Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah |Senarai Pelakon Dan Ulasan







HKLBR mengisahkan tentang Husin yang telah lama bekerja di Singapura dan mengambil keputusan balik ke kampung halamannya iaitu Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.

Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin, menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.
Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ di pawagam berhampiran anda bermula 9 Disember ini.

Dibintangi oleh

Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Zami Ismail, Man Kadir, Avaa Vanjaa, Delimawati, Shy8, Sofi Jikan dan Pekin.

Jom baca ulasan yang menarik disini.

Sumber: gua.com.my


*****
Aku rasa filem ini memang menarik. Sebenarnya aku dah tanya kedai cetak rompak. Bila filem ini akan keluar CDnya? Orang itu cakap tahun depan. Terkejut beruk aku. Dia cakap tunggu giliran. Cerita Melayu yang cetak rompak punya dia keluar ikut turutan. Gila lah.. berapa lama lagi aku nak tunggu dvd cerita ini keluar..Huhu.. Filem Dua Alam ada yang cetak rompak ke? Aku rasa lanun pun malas nak cetak 2 Alam nie..Haha.. Adoi...

Nak tahu tak.. Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang cetak rompak punya dvdnya..Baru sahaja ada di pasaran..Ditempat aku laa.. Tempat korang macam mana? Kawan, mahu tengok tv sudah tidak ada nafsu. Itu cerita indonesia banyak sangat. Ini TV3 punya pasal lah. Jadi, layan dvd la.

Nota: DVD original..aku tak mampu beli dengan gaji RM15 sehari dan dengan duit sekolah RM3 sehari...Huhu

5 comments:

mknace unlimited berkata...

:):):)
hahaha.. siap beratur tuh.. kena tunggu lepas 2 alam lak tu

hans berkata...

yups
aku dah lama usha trailer dia
best

P/S : Apakah Perasaan Anda Apabila Umur Anda Menjadi Bahan Tekaan? Gembira Atau Duka Atau Tiada Apa - Apa Perasaan?

YOUsoF berkata...

Dengar² macam best! Harap² ade chance la nak layan movie ni.. ;D

kyo_9 berkata...

sape nama pelakon yg main watak ucop tuh ek??

Tanpa Nama berkata...

pak munawer ke Pak Jabit?rasanya xpnah ada pun watak pak munawer?

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??