Entri Sampah Itu Bagus


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Apa khabar dunia blogger sekarang? Sudah lama kita tidak bertemu. Adakah dunia blogger ini masih disebelungi degan perasaan emosi ? Atau sudah bertukar kepada perasaan yang amat gembira? Kalau gembira,amat baguslah untuk diri anda dengan saya. Eh! Apa kaitan pula dengan diri saya? Tentulah berkaitan kerana jika anda bertandang ke blog saya. Anda mesti gembira supaya setiap penulisan saya tidak dipandang negatif oleh anda. Kan? Kalau emosi anda tidak stabil ketika membaca entri saya. Mungkin tanggapan buruk akan timbul.

[sumber dari sini]

Baik! Nak bercerita pasal apa nie ya? Saya  hendak menulis apa yang bermain di fikiran saya sahaja. Boleh kan? Jangan pula marah saya jika tajuk entri saya ini tidak berkaitan dengan isi. Mana lah tahu nanti saya kena marah dengan blogger-blogger lain yang ‘tersangat’lah perihatin terhadap kita semua,kan? Tadi,kat sekolah. Sambil tunggu mak. Saya pergi la ke makmal. Online kejap sebab kat rumah broadband memang dah tak dapat digunakan. Line wireless pula,kadang-kadang ada  kadang-kadang tak ada. Menyusahkan betul. Saya jenguk la Geng Blogger sekejap. Wah! Ada entri menarik la. Tajuk dia begini “Tarik Trafik Murahan Dengan Tajuk Gempak,Tapi Isi Sampah’’. Memang menarik perhatian saya.

Memang bernas pandangan  empunya Blog Cap Ayam itu. Kepada anda yang berminat,sila klik tajuk itu sekarang jugak. Baik! Pada pengamatan saya,mungkin tajuk entri sesetengah blogger tue GEMPAK tapi lihatlah pada tuannya pula. Mungkin blogger itu seorang yang baru berjinak dalam dunia blogger. Contohnya saya la,saya pun tidak tahu macam mana nak buat tajuk yang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan. Jadi,maafkan lah saya. Teguran empunya Blog Cap Ayam itu amat bagus sekali walaupun teremosi. Ada juga sesetengah blogger yang dah lama berjinak dalam dunia blogging menggunakan taktik kotor ini. Kalau boleh abaikan sahaja.

Empunya Blog Cap Ayam berkata:

Tapi cuba kita lihat sebelah positifnya, sampah pun boleh dikitarsemula jadi sesuatu yang berguna. Benda yang sama cuba saya sampaikan di sini. Jangan suka pandang negatif saja, sampai bila-bila kita takkan maju kalau mempunyai pemikiran macam itu.

Kalau hendak sampah itu dikitar semula. Biarkan dia terus menulis yang entri yang sampah kerana penulisan seseorang itu mungkin akan menjadi lebih baik pada masa hadapan apabila dia selalu mengarang dan terus mengarang sehingga dia sedar akan kesilapannya. Jadi,dia akan terus memperbaiki kelemahan yang ada pada diri itu. Kalau yang sengaja itu,memang kena kasi PANG! Hehe.. Contohnya untuk membuat karangan BM,kita haruslah sentiasa membaca dan berlatih agar karangan kita terus mantap. Sama juga dengan penulisan di blog. Ingin saya tegaskan disini. Tidak perlulah mencemuh blogger seperti itu. Mungkin pandangan kita berbeza tapi hakikatnya sama kerana kita memandangnya dari sudut positif. Yang jernih kita ambil yang keruh kita buang. W’salam.

14 comments:

princeduyong berkata...

sampah leh kitar semula...

Hafiz Ismi berkata...

pandangan yg bagus & matang!!

Roronoa Zoro berkata...

erm.. betol jugak kan apa yg awak cakp.. mgkin jugak blogger tue masih baru..

terkenang semasa dulu.. begitu juga.. tapi lama2 baru tahu apa undang2 dan petua nak maju.. hehe..

thx sebb sedarkan.. kalo x, mmg nak marah2 jugak.. haha

[[iidyLL_iceneSS]] berkata...

sy pun agk xtau blog sy dlm kateori mn...but mkin lm sy mkin improved tatabhsa sy...
dl gne shortform jer...but now boleh lar thn..
sy rasa sy xde r wat tajuk lari dr isi entri..

Amar Amirah berkata...

Terima kasih kerana telah sudi review entry belog saya di sini :D
Maafkan saya kalau ada yang terasa seperti dicemuh. Kalu amir terasa, itu adalah tak patut, kerana saya lihat amir adalah seorang blogger baru dengan entry2 yang selalu menarik perhatian untuk saya baca.

Saya tak berniat untuk mencemuh mana-mana blogger, mungkin ini lah cara saya menegur. Dan memang niat saya supaya blogger-blogger yang membaca akan meningkatkan lagi kualiti entry mereka :)

thanks again Amir.

Ery Farieha berkata...

belog cap ayam tu konon je cap ayam tapi bermutu woh
hihihih suke belog die

Amir Izzat berkata...

Wahai Sahabatku Princeduyong:
Betul tue. Jom kitar sama-sama.

Sahabatku Hafiz Ismi:
Terima kasih. Berfikir cara matang adalah yang terbaik.

Sahabatku Zoro:
hurm..memang macam tue ketika mula dahulu. Apabila sudah lama,kita sedar dan minda kita baru terbuka kan? Jadi,marilah kita belajar perlahan dahulu. Mana boleh cepat-cepat. Nanti tersasar...hehe.. Kalau nak marah,sila marah dia habis-habisan. hehe..

IddyLL:

tak apa..slow-slow.. saya pun tak tahu gak saya dalam kategori apa. Tatabahasa saya pun kadang kala pelik sebab campur Kelantan dan Sarawan dan BM. Rasa pelik gak. Apapun,kita buat yang terbaik dalam penulisan kita.

Cik Amar Amirah:
Sama-sama. Sekadar berkongsi pendapat. Oh ya. Saya tidak lah terasa cuma ingin menambah sebab cik Amar kata kita kena pandang positif. Jadi,saya tambahlah sikit. Disebabkan entri Cik Amar. Saya terasa jugak..terasa ingin berubah. Apa-apapun,terima kasih jugak. peace! :) Maaf gak. Hehe. ^^

blogging for fun.

Amir Izzat berkata...

Ery Farieha:
a'a. Sangat bermutu,berkuali dan bagus..apa lagi ek? hehe.. :D

kenwooi berkata...

yeah.. some people put cool titles, but content nothing.. =/

cikgu isza berkata...

salam,
sebenarnya akak masih x faham kategori apa blog tu dikatakan blog sampah.. semua entri bagi akak ada valuenya..

Amir Izzat berkata...

Kenwooi:
Maybe..no idea...and just want to attract people..entah la.. just think positif and buat tak tahu.. right?

Cikgu Isza:

W'salam. Erm..bukan pasal blog itu sampah atau tidak tetapi entri dan tajuk yang dikeluarkan itu. semua entri cikgu memamg bagus. jangan risau. saya suka baca..

Eciz berkata...

huhu

rizal jabai berkata...

kat belog ijai pon byk sampah..harap sampah yg terkumpul itu boleh dimanfaatkan..huhuhu :)

Hasrol Nizam berkata...

kalau blogger baru tu mmg boleh dimaafkan lagi..sebab masih lagi belajar..macam aku..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??