Malam Ini Nak Serbu Ben Ashaari Untuk Cari Tips.

 [google]

Assalamualaikum dan selamat malam. Apa khabar pembaca sekalian? Sihat ka tak? Kalau tak sihat..sila berjumpa doktor sekarang juga ataupun pergi klinik. Klinik zaman sekarang kan murah. Kalau hospital mahal kan? Cuba pergi ke klinik 1Malaysia. Comfirm save budget. Baik! yang pastinya pembaca-pembaca disini tentu sihat.



Ok! Malam ini aku tidak sempat untuk menerjah follower. Sorry lah ye. Aku memang tak sempat..betul. Bukan aku nak tipu..cuma aku letih. Sakit badan lepas pergi gym tadi. Kejap lagi kena buat kerja sekolah. Penting! Huhu.

Aku sebenarnya dilanda bosan nie. Bosan yang teramat sangat.. Hajatnya dihati nak minta la tips dengan Ben Ashaari. Bukan tips berblogging ye tapi tips jaga badan. Ha! Tapi kenapa? Walaupun letih aku terpaksa terjah entri Ben Ashaari sebab aku nie seorang atlet. Aku nak jaga badan woo. Badan aku sekarang nie penuh dengan lemak-lemak terbiar. Susah betul nak buang..tapi berat aku dah turun 4 kg bro! Haha..Kepada anda,jangan jeles. Sila muntah sekarang. Ahaks.

Selepas subuh , aku akan mulakan pagi aku dengan berbasikal...selama 2 jam..aku akan mengayuh basikal dari rumah aku ( Cheras ) menuju ke Tasik Bandar Tun Razak ..kemudian aku akan parking basikal tu dan berlari pula...selesai berlari , berbasikal semula...sampai rumah aku akan workout ( mengikut teknik yang aku tau ..sangat basic ) ..
Aku lakukan semua itu hari hari....semata mata nak bakar lemak dan menurunkan berat badan..
Sewaktu ni , aku tak pergi gym lagi...aku segan nak g gym lagi sebab dalam kepala aku , orang-orang yang g gym semua mesti badan badan yang besar n cun cun...huhu..malu..
biar aku bagitau korang ....semasa aku nak besarkan badan aku...aku terpaksa makan telur disebelah pagi sebanyak 10-15 bijik ( putih sahaja..mengamuk mak aku sebab aku buang kuning tu ) ..manakala sebelah malam , aku akan makan 15-20 bijik telur lagi....seminggu sekali aku akan makan ayam panggang...seekor !! demi nak besarkan badan aku....bila dah besar , baru aku akan memulakan operasi cutting ....berbagai cara aku studi samada melalui buku , video dan bertanya pada otai ...
Yang penting , jaga kesihatan !! ni ada yang g gym , tapi merokok...ada yang bersenam..tapi diselang seli dengan minum ais ! apa cerita ni ?? ni bukan disiplin ...tapi nak bunuh diri...

Inilah antara kata-kata yang aku jumpa semasa menyerbu entri Ben. Sikit je aku cari. Tak larat nak cari banyak-banyak. Baiklah. Setakat ini sajalah coretan aku pada malam yang dingin ini. Kita berjumpa lagi esok kalau hayat masih dikandung badan. Assalamualaikum!

5 comments:

Ken Wooi berkata...

it's good to stay healthy too =)

azieazah berkata...

Bagus, memang kesihatan kena jaga. Maklum badan nak pakai lama. Tapi kalu sihat, dah veteran pun bleh masuk marathon lagi. kan?

SonnyKazu berkata...

stay healthy everyday! :D

Lucy S. berkata...

pergh, bab telur tu tak tahan tu. thn ek smpi 10-15 bijik! :O

http://malinot-malinorte.blogspot.com

Bukan Eciz berkata...

chaiyok2. moga2 amir dapat buat. ;)

nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Tafsiran mimpi [ Part 1 ]

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??