Kerana Rokok..Dia Ditikam..




TANGKAK: Seorang lelaki parah selepas ditikam adiknya yang mengamuk disebabkan sebatang rokok di rumah mereka di Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Khairuddin Mustafa, 27, ditikam di rusuk kanan oleh adik bongsunya, Mohd Fairuz, 25, menggunakan parang sepanjang kira-kira 25 sentimeter.

Mangsa yang sebelum itu meminta sebatang rokok daripada adiknya, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tindakan pantas bapa mereka, Mustafa Osman, 61, menepis parang berjaya mengelak Mohd Khairuddin daripada terus ditikam adiknya yang turut mengugut mahu mencungkil mata mangsa serta mencederakan bapa dan ibu mereka, Fatimah Mat Said, 47.

Ketika ditemui di rumahnya semalam, Fatimah berkata, kejadian berlaku selepas beliau selesai solat Isyak dan ketika itu, Mohd Khairuddin baru tiba dari pekan Bukit Gambir, manakala suspek dan Mustafa menonton televisyen di ruang tamu.

“Mohd Khairuddin masuk ke rumah dan minta sebatang rokok daripada adiknya dan berjanji menggantikannya. Suspek kemudian bangun...saya ingat dia nak ambil rokok, sebaliknya ambil parang di tepi tingkap dan terus menikam rusuk kanan abangnya.

"Saya menjerit ketakutan dan ketika suami memangku abang yang berlumuran darah, anak kedua kami itu sempat berkata “sampai hati adik tikam abang, abang tak buat salah apa pun”. Sebaliknya, Mohd Fairuz terus menjerit mahu mencungkil mata abangnya sambil mengacukan parang tetapi ditepis bapa mereka,” katanya.
Katanya, Mohd Fairuz juga sempat memberi amaran kepada mereka supaya tidak menghalangnya, tetapi kemudian terus duduk di kerusi sambil memegang parang.

“Saya bergegas keluar rumah meminta bantuan jiran menghubungi polis dan ambulans,” katanya sambil menambah suspek menyerah diri kepada polis.

Huh? Kerana rokok dia ditikam? Masyallah..manusia oh manusia. Kerana perkara sekecil ini kau sanggup bertindak sedemikian... Sampai hati kau menikam abang kandung kau? Ish..ish.. Terkejut aku mendengar berita ini. Pada hemat aku la,adik dia menikam bukan kerana rokok tetapi sebab lain. Sebab apa? Hanya Allah sahaja yang tahu...

Nota kaki : Ha..kepada kaki rokok.. Apa komen anda???

12 comments:

Bukan Eciz berkata...

gila ah. baru tawuu. huhu. ni msti 'dapat bisikan' huhuhu

Nurul Ayu berkata...

ishh takot aihh orang zaman sekarang nih..

SweetyMui2 berkata...

wohh..gilaaxx!!

Amir Izzat berkata...

baru tau? ish..ish.. mmg sott org tue.. 'bisikan awek' kot dia dapat.. haha... kesian..

Amir Izzat berkata...

ha...relax..lau takot..pesan kat pakwe..jgn isap rokok.. hehe

ika yunos berkata...

gilak ah. T_T i hate smokers, tapi takkanlah sampai tikam pasai rokok.

Amir Izzat berkata...

Sama ar kita..benci gak.... entah..manusia.mudah hilang pertimbangan

Norul Malakiah Sidek berkata...

uishh kesian dowh.....

azimask berkata...

oleh yg demikian.. sila jgn merokok... :D

Tanpa Nama berkata...

amir,

bagi gua rokok sebatang cepat!!!!,,,

(sambil pegang parang)

budak sihat berkata...

dasyhat seyh.
berhentilah merokok!
merokok membahayakan kesihatan, serta orang lain skali,
huhu^^

WZulhilmi berkata...

Pelik tul adik dia tu. NIe mesti ader kes lain nie.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??