Berhijrah Ke Arah Kebaikan

Tarikh: 25 Disember 2010
Tajuk: Hijrah

Sudah tiga hari aku membaca blog Kereta Banyak. Terdetik juga rasa ingin bertaubat selepas aku 'tengok' diriku balik. Kadang-kadang terfikir jugak.. Untuk apa aku hidup andai tidak solat,tidak puasa, tidak ikut perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Jadi, aku ambil keputusan. Aku pergi ambil wuduk. Aku pergi sembahyang asar. Waktu ni agak lewat sikit. MasyaAllah. Betapa bodohnya aku melewatkan solat.Aku pernah baca bahawa orang lelaki mesti solat di masjid kalau dengar azan. Orang perempuan pula mesti solat di rumah pada awal waktu. Hurm..begitu jahilnya aku. Dulu, solat selalu dilewatkan. Sekarang tidak lagi, aku ambil keputusan aku hendak berubah. 

Aku hendak berhijrah. Hijrah kan baik. Manalah tau ketika aku tengah tidur..tetiba aku mati. Lagi aib lagi, masa tengah buat maksiat ke? Tetiba maut menjemputku.. Dan lagi aib kali..masa berak(tak lawak).MasyaAllah..tetiba tergelincir dalam tandas..Kemudian, mati. (Ya Allah, ampunkanlah aku)

Dulu aku takut mati sebab amal aku sikit. Ha,korang takut mati tak? Aku terbaca dalam blog Kereta Mayat bahawa orang yang mendoakan dirinya sentiasa panjang umur itu orang yang takut mati. Ye ke? Wallahualam. Bergantung pada niat kita,kan? Nak tahu tak siapa yang pertama kali meminta  dirinya dipanjang umur sampai kiamat? 

SYAITAN laknatullah! Amacam? Nak ikut syaitan ke? 

Sabda Nabi SAW maksudnya

" Barang sesiapa yang mengikuti sesuatu kaum itu, maka tergolonglah dia dalam kaum itu"

Macam itu kot ayatnya.Tak ingat dah aku. Tapi aku dah taubat. Aku harap taubat aku diterima Allah. Oleh kerana aku merasakan dunia sekarang sudah tua seperti perempuan yang bongkok tiga dan bermekap tebal seperti yang  diceritakan aku di masjib malam tadi.

Begini, semasa Nabi Muhammad SAW di Mikraj(betul tak aku eja?). Baginda melihat seorang perempuan yang bongkok tiga. Bayangkanlah bongkok tiga. Memang tua lah tetapi pada kat muka dia..Dia pakai mekap yang tebal sesangat.

Lalu baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail.

" Siapakah gerangan wanita itu?"

Jibrail pun menjawap. "Itulah dunia.."

Itulah dunia? Yang sudah bongkok tiga yang sedang menunggu masa untuk dimusnahkan oleh Allah. Kalau cerita ini salah. Sila betulkan. Pada zaman Rasulullah SAW pun dunia sudah bongkok tiga. Zaman sekarang selepas 1400 tahun macam mana pulak? Aku rasa sudah bongkok sepuluh. Hahaha! Ops! Ini 
bukan lawak.

Aku takut aku mati sebelum aku kahwin. Hehehe! tapi aku lagi takut mati sebelum aku merasai nikmat sebenar Islam. Nikmat sebenar iman. Ok! Panjang betul mukaddimah. Jadi, pada malam tadi. Aku pergi ke masjid. Aku memang 
berniat hendak bertaubat..  Meh aku cerita apa yang aku dengar di masjid sebelum korang mati. eh! Sebelum aku mati. 

(terpengaruh dengan kereta mayat sikit)

Iklan * Iman adalah..mutiara di dalam hati manusia.

*****

Jam 6.30 petang. Aku pergi ke masjid solat berjemaah. Kenapa aku nak pergi masjid sebab orang lelaki kena sembahyang kat masjid. Banyak pahala tu..27 pahala. Kalau sembahyang kat rumah, sikit je. Tak best. Macam mana la nak  tampung dosa aku selama ini kalau aku asyik sembahyang kat rumah.

Jadi, aku pergi laa. Korang yang lelaki ni patut pergi la sebelum korang mati. Tapi tak apa kalau korang malas. Hehehe. Sebab masa korang mati, korang akan berada di depan 

sekali. Depan iman.. Hebat kan? Sehabis habis depan iaitu menjadi jenazah. Masa itu apa yang aku mampu ucapkan 

"innalillah wa innailaihirajiun.." - Dari Allah kita datang, kepada Allah lah kita kembali.

Orait. Selepas solat maghrib. Ada kuliah tauhid. Bab kuliah tauhid ni aku suka dengar. Dulu, aku selalu dengar ustaz Hassan berceramah kat surau tapi sekarang nie. sejak jadi remaja. Makin bangang perangai aku. Makin kembali ke zaman Jahiliah. Bersyukur lah kepada Allah aku tak mati lagi. Kalau mati? Neraka tempatnya. Korang nak ke nak masuk neraka? Tak nak! Baguslah tapi maksiat tu tinggal lah. 

