Perihal Adengan Seks Ustazah Dengan Wardennya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah seharian aku tak update blog kan? Terasa lama gak lah. Macam blog nie dah bersawang. Sebenarnya ketiadaan broadband yang melemahkan aku untuk menulis entri. Terpaksa lah guna wireless. Line curi nie. Line macam ciput je. Bayangkanlah..ketika anda sedang menaip,nak upload gambar ke..nak cari gambar ke..nak terbitkan catatan ke..Tiba-tiba line putus.Geram tak? Macam itulah aku.

Baik! Tadi..aku jelajah la blog seseorang then aku ternampak satu entri kat blog dia. ''Adengan Seks Ustazah Dengan Warden Terlampau'' dalam blog Darkbatman. .






KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.
petikan kosmo

Tergamak seorang ustazah melakukan hubungan seks dengan seorang warden. Apatahlagi di dalam asrama pelajar. MasyaAllah. Apa nak jadi la dengan manusia sekarang? Yang sepatutnya membimbing pulak yang rosak. Aku bukan hendak mengeji atau hendak bercakap buruk tentang ustazah nie. Tetapi kita melihat dari sudut maruah. Ya! Maruah diri sebagai muslimah. Maruah diri sebagai seorang guru. Maruah diri sebagai pendidik..pengajar. Bagaimanakah ustazah akan dijadikan tauladan jika perilakunya buruk?  Tidak sama sekali. Masyarakat akan mula memandang serong. ''Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga''.

Aku..sebagai seorang pelajar. Apabila mendengar cerita ini. Aku rasa kesal yang teramat sangat. Memang kesal. Tak patut perkara ini terjadi. Tapi memang dah banyak cerita sebegini. Setahu aku.kalau pelajar tue akhlaknya rosak..akademik menurun.. Mereka akan dihantar ke sekolah agama dari pengalaman dan pengetahuan aku. Cikgu aku cakap. Yang rosak dihantar..yang baik-baik duduk sekolah biasa..Perkara ini lah yang menjadi punca masalah. Tetapi aku tidaklah menyalah sekolah agama itu sebab benda ini atas diri masing-masing.

Hendak berbuat jahat,tanggunglah dosa sendirik. Sesetengah orang berkata,''Hey! Kubur lain-lain..wat pe ko nak kacau hidup aku?''  Ya..kubur masing-masing tapi apabila melihat kemungkaran..kita kena cegah. Takkan nak lepas macam tue..berdosa pulak kalau tak cegah. Secara tidak langsung,perkara ini mencemarkan nama baik institusi perguruan serta nama-nama ustazah. ''Beginikah orang Islam? Sama jerk dengan aku?? 2x5'' kata orang bukan Islam. Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sesekali.Anda mampu menilainya. Yang baik datang dari Allah swt,yang buruk dari saya sebagai insan biasa dan lemah tanpa-Nya. 

p/s:
Marilah sama-sama kita berdoa agar dihindarkan fitnah dunia dan akhirat.

13 comments:

hans berkata...

dunia akhir zaman semakin teruk

Amir Izzat berkata...

aik..tak tido lg? erm..nak wat mcm mana...ikut nafsu je kerja..aduhai..

Hasrol Nizam berkata...

bila dh terpengaruh dgn bisikan syaitan, dh tak igt time buat dosa. ni la yg buat ada kes buang2 bayi tu..makin hari makin byk..nauzubillah..

Hasrol Nizam berkata...

bila dh terpengaruh dgn bisikan syaitan, dh tak igt time buat dosa. ni la yg buat ada kes buang2 bayi tu..makin hari makin byk..nauzubillah..

DiyanaDaniel berkata...

Mula terfikir, keaiban yang mereka tanggung sekarang ni, bukan melibatkan diri sendiri, ibu ayah,keluarga,adik beradik..sama2lah kita saling ingat mengingatkan ,sesungguhnya jangan sekali2 melampaui batas.

Rohani Hashim berkata...

nauzubillah...mintak jauh..ishhh macam macam sekarang nih...isshhh

Bukan Eciz berkata...

huh! tak fatut, tak fatut! sebab tuu laaa orang yang bertudung lituuupp sangat nii kita tak boleh percaya sangat! bukan nak fitnah, tapi jangan percaya.

Roxy zai berkata...

pasti kah yg dia ni ustazah..?hurm~

Amir Izzat berkata...

@semua...hasutan syaitan ar nih...

@roxy zai.. erm.. mungkin ya mungkin tidak. tp dia seorang muslimah yg melampaui batas. dan kita kena ambil iktibar..

Shoffee berkata...

bukan ustazah saja yg perlu diberi perhatian, malah semua muda mudi islam yang semakin bebas melakukan seks haram tanpa batas.. umur 15 tahun sudah pandai buang dan tanam anak? astagfirullah..

Nurul Ayu berkata...

sama-samalah kita doa supaya tak terjebak dlm aktiviti tak bermoral mcm tu...ishh

Amir Izzat berkata...

@MSR..benar juga. semua pihak harus memainkan peranan. remaja pun dah berani. apa nak jadi dah? walllahualam..

@Ayue.. insyaAllah..selagi berpegang pada ajarangnya..kita akan terlindung dari perkara ini..amin.

Amir Izzat berkata...

@MSR..benar juga. semua pihak harus memainkan peranan. remaja pun dah berani. apa nak jadi dah? walllahualam..

@Ayue.. insyaAllah..selagi berpegang pada ajarangnya..kita akan terlindung dari perkara ini..amin.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??