Assalamualaikum..apa khabar anda diluar sana?? Hari nie hari Sabtu kan? Anda mesti sedang beristirehat pada waktu ini tetapi aku baru sahaja pulang dari sekolah sebab aku kena tolong cikgu cuci semua peralatan makanan yang kotor. Aku lah pelajar yang terakhir sekali pulang..huhu tapi tak apa..tolong cikgu. Nanti dapat pahala dan berkat.
Selalunya lepas pulang dari sekolah aku akan kedai untuk membeli surat khabar. Aku tidak mahu terlepas berita yang sedang berlaku di negara kita.. Sebab..berita@cerita di negara kita memang ''PANAS"! Ya! Tersangat panas..thats why aku beli..kadang-kadang Utusan Malaysia..kadang-kadang Berita Harian@Metro..
Tapi..aku suka baca kosmo..ringkas.. selalunya baca online la.. Masa duk belek-belek mukasurat..hehe.. Aku terjumpa tajuk ''Lagi Remaja Ditembak Polis''..Hurm..apa nak jadi dah? Nasib baik tidak mati...
TAMPIN - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dikenakan tindakan gantung kerja serta merta apabila bertindak menembak seorang remaja di bahagian perut dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban - Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota berkenaan telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.Menurut Osman, mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’ katanya. - Utusan
Nota kaki : Anda mampu menilainya.. Polis oh Polis.. Aku memang tabik dengan kerjaya engkau..tapi tolonglah..tolonglah jangan buat perkara ini lagi!!! Dengarlah suaraku.... siapalah aku ini? Hanya blogger terpinggir..
13 comments:
Apa nak jadilah nie...
Mr Kamikaze..Ye lah... nak buat mcam mana..polis tue tersalah pertimbangan... hoho
tak belajar dari peristiwa yang sudah ni.. kedua2nya..
pale hotak dia mintak maap je. hengat nyawa org mcm nyawa nyamuk??? mentang2 polis sblm ni biasa2 je, dia pulak nak tnjuk teror. wakluuu!! geramnya
NISECA suka merapu
Cikgu.... manusia mudah lupa...
Eciz..relax..jangan marah.. haha.. nak wat cmney..nasib lah... elek2..
gile lah. ish3.. senang2 je nyawe org mlayang mcm tu
amir, sorry to say ... bukan cara penulisan x oke, cuma amir x pertimbangkan perkataan yg digunakan .
tgk tjuk entry, boleh membawa isu sensitivi anggota polis pulak .
mmg prkara tu btul, ada pihak yg x ambil iktibar tpi watch out dgn some words that u used that might hurt some feelings .
oops! Ika.. budak tue hanya cedera je laa......
Remaja semakin nakal. Elok ler tu ditembak jer ubatnya. Hahahaha
lepas ni makin hebat la polis menembak..lapang sasar pun bertambaha
erm...cik Ecah..ok! thanks a lot.
Remaja nakal xperlu ditembak ler..kan? huhu... nasi sudah menjadi bubur..
Kepala mak bapak diam maen tembak2 camtu jer...x kira la lari ke pe...weehh kate power sgt smpi pkai evo 10 la pe la..xkan la xble kejo..driver tak power kowt..hahaha..wahai polis yang menjaga keselamatan dan keamanan negara,ingat lah..Sesungguhnya,nyawe itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Engkau tiada hak mengambilnya selain sebab yang tidak d'laknat Allah S.W.t..Jangan nak tunjuk kuasa tnpa sebab..kau jgan smpai org rmai tngkap korang buat satay idup2 baru dpt pengajaran nnti..dah 2 dah ckup!!
ahahhaha...pdn muka kne tembak....ketagih counter strike ni aku igt..
hehehehe....
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??