejadian kepada polis pada keesokan harinya.Warga emas itu datang bersendirian ke balai polis di sini bagi membuat laporan memaklumkan pernah beberapa kali rumahnya dipecah masuk, tetapi sebelum itu hanya membabitkan kerugian kecil.

Malah, nenek terbabit memberitahu anggota polis bahawa kecurian sering berlaku setiap kali dia mandi.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota yang ditugaskan menyiasat kes berkenaan akhirnya menyelesaikan misteri kehilangan pakaian nenek terbabit dalam masa kurang 24 jam.

“Kami menahan suspek berusia 14 tahun itu di sebuah rumah berhampiran kira-kira jam 6 petang hari kejadian itu dilaporkan.

“Hasil serbuan, polis menemui sejumlah wang tunai iaitu baki duit yang dicuri berjumlah RM150 dan dua telefon bimbit selain seutas rantai dan gelang tangan,” katanya ketika ditemui.

Abdul Majid berkata, siasatan awal mendapati dua telefon bimbit yang dirampas itu disyaki dibeli suspek menggunakan wang yang dicuri daripada neneknya.Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan lain.“Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering dibuli rakan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, remaja terbabit belum sempat menggadai atau menjual barangan kemas curi yang ditemui disembunyikan di bawah tikar di rumahnya.Beliau mendedahkan, remaja terbabit cuba mengaitkan kejadian yang dilakukannya seorang diri itu turut dilakukan bersama beberapa rakan lain.“Namun, selepas soal siasat, kami mendapati semua cerita itu helah belaka, malah suspek kemudian mengaku mengadakan cerita kerana sering dibuli rakannya,” katanya.

Ulasan:


Masyaallah. Sampai hati budak tue mengintai@skodeng nenek dia. Ish.ish. Ini lah jadinnya apabila seorang insan tidak dididik dengan baik dengan agama. Baru berumur 14 tahun tue. Masih mentah dan baru tingkatan 2. Kalaulah budak nie dididik dengan agama,sudah tentulah dia akan menjadi insan yang berguna. Bukan hendak menyalahkan ibubapa..bukan hendak menyalahkan nenek dia. Tapi nak bagi peringatan kat ibubapa kat luar sana bahawa perhatikan pergerakan anak-anak anda dan didiklah mereka dengan agama secukupnya agar tidak terpesong dari landasan yang sebenar.


Dah la mengintai,mencuri pulak tue. Tidak kesian ke dengan nenek ? Kalau aku la..tak sanggup. Memang tak sanggup. Aku sayang sesangat nenek aku dan aku tidak tergamak untuk buat perkara sebegini. Entah la. Apa nak jadi dah dengan budak zaman sekarang? Inikah anak bangsa yang akan menjadi tonggak Negara kelak? Mungkin kes ini baru sekali kita pernah dengar. Macam mana pulak kes lain yang mungkin tidak dilaporkan? Beginilah nasib anak bangsaku…. Sebab itulah pepatah ''Melentur buluh biarlah dari rebungnya’’ dan ‘’Bapak borek anak rintik’’ ada. Apa pula pendapat/pandangan korang? Kemukakan sekarang di ruangan komen. W’salam.

5 comments:

Cpija berkata...

bapak borek anak rintik tu da xble d'guna sgt skrg ni.. Tp, t'sgtlah padan klu iman itu xdpt d'warisi. Parents punya baik, ckup smua rohani, agma.. smuala. tp anak... hmm, ssa nk ckp jahatnya.

Parents xreti jg anak?? hmm.. xjg sgt. sbb, byk lg faktor lain yg ble buat bdak2 jd mcm tu. kwn2, cg kat skola.. masyarakat pun.. ble buat mrk jd jhat.


anak2, klu da pandai m'tipu... xmustahil dia jd jht suatu hari nti. Pew org slalu ckp? Syg anak tgn2kn? tu ke? xpasti sgt.

Tp bknlah mknanyer pkul smpai tahap dera gitu. cuma bila da anak buat salah.. tegur cara elok. pastu, tanam dlm diri mreka tu spya syg parents & sgla ilmu akidah. Insya'Allah, baik budi pekertinya.. jd insan yg b'guna

Eciz berkata...

kat segamat pulak tu. memalukan betul.

Roronoa Zoro berkata...

wah.. aku sokong cakap Cpija.. 100% terbaek lah..!!

tapi sanggup ke tgk.. erkk.. nafsu songsang sungguh.. wekk.. kalo dah xde perasaan malu kat tuhan pon, cari la yg bergetah sikit. mmg low class betol..

Dakjaat berkata...

apakah nenek dia muda lagi?! atau tua mungkin masih seksi? hahaha!

budak yg tak berdisplin ni mmg ada masalah keluarga...

papabear berkata...

kalau nenek macam dalam foto tu, cucu mana yg boleh tahan... hahahah

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??