Siapalah Aku Didepan Tuhanku?

Dalam keheningan malam minggu ini. Terasa amat bosan sekali. Tak tahu nak buat apa lagi. Jadi,saya mengambil masa yang terbuang ini untuk membaca@ menjelajah artikel di laman web I LUV ISLAM. Banyak artikel yang bermanfaat di I LUV ISLAM..Banyak cerita yang menarik yang boleh dijadikan iktibar..banyak info-info untuk kita. Semasa duk jenguk-jenguk tajuk artikel. Saya tertarik dengan tajuk SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU? Dan saya rasakan artikel ini amat berguna untuk renungan bersama.



SUBUHNYA...

Dimana ku berada, 
Masih enak di dalam kelambu rindu, 
Sambil berfoya-foya dgn waktu, 
Masa bagaikan menderu, 
Langkah tiada arah tuju, 
Fikiran terus bercelaru, 
Terlupa ku semakin dihujung waktu, 
Siapa aku didepan TUHANKU? 

ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku, 
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku, 
Aku bertolak ansur dengan waktu, 
Aku terlupa betapa besar kerugian, 
Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan, 
Siapa aku didepan TUHANKU? 

ASARNYA...
Aku lupa warna masa, 
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak, 
Aku masih dengan secawan kopi, 
Terlalu panas tak dihujung kepala, 
Aku masih bercerita, 
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka, 
Siapa aku di depan TUHANKU? 

MAGHRIBNYA...
Aku melihat warna malam, 
Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya, 
Mencari sisa-sisa keseronokan, 
Tidak terasa ruang masa yang singkat, 
Jalan yang bertingkat-tingkat, 
Siapa aku di depan TUHANKU? 

ISYA'NYA...
Kerana masanya yang panjang, 
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku, 
Aku membiarkan kelesuan mengganguku, 
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru, 
Bercumbu-cumbu dengan waktuku, 
Siapa aku di depan TUHANKU? 

Kini aku menjadi tertanya-tanya,

Sampai bila ku melambatkan sujudku, 
Apabila azan berkumandang lagi, 
Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi, 
Kerana dihujung hidup ada mati, 
Bagaimana jenazah dibawa solat disini, 
Jika ruangku dibiar kosong, 
Jika wajahku menjadi asing, 
Pada mentari dan bintang-bintang...

-sumber i luv islam

AMir Izzat : Insaf..insaf..terasa diri ini begitu rendah..terasa diri ini banyak kekurangan dan kelemahan. AMir ingin berubah. MACAM MANA PULAK DENGAN KORANG? Ya Allah..janganlah kami termasuk dalam orang-orang yang rugi.

4 comments:

Han$ Xy berkata...

thanks for this beneficial post..~~

Sesopie berkata...

Solat tu kan tiang agama..Lalai kit semua kalau tinggalkan solat!

Bukan Eciz berkata...

hattoi. sangat menyentuh perasaan. siapakah aku di depan Tuhanku.. hmm

NISECA suka merapu

Amir Izzat berkata...

most welcome hanks..

sophie..ye. makasih!

erm..eciz... :))

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??