Subsidi Akan Dimansuhkan?


Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Merujuk kepada Berita Harian. Nampaknya  subsidi tol,bahan api dan semua yang tertera dia atas akan dimansudhkan. Aduhaai.. Macam mana nie? Bagi aku yang tidak bekerja. Tak apa lah..bagi yang berkerja apa pendapat anda?

Baca petikan BH :

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berkata rakyat Malaysia harus sedar negara memberi subsidi tertinggi, iaitu 4.6 peratus daripada KDNK, malah lebih tinggi berbanding Switzerland (3.5 peratus), Indonesia (2.7 peratus) dan Perancis (1.4 peratus).
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.

“Masanya sesuai untuk menaikkan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 setong. Kita juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan mekanisme harga terapung,” katanya.

Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012.

Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.

Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif.

Idris berkata, cadangan itu akan dibuat secara berperingkat antara setahun hingga lima tahun supaya pelaksanaannya tidak membebankan rakyat.
Aduhai..minyak pun dikatakan akan naik? Bertambahlah la beban aku. Aik..aku yang tak bekerja pun terasa jugak ke? Terasa la sebab kat kampung aku,harga petrol dan mencecah RM2.50 seliter.Tak ke membebankan? Kalau naik 10 sen.. Mesti hampir 3 ringgit harga kat kampung nie. Erm.... apa nak jadi la nie? Mesti kes hutang kan? Pastu judi pulak dihalalkan. Benda yang halal diharamkan. Yang haram dihalalkan.. 

Merujuk BH jugak:

Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan di sini, semalam, bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi.

Apa  pendapat korang?? Pandangan rakyat amat penting kan? tapi sepenting manakah kita??? Rakyat didahulu pencapaian diutamakan? Apa-apa pun,kita sokong yang  terbaik.

5 comments:

et berkata...

uhhh.itu la.harga minyak naik,nanti semua harga barang pon naik. dah la subsidi pon nak dimansuhkan.

sangat2 tak patut.kalau nak buat jugak, gaji semua orang pon patut naik jugak la kan? tak gitu? eheh.

Sufi Asri berkata...

lepas nie minum air xpayah ada gula lah.. sebb skg gula pon xdak.. xmustahil dalam tahun nie harga gula akan naik jadi rm3 sekila..


bangsat BN

HANNA PLEASURE berkata...

ye sy setuju gaji perlu dinaikkan. tempat lain subsidi rendah tp gaji mak oii mahal..jgn nnti kita jd mcm indonesia..jd pendatang Malaysia pulak...-___-

hans berkata...

gov malaysia nih dah teruk sangat ker sampai tak ada duit?
negara mana2 pun ada jer bagi subsidi pada rakyat
cuma masalahnya sistem pengurusan subsidi di malaysia nih yg longgar

Amir Izzat berkata...

Et:
betul3..kalau semua dah naik..gaji pun kena naik.tp gaji xkan naik kot..mana nak cari duit? huhu...

soclose:
a'a.sy pun setuju tp pihak atasan mcm mana pulak? Aduhai..kalau jadi macam Indonesia.teruk lah kita.

Zoro:
hahah..marah nampak?? rilek ar bro.. minum air masak kan bgs..

hans:
itulah hans.. apa la kerja diorang nie.. tak tahu la nak cakap apa lagi

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??