Blogger Komen(sampah) Kat Blog Aku

Assalamualaikum dan selamat pagi. Best ar arini cuti kan? Dalam pukul 11.30 pagi nanti. Aku terpaksa pergi ke tempat memandu. Arini ada bengkel 3 jam  untuk membolehkan diri ini mendapat lesen L motorsikal. Sila ucap tahniah. Tapi selepas seminggu baru dapat..huhu.. 

Walaubagaimanapun,aku akan tunggu. Aku harap lesen L aku siap sebelum hari Isnin minggu depan sebelum aku bertolak ke Semenanjung Malaysia. Kembali ke tanah air. Sekarang nie duk Kuching,Sarawak...

Baik! Malam tadi line wireless putus laa..pagi nie pun bersusah payah mencari line. Nasib baik la ada. Benda pertama yang harus dibuka adalah blogspot. Haa..nak tengok la..brapa orang datang. Berapa orang komen. tapi ada satu makhluk Allah a.ka Hell(ioz) komen dekat blog aku laa.. Haha. Orang macam ini pun boleh tersesat kat blog aku. Kah..kah..kah.... Nak tengok? Nah!

[klik untuk zoom]

Amacam? Nampak tak? Haha.. dia kata aku lahnat lagi? Tak kesah ar bro..aku tak termasuk dalam perangkap ko. Kah..kah..kah. Tengok! Aku happy sekarang sebab kau nie lawak la Hell(ioz). Pertanyaan untuk Hellioz..Anda bersekolah atau tidak?  Aku syak yang dia nie nak eja MEMANG tapi tereja MAMANG. Haha... malas la nak kata banyak.. Kalau cakap banyak-banyak pun..wat pening kepala je. Bak kata Ben Ashaari kat aku.. ''Tak payah layan dia nie...dia memang macam tue..''  tak silap aku la..dan kata pengomen blog aku yang baik hati..''Sabar laaa''. Ok! Aku malas nak layan dengan orang macam ini. Sabar je laa..kan?

Tapi...sejak ada peristiwa macam ini..Meriah la pulak dunia blog kan? Apakata anda? Meriah atau tidak? Kita kena melihat dari sudut yang positif. Jangan melihat dari sudut yang negatif. Kalau korang(blogger) melihat dari sudut negatif seperti blogger yang mengampu mamat tue.. Baik toksah jadi blogger la. Betul aku cakap.. Orang cakap macam nie..dia pun ikut. Orang cakap gini..dia pun ikut. Pak turut la katakan.. Sila berfikir secara positif.

Kebanyakkan komen yang aku lihat di blog mamat itu semuanya kata-kata ampu. Macam ''Lu nie memang berani laa..salute!''. Haha... macam itu(kutuk orang) pun berani ka? Adoi.. Tak tahu la apa nak dikatakan lagi. Blogger talam dua muka.. tak payah nak jadi talam dua muka.. Bikin susah laa..

p/s:
Siapakah blogger talam dua muka itu? Anda atau dia dan dia dan dia???
p/s:
Semoga kita terlindung dari fitnah dunia dan akhirat.
p/s:
Yeay! Tak lama lagi dapat lesen L motorsikal.. Nanti Amir bawak korang jalan-jalan..amacam???

17 comments:

ardinihumaira berkata...

sebenarnya dni keliru... apa kes sebenarnya blogger talam dua muka ni.. hairan.. huhu...


mungkin sebab dua minggu bz exam tak sempat ikuti perkembangan blog2.. sekali bukak tadaaaa kua hal2 talam2 ni. isk3...

harap2 kita tak tergolong dalam golongan tu...


PENGSKODENGAN YANG TIDAK SENONOH DI TEMPAT AWAM

Ken Wooi berkata...

yeah. jangan layan la =)

Amir Izzat berkata...

Kenwooi:
haha..memang amir tak layan..tapi lawak laa..haha..happy nie..kah3...

Ardinihumaira:
hurm..relaks..jangan bikin itu kepala pusing... sebenarnya tak ada apa-apa..just for fun..
kta mmg tak tergolong tp blogger yg tergolong tu yg berbahaya...haha... peace no war!

Kujie berkata...

pandai2lah letak diri kita kat mana...

ambil contoh macam ni

Kalau A bolah mengata B dekat kita, tak mustahil A boleh mengata kita kat B.

fikirlah sebelum masing2 secara berjemaah bergelak ketawa dan bangga dengan mengeji orang.

Amir Izzat berkata...

Kak Kujie:
Maaf jika entri saya ini macam mengelakkan blogger yang lain. Tak apa lah.malas hendak memanjangkan cerita. erm..

saya bukanya apa..blogger itu memburukkan saya. mungkin entri nie macam marah. tapi saya cuba menghiburkan diri. maaf la kalau saya tersilap langkah ye kak Kujie.

apa-apapun,terima kasih atas komen kak Kujie. InsyaAllah,saya akan muhasabah diri dan dalam proses memuhasabah diri.

Vanilla Popsicle berkata...

peace! :D

aku percaya semua orang bebas bersuara. hehe, termasuklah aku, kau dan mereka.

Amir Izzat berkata...

Vanilla Popsicle:
Yup..bebas bersuara tapi bertempat. kan? Bebas la nak kata apa-apa.. tapi berhemah.
thanks komen a... hehe.. peace no war!

muzaff berkata...

biarkan la amir,malaikat dah catat baik dan buruk seseorang....semoga allah lindungi kita dari sebarang gangguan iblis...amin..

Kujie berkata...

Alamak..macam salah faham apa yg kak jie nak sampaikan je

inilah masalah kalau perkataan gagal menterjemahkan maksud sebenar

Kak Jie tulis bermaksud lain, tapi Izzat baca bermaksud lain. Mungkin hati terasa - Kak Jie minta maaf.

Kujie berkata...

Kak Jie mengulas keadaan yg digambarkan dalam entri tu... pihak2 yg keji mengeji

Bukan mengulas tetang diri tuan blog

Maaf!

Amir Izzat berkata...

Kak Kujie:
hehe...memang Amir tak paham. Amir baca dua tiga kali ayat Kak Kujie.. ditambah pulak dengan perasaan yg tak bgs..dah rasa bersalah.. minta maaf je la senang. ..hehe.. apapun,tima kasih bebanyak la. mungkin Amir paham..sikit je.. kih3..

Amir Izzat berkata...

Kak kujie:
oh..paham3...ingatkan ulas Amir..sorry. Terasa pulak diri i nie..hehe..

Kujie berkata...

pengajaran berguna kita hari ini - tiap org ada pemahaman yg berbeza bergantung dari sudut mana kita melihat sesuatu isu

kak jie pun ada buat entri pasal isu ini...

ザ-sylver- S berkata...

terbit, tolak..wow ade bahse mlayu , cayalah

Amir Izzat berkata...

Kak Kujie:
betul tue..pandanglah dari pemandangan yang indah.

Sylver:
wow!! ada bhse mlayu??? hurmm...

@cik_ezati berkata...

muahahaha (mood gelak guling-guling) kat mamat tu..tak boleh blaa seyh mamat tu

nak caci maki orang sampai tersalah eja dari memang ke mamang hahahaha, adoiii, sakit perut gelak

mak_ngoh_selamoh berkata...

amir : manusia mmg ada pemahaman tersendiri dan bak kata amir >biarlah bertempat dan berhemah<

makngoh pun pernah alami situasi ni. perang dingin dgn blogger. mcm2entri perli yg dia buat tapi makngoh diamkan. bila diam tak bermakna kita kalah dan tak bermakna kita salah.

tak sangka begini dunia blog

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??