Fakta Menarik Yang Hebat!


Assalamualaikum dan selamat pagi. Aku nak cerita sikit fakta yang sangat..sangat menarik yang perlu anda tahu. Setelah meneroka laptop..terjumpalah fakta ini entah dari mana.. kih3.. Jom kita lihat!



Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.


Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).  


Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.  


Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
 

Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
 

Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
 

Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
 

 Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
 

 Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
 

 Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
 

Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
 

Semua beruang kutub adalah kidal.
 

 Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
 

TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
 
Korang mesti  cuba untuk melihat sikunya SEBENTAR TADI....he.. he..he... .betul kan...??  Korang mesti tengok keyboard (papan kekunci) untuk pastikan perkara 14 betul (TYPEWRITER) sebenarnya :TYPE-WRITER- POWER-TOP- PORT-PRY- WET-TRY-WRITE- WIT-IT-OR- PRO-POW-TO- QUOTE-QUIT- PIT-ROUTE- TYPER-TROOPER- TRIP-PURR- dan lagi....... 

Nota kaki:Amacam? Menarik tak fakta aku? kiih3..

10 comments:

Aina berkata...

bez bez . hee .
yang siput tuh .
:)

Amir Izzat berkata...

Aina@
hehe...a'a.. boleh tido sampai 3 tahun..fuh! best giler..kih3

papabear berkata...

alamak! semua beruang kutub kidal? isk isk isk...

Ken Wooi berkata...

nice facts! thanks for sharing =)

nebular berkata...

Bertambahlah pengetahuan aku dari ke hari, cmni aku nak cancel langganan Astro.

Amir Izzat berkata...

Papabear@eh..baru tau ke? mmg beruang kutub kidal..kih3..

Kenwooi@most welcome..enjoy2..

Nebular@ Bertambah ek? bagus2.. aik.npe nak berhenti pulak? haha..
-ilmu perlu dikongsi-

hcvvorld of Travels, Lifestyle and Photography berkata...

apakah kalau evolusi berlaku..tiba-tiba gajah tuh dah tau atau kakinya sudah cukup kuat untuk melompat..hehehe..

Amir Izzat berkata...

Alamaknya...gempa bumi lah..hahaha

Unknown berkata...

fakta yg menarik.. psl siput, mata n typewriter tu paling tertarik.. menarik.. hihi

Tanpa Nama berkata...

jadi siput pon best gak ni..haha!

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??