Mengidam Cream Of Chicken Soup!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari nie hari apa ek? Oh ya. Hari nie hari Isnin. Cuti peristiwa dan tak perlu pergi sekolah lagi tapi esok kena pergi daa.. Kerja sekolah pun belum siap. Kena siapkan latihan Penyedian Masakan Barat dan Timur(PMBT). Semasa tengah belek-belek buku PMBT,AMir terjumpa la resepi Cream Of Chicken Soup nie. Nampak sedap..

-susah payah den mengugel..

Soup nie kalau minum pagi-pagi sedap ke? Rasa-rasanya boleh kot..haha..Bila perut sudah mengidam semua makanan ditelan. Baik! Resepinya agak mudah..  

Bahan yang kita perlukan adalah seperti berikut:
  • Bawang besar,lik dan celery-mirepoix -100g
  • Mentega atau majerin - 50g
  • Tepung gandung - 50g
  • Stok ayam - 1 liter
  • Susu sejat - 125ml atau krim -60 ml
  • Garam dan lada sulah -secukup rasa.
Alatan yang diperlukan pulak:
  • Periuk..semestinya kan?
  • Penapis terendak.
  • Kain maslin. AMir pun tahu benda apa nie? hehe..
  • Senduk kayu
  • Mangkuk sup.
Hiasan:
  • Isi ayam - direbus dan didadu - 25g
  • Daun pasli - 1 tangkai.
Okay.  Kalau semua bahan dah ada..boleh la kita teruskan dengan panaskan  mentega atau majerin dan saute mirepoix. Pasrikan sayuran tidak perang.

Masukkan tepung gandum dan masak sehingga teksturnya berupa pasir. Selepas itu,masukkan stok panas dan kacau hingga mendidih. Biarkan stok merenih 30 hingga 45 minit. Keluarkan keladak dan lemak jika perlu. Kisar dan tapir.

Kemudian,stok semula ke dalam periuk,didihkannya lagi dan sesuaikan rasa.Masukkan susu atau krim dan SIAP! Oh ya.Terlupa pulak. Pasal hiasan tue,korang hias dengan potongan ayam yang telah didadu dan dengan daun pasli.  Seterusnya..makan lah sorang-sorang. hehe..

Bisik sikit : AMir nak cuba la kejap lagi..Kalau ada bajet..kena tanya mak dulu nie..hehe tapi senang je nie.. AMir rasa korang pun patut cuba la sup nie.. Kalau dah buat tue..jemput-jemputlah AMir ke rumah korang ye. :)

5 comments:

FCUTEAM berkata...

haha... my feveret tu... kalau dah masak tu... jangan lupa kirim kan ye.. :P


kamoo nak komen entry saye pulak? hikhik.. klik kuat-kuat kat sini >>RAHSIA BLOGGER TEGAR !! BAGAIMANA DIORANG DAPAT PERHATIAN U ALL !!



Amir Izzat berkata...

feveret ek? haha..ok2.nanti masak amir kirim.. terus ke dalam blog anda. :)

Tanpa Nama berkata...

lebih sedap kalau di tambah dgn dried mushroom yg di blend, dan whipped cream!

Amir Izzat berkata...

oh ye ke? orait..kalau kesempatan amir akan cuba.. makasih.. hehe..

norasikin berkata...

emm.. orang kenal ke penapis terendak? Acu explain sikit.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??