Aurat kena tutup. Anggota badan ke jaga. orait.

Selepas solat sunat, aku pun duduk bersila lah di depan Ustaz Azmi (penceramah). Bukan duduk depan muka dia tapi depan juga lah. Hahaha! Mula-mula beliau cakap.

Nabi Muhammad bagitahu dalam majlis ilmu ini ada 5 jenis orang. Nak tahu?

1. Orang alim yakni yang memberi ilmu.
2. Orang yang menuntut ilmu.
3. Orang yang mendengar ilmu.
4. Orang yang cintakan agama.

Dan celakalah kamu orang yang kelima. Macam mana orang yang kelima? Entah ar. Aku pun tak ingat. Tanya ustaz korang. Kalau silap,maaf ye. Ok! Aku pula tergolong dalam golongan orang yang mendengar ilmu sebab aku tak bawak pen dengan kertas. Fuh! Menyesal jugak tak bawak. Jadi, level aku hanya pada level 3. Korang pula duk level mana? Yang baca blog ni? Haha.

Pastu.. Apa lagi ye? Kejap..aku nak ingat balik.(inilah kejadahnya tak salin apa ustaz cakap. Aduh!)Oh ya! Beliau cakap lagi.. Kita sebenarnya ni di akhir zaman. Dunia dah nak kiamat  dan bermulanya tahun hijrah( tak pasti ni) kita kena berubah lah. Memang kena lah dengan 

jiwa aku yang hendak berhijrah ke arah kebaikan. Lepas itu, ustaz tu kata..

Nabi Muhammad pernah bersabda.. Kat dunia ni adalah beberapa (tiga/empat) jenis golongan. (maaf. antara ingat tak ingat)

1. Ada orang yang hari ini lebih baik lagi dari hari semalam.
-aku lah tu. Semalam aku tak solat zuhur. Hari ni solat. Korang?

2. Ada orang yang hari semalam sama je dengan hari ini.
- Siapa ek? korang termasuk tak?

3. Ada orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam. Maka celakalah kamu!
- Ya,celakanlah orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam. Siapa? Aku lah. Sebabnya aku tak solat subuh..  Betapa besarnya dosa aku.

Hari ini aku tak sempat pergi masjid masa Zuhur. Lepas tu, tertinggal pulak nak pergi solat Subuh di masjid. Ya Allah.Ampunkanlah 

Oklah! Aku pun dah tak ingat. Mulai sekarang, aku nak berubah. Aku jadi mukmin sejati sebab aku dengan korang ni pewaris nabi dan kita ni sebaik baik ummat. Nantilah aku cerita. 

Oh ya! Aku dah berubah? Korang bila lagi? Bukannya apa..aku takut aku mati awal nanti. Amal sikit je. Ok! Bagi kaum lelaki tu, solat lah di masjid. Yang perempuan solatlah di awal waktu. aku bukanlah sesiapa untuk menegur korang tetapi aku menegur korang sebab aku pewaris nabi dan korang juga pewaris nabi. Faham tak? Tak faham sila tanya ustaz berdekatan. Hehehehe!

Baiklah. Aku akhiri tulisan aku ini dengan tasbih kifarah. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dari segala malapetaka. Assalamualaikum! Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari nafsu saya sendiri. Wallahualam.

9 comments:

KizZ berkata...

Kiz suka dengan statement "Hari ini lebih baik dari semalam"..
Ayat yang sungguh power kalau dipraktikkan..


Jom skodeng,
SHE is older than HIM,anda rasa?

Unknown berkata...

salam..kantoi x solat zuhur, huk3..baguslah kalau ko nak berubah, haih..aku bila lagi..manusia hidup di muka bumi Allah adalah untuk menjadi khalifahNya..pernah dengar x time waktu asar masuk je kat tb 3 akn tnjuk riwayat muslim ni..barang sesiapa yang mendengar azan tetapi tidak pergi ke masjid..maka tidak sempurna solatnya..huhu aku slalu dengar jgak, tapi jrang ke masjid..bodo kan aq..hmm.. solat jemaah dapat 27 phala..kalo solat sorg2 dpt 1 jela..smoga kta smua dbuka pntu hati dan dberi ptunjuk untuk berhijrah ke arah kebaikkan..amin..asif jiddan..kalo slah tlg tnjukkan..

emieysandra berkata...

alhmdulillah..

p/s : len kali bwa buku 555, mase crmah :P

Syazwana berkata...

:')

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

aku rasa diri aku kecik sgt mer..aku pun kdg2 terlewatkan waktu solat.. =(

Farah Hanim Mohd Alwi berkata...

mabruk akhi :)

Roket Kertaz berkata...

hijrah itu pengorbanan ..

hijrah itu perjuangan..

hans berkata...

berhijrah ke arah kebaikan

P/S : 5 Perkara Yang Aku Tak Suka Bila Terperangkap Gara - Gara Kesesakan Jalan Raya

tengkorakemas berkata...

Alhamdulillah..bagus2..

tak kisah pun siapa ko, asalkan baik, aku terima nasihat dan teguran ko :)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??