Selamat Tinggal Blogspot. Namaku Amir Izzat {dot} Com.

Nak tukar header la pulak

Setelah sekian lama aku bersamamu..Kita bermadu asmara..Siang dan malam tanpa henti.

Walaupun aku tidak rela melepaskanmu tetapi akan ku biarkan kau pergi..Pergi selamanya..
Terima kasih selama ini kerana menjadi temanku yang setia.

Hari ini dalam sejarah. Nama blog "Aku Pembebel Jalanan" kini bertukar menjadi Amir Izzat [dot] com. Dengan bertukarnya namaku dan domainku. Aku akan menuju satu langkah ke hadapan dengan membuat segala pembaharuan.

Nama blogku : Amir Izzat [dot] com
Tagline : Luahkan segala pandangan (kerana aku suka memberikan pandangan)

Terima kasih aku ucapkan kepada Abang Ben Ashaari kerana sudi menjawap persoalanku ketika aku meminta pendapatnya tentang domain ini. Lalu disuruh bertanya kepada Borak Kosong.(nasib baik aku ada add fb borak kosong..kalau tidak??"

Selepas 'menganggu' Borak Kosong.. Aku pun mendaftar domain ini. http://amirizzat.com.



Terima kasih kepada semua yang membantu ..

Daftar domain dengan Ihosterz. Murah dan jimat. Nak tahu apa yang aku buat selepas daftar? Aku senyum. hehe



Untuk pengetahuan pembaca. Blog ini(2011) akan membicara topik tentang isu sesama..lebih ke arah politik..bebas..separuh anti kerajaan. separuh sokong kerjaan..Tapi aku bukan pasti Kesejahteraan Insan Tanah Air(KITA). Haha

Tapi elok juga aku tubuh parti baru yang bernama Keamanan Malaysia Yang Tercinta ( KeMaYat) . Haha

Tengoklah.. Blog aku masih seperti dulu tetapi dengan azam yang baru. Hehe

Nota:

1. Hajat nak beli hosting tetapi malas lagi.
2. Nak pakai wordpress tetapi belum ada masa.
3. Bersyukur dengan apa yang ada.

6 comments:

TRUE LOVE PHOTOGRAPHY berkata...

tahniah amir skang ada domain sendiri..
hasil titik peluh amir dapat merasa [dot]com :)

faizalnizam berkata...

tahniah bro. dah domain sendiri dah. nice and cool bro. semoga terus sukses dalam dunia blogging bro.

p/s: terima kasih atas ucapan tahniah di entri aku bro. amat menghargainya.

Namio Oo berkata...

wah..jeles dah ngn amir.. tak aci tak aci..hehehe..
sy tak bercadang agi nak tukar domain..biar je la..huhu...

http://since-8-july.blogspot.com/2010/12/giveaway-haven-restaurant-cash-voucher.html

Burungman berkata...

tahniah! huu, entah la bila agaknya diri ini dapat merasa pakai domain dgn hosting ni.

qilarazak berkata...

congrates. bunyik azam tu mcam serius jee. hihihi

btw jom olong qila pasal BE

http://qilarazak.blogspot.com/2010/12/buffered-earning-nak-buat-apa.html

Hasrol Nizam berkata...

hehe..mcm tau2 je aku ko nak tukar guna domain eh..bagus2... aku nk cuba nasib dulu.. nnt baru nk tukar jugak :D

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??