Blogger Lama Dengki Dengan Blogger Baru?

Assalamualaikum semua.  Tadi,Amir pergi la blogwalking kat serata blog. Kemudian,terjumpa blog seorang nie. Blog nie mengarut tapi femes. Tahu tak? Alaa..yang buat kecoh la tue. Yang sedang hangat mengutuk blogger lain. Ingat? Haa..dalam blog tue la. Ada dua blog yang aku jumpa. Tak best tapi mengarut.  Sesuai tak aku panggil nama nie? Mungkin agak kasar kot. Baik..Blog yang best tapi tak ada akal. Nie ok kot. Macam nie,aku nie spesis yang suka baca entri dan komen. Aku baca komen bukannya apa.. Saja nak tahu apa reaksi blogger yang lain,kan? Nak baca entri nie kena gembira..bukan sedih bukan marah! Amaran keras nie!

Tapi yang menjadi masalahnya blogger lama nie kutuk blogger baru la. Dia cakap..''Alah..blogger baru tue semuanya kaki ampu''. Adoii... aku baca komen-komen semua blogger nie rasa menyambah. Kebanyakan mereka dan dewasa. Tapi bersikap tidak matang. Apa nak jadi dah? Tak habis-habis dengan dengki. Aku tahu,ada banyak lagi blogger lama yang jenis hati keras nie. Suka sangat dengki.. Dia kata..''Blog aku tak femes pun tak pe dari jadi kaki ampu cam newbie''.. Alaa..sal nie pun nak kecoh ka? Tak profesional langsung.

Aku hairan. Salahkah blogger baru nak naik? Salahkan blogger baru nak komen-komen kat mana blog? Salah ka? Sepatutnya,blogger lama memberi tunjuk ajar kepada blogger baru. Bukannya main kutuk belakang. Aku ada baca banyak komen yang tidak membina dari blogger-blogger yang lama. Ada blogger lama nie tak femes,ada yang femes Tetiba,blogger baru muncul dan terus naik. Mungkin sebab itu dia kutuk belakang.Aku ingin tegaskan disini. Kalau hendak kutuk pun silalah bersemuka. Barulah ada syoknya. Bukan hendak bergaduh tetapi berbincang. Susah la nak mengajar orang tua. Sebab itu la kalau gi sekolah..Kena berljar leklok. Tak kan la blogger baru nak tegur blogger lama yang berlagak tuh. 

Aku sebenarnya pantang dengan orang yang talam dua muka. Betul aku cakap. Diorang berkawan macam tak ikhlas. Mula-mula baik..pabila terjadi sesuatu mulalah menjauh. Kutuk belakang main..adoh3..Nak tanya? Apa guna kita berblog kalau asyik nak kutuk orang je? Tak habis-habis ke dengki? Dimana etika seorang blogger? Kak Kujie ke sapa..rasanya Kak Kujie tak silap aku. Dia cakap.. '' Yang membezakan kita adalah akhlak...'' Kalau akhlak tak baik,korang pun tahu perangainya kan. Peel nya. Kalau akhlak baik serta terpuji dia takkan buat macam nie.


Baik! Bercakap pasal kaki ampu nie. Aku hendak bertanya. Apa ciri-ciri kaki ampu tue? Cuba cakap..sila huraikan. Aku nak tahu sesangat. Adakah kerana sepatah dua kata a.k.a komen? Seseorang itu dilabel kaki ampu. Blogger.. janganlah kita membuat andainya tanpa usul periksa. Berperasangkalah baik terhadap seseorang. Entah la..Aku dah agak. Perkara nie memang berlaku. Biarlah..nak buat macam mana. Dah orang tak suka.. Berserah kepada Allah saja lah. Hidayah itu milik Allah. Andai Allah memberi hidayah terhadap seseorang,amat baiklah untuk dirinya. Semoga kita berblogging dengan aman.

Mungkin entri aku kali ini agak terbelit. Siapalah aku nie..hanya seorang pelajar. Hanya seorang insan yang lemah dan tidak lepas dari kesilapan. Yang baik kita jadikan tauladan,yang buruk kita jadikan sempadan. Ambil yang jerbih buang yang keruh. Sebab itulah ada pepatah..''Kerana mulut badan binasa,kerana pulut santan binasa''.. Keperibadian seseorang perlulah dipupuk sejak kecil kali.. ''Lenturlah buluh dari rebungnya..andai sudah besar..memang sukar untuk dilentur''.

Entri ini sekadar pendapat. Kalau salah tegurlah ye. Tegur berhemah. Amir tulis pun bukanlah dalam keadaan marah. Kalau anda berfikir positif. Anda akan dapat point yang bagus kat situ. Ada faham??

17 comments:

Bukan Eciz berkata...

arghhh pedas ekekekek saya la selalu cakap macam tuuu amir jangan mencik saya. ;p

ika yunos berkata...

Malas nak involve kan diri dgn perkare2 camni. hihuu.. wat hal sendiri sudeyh kan kan?? yang penting kita enjoyy!!

Amir Izzat berkata...

Eciz:
haha..its for fun laa....jangan risau..kita semua berkawan..

Ika:
Hurm..tak apa..tak payah libatkan diri. Ini pendapat amir sahaja.. Btw,terima kasih komen ye..

nebular berkata...

hoiii....jangan gaduh, bincang elok2....hahaaaa

Tanpa Nama berkata...

Erm..aku ambil langkah lihat sahaja dan senyap..

akuvision berkata...

saya dah terkena dengan keadaan kamu

Ayako A. berkata...

aaa..betulkan typing error tu ye,amir..
btw, blogger talam dua muka ni memang banyak..
nak berdepan dgn diorang ni, kena psycho.

Yus berkata...

Weh, power jugak entry kali ni, bagus, kalau ada pendapat atau pandangan elok luahkan saja..saya baru tau ada blogger yang buat perangai mengutuk blogger lain kaki ampu, macam tu pun ada rupa-rupanya..

Unknown berkata...

talam 2 muka tu yang teruk sekali tau.
cehhh
apesal semua bajet bagus ni?
huhuhuhuh

Misshy Innz berkata...

x abeh ag ke amir ?

Ayie berkata...

Siapa aku?Aku bukan la seorang blogger lama ataupun blogger baru.Sebab aku adalah seorang blogger biasa.Huhuuh

Pada pendapat aku,kita haruslah pandai menarik traffic diblog orang lain tu.. Bagaimana?Bukan dengan komen yang merepek.Tetapi anda haruslah komen yang bernas.Kalau setakat 1 baris jer tetapi mcm ayat budak-budak buat apa?

Biar kita matang.And then, janganlah membodek seseorang tuan blog itu.Sebagai blogger, kita kena ikhlas.Tanpa keikhlasan, lupakanlah hasrat untuk blogging

senorita_alynne berkata...

Hi Amir
Hurm Sy Blur La Psal Hal Ni
Tp Sbg Org Br Dlm Geng Blogger, better Amik Langkah 'Buat Tak Taw' Hehehehe


Semoga Lebey Ceria//Wee~

Hafiz Ismi berkata...

saya xberani berkata2.. =p

ridzwan berkata...

salam...ni sebenarnye masalah hasad dengki..takut sangat ngan org len naik.x pe la jangn amik peduli sangat.nanti down jek

Tanpa Nama berkata...

biase la, mulut org, kan? ade je yg x btul. dengki la tuuuu. haha

hazman aka species1980 berkata...

Saya lebih suka abaikan ajee... ;-)

Amir Izzat berkata...

Terima kasih atas komen anda semua... amir hargai pendapat anda...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??