Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Wah! Skema ayat weyh. Haha. Semalaman aku tak dapat online. Nasib baik semalam aku dah update blog. Kalau tidak. Sudah tentu trafik menurun. Jujur aku katakana yang aku memang gilakan trafik. Ya. Kalau orang kata aku gila trafik ka apa ka. Suka hati diorang lah. Asalkan aku gembira,kan ? Tidak perlu kita mengikut kehendak orang lain. Pandangan setiap insan berbeza kecuali kita memandang dari sudut yang positif. Sebenarnya banyak cerita yang hendak aku luahkan atau hendak aku kongsikan kat semua pembaca blog yang setia membaca blog aku yang buruk lagi tidak berbumbung[ayat simpati nie beb!]. Bak kata Wawa dalam cerita Adnan Sempit.''’Wa tak main ngan mat rempit cam lu..wa main yang da bumbung beb!’’. Haha. Aku suka ayat nie. Sampaikan dalam kelas aku pun,ayat di bermain di bibir mereka. Tapi diorang sebut ''Ade bumbun’’. Memang lawak lah. Haa…hidup mesti ceria. Kalau asyik duk sedih je,naik gila adalah. Gila bayang. Kih3.
Baik! Berbalik kepada tajuk dan cerita asal.Cops! Yang ka atas tue baru mukaddimah. Belum isi lagi. Mukaddimah mesti menarik baru pembaca nak baca kan ? Apa kata awak pembaca? Menarik tak mukaddimah saya? Awak kan cantik..mesti menarik kan ? [Ayat bodek.hehe]. Korang tahu tak kenapa aku tak update blog aku semalam? Update,update jugak tapi waktu pagi. Kalau aku update waktu petang mesti bertambah la sikit trafik dengan bantuan korang yang baik hati datang ke blog aku. Sebenarnya ketiadaan broadband membantut segala urusan aku diblog. Jadi,aku terpaksa menggunakan wireless taman sebelah aku curi. hehe..Cewaah! Macam kerja pejabat la pulak kan.Modem broadband ada tapi tak bayar. Tak jadi kerja jugak. Aku cuba la pujuk mak suruh bayar.. Krisis kewangan melanda beb. Lepas tue aku pujuk lagi. Aku kata ‘’Mak,bayar ar sebelum balik Kelantan..deh?’’ Mak aku cakap ‘’ Hurm..tengoklah’’. Huhu. Jawapan yang mengecewakan. Tapi aku tak kesah. Aku tahu mak aku mesti bayar sebab SAYA SAYANG MAK SAYA. Ahaks.
Seharian aku hidup tanpa blog. Memang agak bosan dan membosan. Apabila sudah mengenali dunia blog. Aku semakin kemaruk. Ada banyak kawan. Boleh berkenalan. Erti kata lain. Sejak kenal dunia blog hidup aku semakin menarik. Aku semakin suka membaca.. Aku semakin suka mencari maklumat..Aku semakin suka mencatat nota agar aku dapat berkongsi ilmu yang ada pada diri ini dengan pembaca. Tak gitu ke? Tapi keburukannya pun ada. Broadband perlu sentiasa dibayar. Bil elektrik semakin naik tapi bil air turun sebab asyik duduk depan laptop je. Korang pun sama kan ? Sanggup tak mandi..hehe..jujurlah. Kah3. Kadang-kadang sambil duduk termenung kat sekolah,idea tiba-tiba datang dalam fikiranku. Aku cuba ingatkan tapi bila dan sampai rumah. Alamak..dah tak ingat. Apabila nak taip,cerita lain pulak keluar..huhu. Kalau boleh aku nak beli laptop Acer yang kecik tue. Tak silap aku harganya RM1,400 gitu la. Dulu nak beli yang kecik tapi ayah tak mau. Dia nak jugak beli laptop nie.
Terpaksa la aku turuti. Anak yang soleh la katakan. Haha. Tapi aku bersyukur ke hadrat ilahi sebab ada laptop. Mula-mula dulu,kegunaan laptop aku nie untuk buat kerja kursus dan main game. Tapi sekarang untuk menaip dan berblog. Dan tak da kerja lain. Game pun aku layan sekali sekala je. Macam game Fifa 2010 tue aku layan la. Best doe.. Jadi,tanpa laptop dan broadband aku agak keboringan.Tanpa blog hidup aku tak da maknanyer…..Korang pun sama gak???? Ngaku je laa...[ayat frust..hehe]
4 comments:
aku pun rasa yang sama apa ko rasa. heheh.. tapi kalau dah terpaksa x dpt buka blog, kena menahan gian tu.. gigil beb.. hahah
Azman Roslan:
ko rasa apa yg aku rasa? Wah... mmg xleh tahan la.. Last2..amir motor kuar jalan2.. ahah... Eh..bukan stakat mengigil..makan pun tak lalu..
kehkehkehkeh lu memang hardcore blogger ar.....
http://ohserius.110mb.com/blog.php
Viva:
biasalah...kih3...
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??