Blogger Perlu Bijak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haa..apakata setiap entri korang tue korang bagi salam. Kan bagi salam itu harus keatas saudara seIslam. Kan? Nie tidak..post je entri terus je ke cerita. Tak syok la macam tue. Assalamualaikum kan bagus..mendoakan sesama kita. Menjawap salam kan wajib. Apabila orang yang mendengar salam kita..dia kan menjawap. Secara tidak langsung kita mendoakan kesejahteraan kedua-dua pihak. Tak gitu ke bloggers sekalian? Baik! Tak mau membebel banyak lagi.. Aku mulakan...

Sejak kebelakangan ini,kecoh apabila ada blogger yang suka mengapi-apikan blogger lain. Sikap dengki yang memang susah nak dibendung. Kecoh pasal gambar laa.. Kecoh pasal follower lah.. Kecoh pasal entri. Kecoh pasal kipas lipas. Entah la..Sampai aku pun tak faham apa yang berlaku sekarang. Dulu..dunia blogging amat best. Wah! Meriah..dapat jumpa ramai bloggers. Dapat menimba ilmu. Membuka minda aku.. Banyak blogger-blogger yang telah membantu aku dan memberi inspirasi cara-cara untuk menulis dengan baik.

Kita berblogging nie untuk suka-suka. Bukan untuk mencari gaduh. Bukan untuk mencari musuh. Kita ada berblogging untuk mencari kawan..bagi aku laa.. Kita berblogging untuk jauhkan diri kita dari masalah-masalah di dunia nyata. Dari pandangan aku laa,sebab aku ada blog. Aku nak tulis perasaan aku..Aku nak luahkan perasaaan aku tapi aku tulis/taip denga berhemah. Menulis apabila berfikir,berfikir apabila menulis. Tak gitu ke abang-abang,kakak-kakak sekalian?

Pada hemat aku,tidak perlulah kita membuat huru hara kat dunia maya nie. Dah la dosa kat dunia nyata dah banyak..tambah pulak dosa menfitnah kat dunia maya. Apa nak jadi la. Cops! Apa yang aku merepek nie..sorry. Aku tersasul. Aku pun tak tahu nak cakap apa.kih3..

Baik! Kepada blogger-blogger diluar sana. Aku nak berbicara sedikit. Kadang-kadang kan..apa yang disiarkan oleh media tidak selalunya betul. Macam kess adegan ustazah dengan warden hari tue. Aku terfikir..betul ke cerita nie? Sahih ke tak? Alamak..kalau tak betul..aku dah sebar fitnah da. Betul ke dia ustazah? Selepas itu masyraakat mengecam ustazah.. adoi.. Dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh. Kadang-kadang apa yang kita baca tidak semestinya mengambarkan apa yang kita bayangkan. Ada faham?

Sebenarnya,aku tidak berpuas hati dengan sesetengah blogger  yang meletak tajuk yang gempak. Seperti ''Aku mendapat RM 200 dari Nuffnang'',''Cara Menjana Duit Dari Nuffnang''. Tajuk je gempak tapi isi kosong. Isi entah apa-apa. Anda perlu bijak. Bukan menarik pembaca dengan tajuk sebegitu.Kesian la. Orang datang tengok,menyampah lak. Sah-sah lepas nie takmo datang lagi. Hurm...kan rugi.

Bukan hendak berlagak ke apa ke..sekadar pendangan. Aku pun kadang-kadang tersasul gak. Antara marah dan geram. Tengok-tengok masuk dalam entri. Oleh itu,saya menasihat diri saya seorang je..hehe.. supaya bertenang sentiasa. Bak kata orang puteh.. ''Cool''... Okeyh? Kalau aku silap. Sila tegur. Mungkin pandangan kita berbeza. Tegurlah aku dalam sudut yang positif. Maaf jika ada silap. Yang baik datangnya dari Allah s.w.t.

p/s: 
Pagi nie aku makan nasi dagang laa..Korang makan apa lak?
p/s:
Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. Hidup harus diteruskan walaupun dengan sebelah mata..hehe..

11 comments:

ザ-sylver- S berkata...

nasihat yng membina...thanx

Amir Izzat berkata...

SYLER:
sama-sama..kalau betul-betul membina..amat bgslah.. dan terima kasih sudi komen... :)

FUZY berkata...

memberi salam hukumnya xwajib la dik...jawab salam baru wajib....hati2 menulis jgn buat hukum baru ek...peace!!!

Kujie berkata...

Tak ada masalah nak baca entri apa pun..sebab memang suka membaca dan apa yang baik ambil utk diri sendiri..

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

huhu...pernah gak kena ngan sorang blogger pompuan tu...datang2 blog je nak men serang2 siap bawak geng 606 lagi tuh..huh'..ku xde kacau die dan kawan2 die..tetibe nak serang2 plak...haish.,..xpuashati betol lah.. dah memang ade masalah kat alam nyata...pastu die nak awak ke alam maya lak..hantu tul la org yang macam tu...sakit mental agaknya..!

Hafiz Ismi berkata...

thank for the advise~

Muhamad Ahnaf bin Mohd Abd Ghafar berkata...

salam...haaa.btol2...tpi kan..saya ni lah 1 sen xdpt lagi..bkn nk kerja $, tpi kasi semngat tu ad...baru best...tol2,jgn gado..jgn bangge pasal $,nnt rezeki out...

Lucy S. berkata...

aku makan pizza tadi :DD

Ken Wooi berkata...

well, many bloggers just spam updates.. not much quality in it..

and perhaps some took blogging so seriously that they fight each other.. =/

Amir Izzat berkata...

Kak Fuzy:
Maaf. Tersalah taip.dah ubah. terima kasih atas teguran itu.

Cik Aida:
wah.panas nampak? Relaks.. buat tak tahu je macam Amir skarang. tapi tak patot la main serang-serang tue.. apa-apapun,cool je..hehe

Kak Kujie:
wah..bgs2..membaca amalan mulia.. kih3..

Hafiz:
most welcome...

M.Ahnaf:
W'salam...
ok... duit? haha..xmen ar tue..xpaam sbnrnya..apapun,terima kasih..

alynn:
pizza???? wow! sedapnya..sampai hati tak ajak kawan..huhu

Sya Isya berkata...

memang kadang2 ter'emo' masa berblog. tapi lebih baik elakkan berblog masa tengah emo tu. tapi best je juga buat entri lepas geram, pastu rasa lega, cuma ayat biarlah berpada2.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??