[gambar hiasan]
Assalamualaikum. Rasa-rasanya dah lama tak update nie. Selalunya petang-petang dah online tetapi ketiadaan broadband menyebabkan aku pasrah akan keadaan ini. Harapkan wireless taman sebelah. Itu pun kadang-kadang je ada. Alhamdulillah,sekarang nie dah dapat online. Baik! Apa khabar korang? Tak lama lagi cuti kan? Wah! Best giler lah. Korang cuti nie pergi mana? Mesti melancong kat luar Negara..pergi situ sana sini. Aku pulak hanya duduk di Malaysia sahaja. Hehe..
Cuti pertengahan tahun nie aku balik Kelantan. Fuh! Lama tak balik Kelantan. Rindu dengan budu,sambal kian,sambal pauh,petai jeruk dan tempoyak goreng yang dibuat oleh Mak Long aku. Masakan Mak Long aku memang sedap. Kalau korang menumpang sehari di rumah Mak Long aku. Sudah tentu korang tak mahu balik lagi lah. Sebab cukup makan. Sarapan pagi,biasa je. Ikan kembung goreng,budu,sambal tempoyak. Simple dan senang tapi masyhuk! Meleleh air liur nie. Dulu,aku bersekolah kat Kelantan sebelum aku datang ke Kuching,Sarawak tahun nie. Jadi,aku tinggal di rumah Mak Long aku selama 3 tahun. Bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Tak sabar rasanya nak balik.. Cuti bermula hari Jumaat minggu nie. Balik Kelantan pulak hari Isnin. Aku ingatkan naik MAS,rupanya Air Asia. Okay la kot. Guna tiket ayah aku,askar. Tiket kerajaan. Permohonan tiket untuk guru,mak aku tidak diluluskan. Geram ! Apa punya kerja la kerani tue? Semua guru kat sekolah lain dapat tiket. Sekolah tempat mak aku mengajar pulak tak dapat. Ada orang kerja sambil lewa nie. Kepada orang atasan,sila bertanggungjawap.
Sebenarnya aku tak suka naik Air Asia,sebab menyusahkan. Dah la kena berjalan jauh nak pergi ambil bagasi. Hish! Letih. Lepas tue pulak,bikin telinga sakit. Yang nie aku paling lemah. Ari tue,aku naik flight dari Kota Bharu Ke Kuala Lumpur. Telinga masih okay lagi. Tak lah berdesing sangat. Tetapi apabila naik dari Kuala Lumpur ke Kuching. Alamak..bikin hati tak mau naik kapal terbang lagi. Ikutkan hati,naik kapal laut lagi bagus. kan?
Ha! Kalau korang nak melancong mana-mana. Sila bagitahu Amir. Nak ikut!!!!!!!!! Huhu..
2 comments:
seronoknya.....balik kampong.
aslkum....kawe pn nok balik kelate jugok minggu nih...insyaallah...rindu sangat ko negeri tanah tumpah airku....tercinta,,...
rindu nga suasana kampung dab bandar2 kelate....
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??